Bab 7

3.5K 88 2
                                    

Gembiranya hati bila berada di dalam UIA yang mempunyai pelbagai kelebihan dan rahmat. Suasana islamik yang masih diterapkan disini membuatkan hatinya tenang dan damai. Masjid dan kuliyah agama yang diberikan di UIA adalah perkara yang paling disukainya.

Sebab itulah Amani menyertai kelab social "Amanah" dimana bukan hanya menitik beratkan perihal agama tetapi juga hubungan sosial dan akademik. Kelab ini sering menganjurkan aktiviti seperti Usrah ringkas dan derma untuk anak yatim dan orang miskin. Alhamdulillah, setelah 4 tahun berhempas pulas di UIA dan bersama kelab itu, Amani belajar banyak perkara berguna untuk dirinya.

Walaupun sibuk dengan aktiviti kelab, Amani tetap akan membahagikan masa untuk pelajaran dan aktiviti. Setiap assignment tidak pernah lewat due date dan hampir ke semua aktiviti kelab disertainya. Menerusi kelab jugalah dia mengenal ramai kenalan baru yang berguna untuknya.

Amani masih ingat ketika dia menyertai program bersama para gelandangan di mana program ini bertujuan untuk memberi makan kepada para gelandangan di sekitar area Kuala Lumpur. Program yang berjalan selama sehari itu, dirancang dan disusun atur selama seminggu. Menerusi program ini, dia sedar betapa beruntungnya dia atas semua nikmat yang diberikan tuhan.

Dan, yang paling akan meninggalkan kesan di hatinya adalah bilik yang di diaminya. UIA menyediakan asrama untuk pelajar yang digelar Mahallah. Setiap Mahallah mempunyai nama dan beberapa block. Amani mendiami Mahallah Ruqayyah sejak hari pertama menjejakkan kaki di UIA. Hanya block sahaja bertukar setiap 2 semester.

Satu bilik memuatkan 4 orang pelajar dan setiap pelajar diberikan privacy dengan menyediakan penghadang antara satu sama lain dan meja di setiapnya. Satu bilik ada 4 bilik kecil. Dan, roommate sejatinya tidak lain adalah Fariha sejak dari semester pertama. 2 penghuni lagi sering bertukar.

Sejak memulakan semesternya yang terakhir, Amani sudah mengurangkan aktiviti kelabnya dan lebih memfokuskan pelajaran memandangkan inilah peluang terakhirnya untuk menambah pointer. Subjek yang diambil untuk semester ini lebih memerlukan pembacaan dan pemahaman memandangkan kebanyakannya adalah teori. Amani tekad untuk mendapatkan dekan kali ini.

"Amboi, semester baru aje start 2 minggu. Tapi kau study macam esok nak final."

Fariha mengusik Amani yang sedang leka menelaah buku di mejanya. Dia menghampiri mejanya. Amani mengangkat mukanya.

"Ya Allah, terkejut aku."

Fariha mengurut-urut dadanya apabila melihat wajah Amani yang kusam dengan rambut yang berserabai. Tak ubah macam mak lampir.

"Kau nak apa?" Amani memuncungkan bibirnya dengan mata yang layu.

"Kau janganlah stress lagi. Kita baru aje start semester Ani oi. Muka dah macam mak lampir aku tengok. Seram." perli Fariha.

"Tapi, aku nak buat yang terbaik semester ni." Amani menghela nafas panjang.

"Dah, dah. Tak payah stress sangat. Kita pergi makan jom."

Amani mengerling kearah jam di laptopnya. Sudah jam 9 malam.

"Mana?" soalnya.

"Mana lagi, kat kafe bawah lah. Malas aku nak keluar malam-malam macam ni."

Amani mengangguk lalu keluar dari bilik dengan bertudungkan tuala untuk ke tandas.

"Basuh muka tu bersih-bersih. Macam mayat hidup pun ada aku tengok." Fariha memerli Amani lagi dengan separuh menjerit. Amani buat dek aje. Bukan tak biasa kena kutuk dengan kawannya yang mulut tak ada insuran itu.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now