Bab 39

3K 72 0
                                    

PENING kepala Danish apabila sering diganggu Farah setiap hari. Dia memang tak pernah sukakan Farah tapi disebabkan perempuan tu dah ada kaitan dengan dia, terpaksalah dia hadap setiap omelan Farah.

Kes keluarga dia yang hampir roboh membuatkan Farah sentiasa ingin dekat dengannya. Danish rimas.

"Ya, I dah nak sampai dah ni. You sabar." ujar Danish dengan nada agak tegang.

Dia berjalan mencari restoran yang diberitahu Farah di Quill City. Farah sudah merengek sejak semalam ingin bertemu kerana tekanan dari keluarganya. Nak tak nak, Danish kena hadap juga sebab Farah tahu semua rahsianya.

Kalau lah aku tahu perangai perempuan ni macam ni, tak ingin aku nak ada kaitan dengan dia. Menyesal aku libatkan dia sekali. Hisy, menyusahkan betul. Gerutu hati Danish.

Kelibat Farah di dalam restoran itu melajukan lagi langkahnya namun, saat matanya tertancap pada seseorang yang sedang duduk tak jauh dari Farah, terus dia berhenti melangkah.

Danish segera mendail nombor Farah.

"Farah, I tak boleh jumpa you."

"What? Why? I dah tunggu you lama tahu tak."

"Nampak macam ada orang follow you."

Terbeliak biji mata Farah.

"Jangan toleh. Jangan biar dia tahu you dah sedar kehadiran dia." halang Danish dengan laju apabila Farah hampir memusingkan kepalanya untuk mencari.

"Siapa yang follow I tu sayang?"

"Riha."

"What? You pasti ke tu dia?"

"Pasti." Jawab Danish dengan tenang.

Dia tersangat pasti. Fariha sedang duduk agak jauh dari Farah namun jelas kelihatan dari tempat Danish berdiri. Fariha yang memakai Ray Ban hitam serta bertudung kuning itu memang menyerlah dari pelanggan yang lain.

"Apa yang patut kita buat ni?" soal Farah dengan gusar.

"Kita kena lebih berhati-hati lepas ni. I rasa dia akan sentiasa ikut you ke mana saja lepas ni."

"Mana boleh macam tu. Biar I ajar dia sikit."

"Jangan. You dah gila ke apa? Kalau you serang dia sekarang, dia takkan mengaku yang dia ikut you. Nanti, you yang akan malu." ujar Danish dengan nada geram.

Lembab betul minah ni. Tak boleh nak fikir sendiri ke benda-benda logik macam ni. Marah Danish dalam hati.

"I rasa buat sementara waktu, lebih baik kita jangan berjumpa. Bahaya kalau dia nampak I dan you keluar bersama."

"Apa? Tak bolehlah macam tu, sayang. I really need you right now. I ada macam-macam masalah sekarang ni. I perlukan you, sayang." Farah sudah bersuara merengek.

Danish menghela nafas panjang. Rimas dengan rengekan itu.

"Look, you kena faham. Kalau you still nak kita bersama-sama, you kena ikut apa yang I cakap. Kalau semua terbongkar, you dan I akan berpisah."

Farah terdiam. Kata-kata Danish ada benarnya.

"I rasa ini jalan terbaik. I akan fikirkan jalan untuk selesaikan masalah ni." Ujar Danish dengan senyuman.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now