Bab 15

3.1K 65 0
                                    

"Kau ni memang pelik kan, Ani? Danish tu bukan main lagi sanggup buat macam-macam untuk kau tapi kau tetap tak nak dia."

Omel Fariha yang duduk di hujung katil Amani di compartment nya. Amani menghentikan taipannya pada komputer.

"Aku bukan tak fikir masak-masak, Riha. Aku ada plan aku sendiri untuk masa depan aku. Aku tak nak disebabkan dia, plan aku ditinggalkan atau tergendala."

"Plan apa yang kau nak tu?"

"Aku nak bina sendiri my future. Aku tak nak bergantung pada sesiapa pun. Kau kan tahu, aku ni bukan anak kandung mama dan papa aku. Segala harta yang dicurahkan pada aku selama ini pun belum tentu aku dapat balas. Inikan pula aku nak ambil harta mereka."

Rahsia itu juga diketahui oleh Fariha.

"Ya Allah, Ani. Aku tak sangka sampai macam tu kau fikir pasal parent kau. Tak baik tahu tak. Mereka sayangkan kau dan tak pernah anggap kau macam orang luar. Kau adalah satu-satunya anak mereka."

Amani memandang Fariha dengan mata yang berkaca. Dia memegang kedua belah tangan sahabatnya itu dengan erat.

"Riha, walau apa pun yang kau cakap, hakikatnya, aku bukan darah daging mereka. Aku ni hanyalah anak yang dipungut entah dari mana. Asal usul aku pun aku tak tahu, Riha."

Iya, Amani tidak pernah tahu asal usulnya kerana Puan Latifah dan Datuk Johan tidak mahu dia bertanya. Sudah banyak kali persoalan itu muncul difikirannya namun terpaksa disembunyikan untuk menjaga perasaan kedua ibu bapanya.

"Ani, apa yang kau cuba sampaikan ni?"

"Entah-entah aku ni anak haram, Riha." Serak suara Amani menuturkannya.

"Ya Allah, Ani. Jangan cakap macam tu boleh tak. Kau tak tahu itu semua, jangan buat andaian sendiri. Lebih-lebih lagi andaian yang macam ni."

"Tapi, still possible, right?"

Ajukan soalan Amani itu menyentakkan Fariha. Tiada jawapan yang dapat diberikan pada sahabatnya ini. Hanya kata-kata positif yang mampu dihadiahkan untuk mengubati perasaan negatif Amani saat ini.

"Kau jangan fikir macam tu, Ani. Kalau kau sayangkan mak ayah kau dan aku, tolong jangan fikir macam tu." Rayu Fariha.

Amani mengangguk dengan lemah sebelum menghalakan pandangan kearah skrin komputer semula. Fariha memandang sahabatnya dengan dahi berkerut. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan lagi. Dia akan cuba mengagak.

"Ani, kau jangan cakap kat aku sebab sebenar kau tolak Danish tu kerana status diri kau sebagai anak yang tak jelas asal usul."

Amani menghela nafas panjang sebelum memandang Fariha semula.

"Sebenarnya, itu pun antara sebab-sebab aku menolak dia, Riha. Yalah, dengan status aku yang macam ni, aku malu. Aku rasa tak layak untuk dia."

"Ani, kau tak tahu itu semua. Siapa kau untuk menghukum diri kau sendiri dengan perkara yang masih tak jelas. Danish mungkin tak kisah pun siapa status kau. Kau aje yang beratkan diri kau."

Amani berdiam. Tiada reaksi darinya.

"Aku nak tanya something dengan kau. Jujur dengan aku ya. Kau ada perasaan pada Danish atau tak?"

"Entahlah, Riha. Aku pun tak pasti dengan perasaan aku. Boleh tak stop pasal Danish? Kita ada 2 minggu aje lagi untuk final exam. Aku nak fokus."

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now