Bab 27

2.8K 75 1
                                    

Sepi menghuni sepanjang perjalanan menuju ke rumah mertua. Danish diam dalam pemanduan. Langsung tiada raut manis di wajah itu. Amani sesekali mencuri pandang wajah kelat suaminya.

Malam ini, bermulalah episod baru dalam hidupnya ditempat asing dan bersama orang yang asing baginya. Hatinya masih sebak dan sedih mengenangkan nasibnya yang kini sudah menjadi sebatang kara. Dia buntu memikirkan semua yang terjadi.

Sebelum beredar dari rumah lamanya, Fariha sempat menawarkan beberapa pertolongan seperti menguruskan hal berhenti kerja di syarikat ayahnya.

"Kau dah fikir masak-masak ke, Ani? Kau nak berhenti kerja kat syarikat ayah kau? Itupun notis tak sampai 24 jam." Soal Fariha yang berhadapan Amani di depan pintu keluar.

Amani mengangguk lemah.

"Untuk apa aku kerja situ lagi, Riha? Papa dah tak anggap aku anak dia. Aku tak boleh ada kaitan apa pun dengan dia." sedu suara Amani.

"Ani, habis tu, lepas ni kau nak buat apa?"

Fariha menyentuh lembut lengan sahabatnya itu.

"Aku akan cari kerja lain. Kau tak perlulah risau pasal itu."

"Macam mana lah aku tak risau, Ani. Kau dalam keadaan macam ni. Tapi tak apa, aku akan tolong kau pasal berhenti kerja. Serahkan pada aku aje."

Amani senyum hambar.

"Ani.." seru Puan Latifah lembut dari belakang.

Mereka menoleh hampir serentak.

"Mama.."

Puan Latifah mendekati dengan mata berkaca.

"Mama dah tak ada di sisi Ani lepas ni. Mama harap sangat, Ani akan bahagia dengan suami dan keluarga baru Ani."

Amani diam. Dia sendiri tidak tahu macam mana tanggapan mereka terhadapnya.

"Mama yakin, mereka akan terima Ani sebab mama kenal anak mama. Siapapun akan jatuh sayang pada Ani."

Amani dan Fariha tersenyum hambar.

"Janji dengan mama sayang."

"Janji apa, ma?"

Puan Latifah menyentuh lembut pipi Amani.

"Janji yang Ani akan cuba untuk bahagia. Cari kebahagian walau dalam penderitaan. Janji dengan mama ye sayang. Janji Ani akan bahagia walau mama sudah tiada di sisi Ani.

Mama yakin suatu hari nanti, kebenaran akan muncul. Mama harap Ani sabar dan berdoa pada Allah untuk tunjukkan kebenaran itu. Yang penting, mama nak Ani bahagia. Janji ye sayang?"

Puan Latifah mengelus lembut pipi Amani dengan tangisan. Amani sudah berkaca. Fariha pula sudah mengesat air matanya.

Amani menggenggam erat tangan ibunya yang masih melekat diwajahnya sambil mengangguk berkali-kali.

"Anggaplah keluarga baru Ani macam keluarga Ani sendiri. Hormati mereka dan layan mereka dengan elok. Paling utama, hormati dan taat pada suami. Jangan sesekali menyakiti atau menyinggung perasaan dia."

"Baik, ma. Ani janji semua itu. Terima kasih, ma. Ani sayangkan mama."

Amani pantas memeluk tubuh ibunya dengan erat. Tubuh itu akan dirinduinya teramat.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now