Bab 54

2.9K 73 0
                                    

AMANI pun dah tak senang duduk. Semua tetamu dah balik. Hari pun dah agak lewat. Tapi, kenapa pengantin baru kita minta semua ahli keluarga untuk tunggu kat ruang tamu.

Bukan aku tak boleh tunggu kat ruang tamu. Boleh aje, ini kan rumah yang aku tinggal. Tapi, aku tak boleh tahan duduk kat tempat yang sama dengan keluarga tu. Aku tak nak rasa terluka tu hadir. Gomel Amani.

Suasana memang sunyi. Semua orang diam. Boleh dengar bunyi cengkerik bernyanyi sekarang ni. Sampai tahap tu sekali suasana janggal ini.

Tak lama kemudian,  pengantin baru pun keluar. Dengan berbaju pengantin yang masih sama. Tak tukar baju pengantin lagi si Jiha tu. Sayang sangat ke kat baju tu. Eh, rupanya semua orang masih dengan baju yang sama.

"Kenapa ni Jiha? Kenapa minta semua orang tunggu kat sini?" Datin Fatimma terus bertanya.

Najiha dan Mukhlis memandang satu sama lain dengan pandangan gusar. Mukhlis berdehem lalu memandang semua wajah yang ada disitu satu persatu.

"Tujuan saya dengan Jiha minta semua untuk tunggu di sini adalah kerana kami ingin menyampaikan sesuatu yang mustahak. Sesuatu yang perlu ahli keluarga kita tahu." ujar Mukhlis dengan nada serius.

"Apa yang mustahak sangatnya, Mukh?" ibunya pula bertanya.

"Saya tak tahu macam mana nak mulakan. Jadi, saya minta, Riha dengan Faris yang bantu saya untuk ceritakan pada semua."

Fariha dan Faris muncul bersama-sama dengan wajah tegang. Semua mata memandang mereka.

Mereka berdiri disebelah pasangan pengantin baru. Fariha memandang Faris untuk memulakan apa yang harus dimulakan.

"Saya ada sesuatu yang perlu diberitahu. Ini mengenai apa yang sudah memecah-belahkan keluarga kita." Faris bernada tenang.

"Cepatlah cakap. Apa dia? Jangan nak berlengah lagi." Datin Safiah bersuara geram. Badan dia dah terasa lesu dah ni.

Fariha buat muka bosan sambil memandang Najiha disebelah.

Faris mengangguk.

"Sebenarnya, Ani difitnah." Satu ayat dari Faris membuatkan semua mata segar.

Semua terdiam menantikan ayat Faris yang seterusnya.

"Apa yang terjadi pada Ani adalah satu perangkap. Dia diperangkap dan difitnah." Faris meneruskan ayatnya.

"Apa yang awak cakap ni, Faris? Ani difitnah? Fitnah pasal apa?" Datuk Kamal bertanya dengan kening yang mengerut.

"Dia diperangkap oleh seseorang agar ditangkap basah." Balas Faris.

"Apa awak cakap ni Faris? Pak Ngah tak faham." Datuk Johan pula bertanya.

"Pak Ngah, Ani diperangkap. Dan Pak Ngah juga telah masuk perangkap ini."

"Cuba ceritakan sampai habis. Apa yang awak cuba sampaikan sebenarnya?" soal Datin Fatimma pula.

Datin Safiah dan Farah sudah cuak. Kenapa tiba-tiba si Faris ni cakap benda mengarut macam ni. Lidah mereka kelu.

Faris memandang Amani yang berdiri kaku. Mungkin Amani keliru dengan apa yang cuba disampaikan olehnya.

"Ani diperangkap oleh Farah." satu ungkapan dari Faris membuatkan Datin Safiah dan Farah berdiri dengan muka yang bengis.

"Hei, Faris. Kau jangan nak fitnah adik kau sendiri. Kau ni dah kenapa? Adik kau ni darah daging kau tahu tak. Yang kau pergi tuduh adik kau sampai macam ni sekali kenapa? Dah buang tabiat?" marah Datin Safiah dengan kuat.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now