Bab 5

4K 103 1
                                    

Amani mengerling jam di desktop. Sudah hampir jam 12. Hari ini, Mukhlis ingin makan bersama. Sudah hampir 2 minggu Amani tidak bertemu dengan abang sepupunya itu. Mungkin, ada perkara penting yang ingin dibincangkan.

Mukhlis bukanlah jenis lelaki yang pandai bermanis dan berlawak. Orangnya tegas dan hanya bercakap apa yang perlu sahaja. Meskipun begitu, Mukhlis tidak pernah menggunakan kata-kata biadab walaupun dalam menegaskan sesuatu.

Mungkin, disebabkan dialah satu-satunya anak Datuk Ramli dan Datin Rohaya membuatkan dia merasa bertanggungjawab dan serius dalam semua perkara. Datuk Ramli adalah abang kepada Datuk Johan. Hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat. Yalah, mereka hanya ada 3 beradik sejak dari kecil. Jadi, siapa lagi yang akan menjaga adik beradik melainkan keluarga kita sendiri.

"Ani, kau dah siapkan belum report intern?" Soal Fariha dengan perlahan sambil mendekati Amani.

"Belum. Aku masih dalam proses lagi. Kau?" Amani membetulkan tudungnya melalui cermin kecil diatas mejanya. Tudung berwarna peach yang dibelinya minggu lepas sangat disukainya.

"Aku tengah siapkan. Macam banyak aje benda yang kena report." Adu Fariha lalu bersandar dimeja Amani.

Amani menoleh kearah Fariha.

"Kau buat report tu waktu bekerja?"Soal Amani serius. Fariha mengangguk dengan senyuman.

"Kau tahu tak kita tak boleh campur adukkan kerja personal kita dengan kerja pejabat. Waktu pejabat, kita hanya boleh fokuskan untuk kerja pejabat sahaja. Tak eloklah macam tu, Riha." Amani bernasihat dengan lembut.

Kalau diikutkan protokol dan adab berkerja, tidak sepatutnya kita menggunakan masa bekerja untuk menyiapkan kerja personal. Itu tidak adil untuk majikan kerana bayaran dibayar untuk setiap saat yang kita gunakan untuk menyiapkan kerja syarikatnya.

"Alah, aku dah tak ada kerja. Semua kerja yang Kak Fatin bagi, aku dah settle kan. Aku pun dah tanya dia ada kerja lain tak yang boleh aku buat. Tapi, dia cakap buat masa sekarang tak ada. Jadi, aku minta izin buat kerja aku ni lah. Kak Fatin bagi green light kot." Fariha menjelaskan dengan senyuman. Gadis bertudung kuning itu tampak tenang sekali.

"Ikut kau lah, Riha." Amani memandang semula desktop nya.

"Apa kerja kau tengah buat?" Fariha memandang desktop Amani.

"Inilah kerja aku hari ni. Encik Danish suruh aku berikan dia report on petty cash. Masalahnya, dia bagi aku resit-resit untuk aku susun dan key in data. Banyak kot resit aku kena susun by date. Dia memang sengaja nak susahkan aku. Sebelum ni, ada staff yang selalu buatkan lah." Amani mengadu dengan panjang lebar. Memang dia tak puas hati sangat.

"Kesian kat kau kan, Ani. Tapi, salah kau juga mengata dia hari tu. Kalau aku jadi dia pun aku berdendam." Ujar Fariha lalu ketawa. Amani mengerling tajam pada sahabatnya.

Ya, memang salah dia. Kerana tidak puas kena kutuk sebelum ini, Amani membuat tindakan yang luar biasa. Semuanya berlaku kelmarin.

"Baiklah, kita tamatkan meeting kita di sini." arah Danish seraya mesyuarat bersurai. Meeting itu hanya di kalangan department finance.

Amani ditugaskan untuk menutup semua peralatan yang digunakan di dalam bilik mesyuarat. Selesai menutup projector, dia terjumpa handphone berwarna hitam di bawah meja. Dia tahu tuan punya handphone tapi, disebabkan untuk membalas dendam, diambil handphone itu dan menuju ke mejanya.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now