Bab 37

2.9K 61 2
                                    

"KAK Ngah jangan lah duduk kat rumah aje. Kita jalan-jalan supaya ringan sikit kepala akak tu. Jom lah ikut saya dan Farah." Suara Datin Safiah kedengaran agak mendesak.

Datin Safiah berdiri tidak jauh dari Puan Latifah yang leka menyembur bunga raya nya.

"Malaslah aku nak keluar ke mana-mana, Piah. Duduk rumah pun boleh ringankan kepala aku jugak." Puan Latifah bersahaja.

Datin Safiah mencebik geram. Sejak Amani keluar, Puan Latifah susah untuk di dekati walaupun hampir setiap hari dia datang untuk menemani kakak iparnya.

"Alah, akak. Duduk rumah lama-lama nanti beku otak tu. Kita bersiar-siar kat luar sekejap pun jadi lah. Farah pun akan ikut sekali." Datin Safiah masih setia memujuk.

Puan Latifah mengeluh senyap. Dia tak sukakan kehadiran Farah sebenarnya. Walaupun tak ada bukti yang Farah terlibat dalam kes Amani, dia tetap percaya yang Amani tak akan berbohong.

"Aku tak larat dah Piah oi nak jalan-jalan. Cukuplah duduk rumah menyiram pokok bunga aku ni ha. Lagipun, hari ni abang ngah kau tu balik dari outstation. Tak nak lah aku bila dia balik, aku kat luar."

Puan Latifah menghentikan siramannya. Dia mendekati Datin Safiah.

"Lain kali lah kita keluar. Hari ni aku nak duduk rumah aje."

Datin Safiah menggulingkan matanya.

"Ikut akak lah. Saya ni ajak sebab saya tak nak akak rasa sunyi kat rumah ni seorang diri. Saya risaukan akak."

"Terima kasih lah risaukan aku ni. Tak apa, aku boleh jaga diri aku lagi, Piah. Mak Esah dan Pak Abu pun ada je kat rumah ni untuk teman aku."

Datin Safiah diam. Kalau diikutkan hati, nak juga dia marah dengan kakak iparnya ini. Hanya kerana seorang budak yang tak ada pertalian darah dengan mereka, kakaknya sanggup bersedih begini.

"Saya ni tak faham lah dengan perangai akak. Kenapa akak sedih sangat bila budak tu keluar dari rumah ni? Dia tu bukan ahli keluarga kita."

Mata Puan Latifah mencerlung tajam.

"Apa kau mengarut ni, Piah? Aku yang susukan dia dari kecil. Aku yang jaga makan minum dia, jaga sakit sihat dia, jaga semuanya dari kecil. Dia anak aku." keras nada suara Puan Latifah.

"Akak, walaupun akak dah susukan dia, tetap dia bukan ahli keluarga kita. Tengok apa dia dah buat kat keluarga kita. Dia conteng arang kat muka kita semua tahu tak.

Akak dan abang dah jaga dia bagai nak rak, tup tup pergi berzina dengan jantan kat luar sana. Mujur Allah dah tunjukkan bukti kat kita tahu tak kak. Kalau tak, entah sampai dah beranak baru kita semua tahu."

"Piah, aku kenal anak aku tu luar dalam. Aku tak percaya yang dia buat semua tu. Ada orang nak perangkap dia."

Datin Safiah membulatkan matanya.

"Akak percaya budak tu? Akak percaya yang Farah terlibat? Sampai hati akak tuduh anak saya macam tu. Saya dah cakap kan yang Farah ada dengan saya masa tu. Akak pun nak tuduh saya menipu?"

Puan Latifah diam. Dia pun tak tahu apa yang nak diujarkan saat ini.

"Untuk apa lagi kita semua jadi keluarga kalau akak dah tak percayakan keluarga sendiri. Lebih baik saya keluar aje dari keluarga ni walaupun saya adalah ahli keluarga ni yang sebenar." Datin Safiah sengaja melirihkan suaranya.

Puan Latifah menghelakan nafas panjang. Rimas kepalanya memikirkan hal ini. Iparnya ini dari dulu sensitif yang melampau.

"Aku tak cakap pun macam tu, Piah. Aku cuma cakap, ada orang nak perangkap Ani. Aku tak cakap pun yang Farah terlibat."

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now