Bab 6

3.5K 99 2
                                    

AMANI melangkah keluar dari keretanya yang diletakkan di hadapan Restoran Hadramawt. Fariha juga melangkah keluar dari kereta Myvi hitam itu. Mereka terjenguk-jenguk kearah restoran itu mencari kelibat seseorang.

"Ani, tu Lily." Fariha dan Amani beriringan melangkah kearah gadis cina yang sedang melambai-lambai dari tepi pintu restoran.

"Lily, macam mana dengan reservation? Dapat meja tak?" Amani bertanya dengan lembut. Lily mengangguk dengan senyuman.

Hari ini adalah hari terakhir dia bersama-sama Fariha dan Lily menjalani praktikal di Arasy Berhad. Danish mempelawa mereka untuk majlis perpisahan di restoran ini. Cuma, mereka haruslah menempah tempat dan menyusun atur semua sendiri.

Mujur Lily dengan rela hati menempah tempat di restoran ini sebelum jam 5 tadi. Lily juga menjalani praktikal pada masa yang sama walaupun dia berasal dari universiti yang lain. Lily juga kelihatan begitu gembira saat ini. Yalah, praktikal sudah habis.

Selepas ini, Amani dan Fariha hanya mempunya satu semester sahaja lagi di UIA untuk menghabiskan pengajian. Memang dia sengaja menjalani praktikal sebelum habis semua semester kerana ingin menikmati kehidupan di UIA sebelum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan secara rasmi.

Majlis perpisahan itu bermula jam 8 malam. Antara yang hadir adalah pekerja-pekerja yang banyak membantu mereka sewaktu praktikal termasuklah Fatin dan Danish. Oleh kerana waktu yang singkat untuk prepare, jadi majlis ini sangat ringkas. Namun, suasana majlis tetap juga meriah dan selesa.

"Baiklah. Apa kata kita dengar sepatah dua kata dari Encik Danish?" Fatin mempelawa Danish untuk memberi ucapan dan kata-kata semangat.

Danish tersenyum lalu berdiri menghadap semua pekerja. Meja yang berbentuk bujur panjang boleh memuatkan seramai 10 orang dan Danish duduk di hadapan meja.

"Assalamualaikum and good evening to all." Danish memulakan bicaranya dengan lembut. Semua mata memandangnya.

"As we all know, today our practical students akan menamatkan latihan mereka. Kita ada Lily, Fariha dan Amani. Dan majlis hari ini adalah untuk menghargai perkhidmatan mereka selama mereka menjalani praktikal di syarikat kita.

Saya berharap agar kamu semua menggunakan ilmu yang diperolehi sepanjang praktikal ini di dalam apa jua yang kamu lakukan. Saya akan doakan agar kamu berjaya dalam apa juga yang kamu lakukan. Semoga, kita boleh terus berhubung dan mengekalkan hubungan yang baik antara satu sama lain selepas ini."

Danish menghabiskan ayatnya lalu duduk. Semua bertepuk dengan lembut sahaja. Amani menatap wajah lelaki itu. Sepanjang dia berada di syarikat itu, inilah kali pertama Danish bercakap dengan suara yang lembut dan sopan di hadapannya. Mungkin sebab ini majlis perpisahan.

"Apa kata kita dengar pula student kita berucap. Takkan tak ada apa-apa yang nak diucapkan?" Fatin cuba memeriahkan suasana. Amani dan Fariha berbalas pandangan.

"Ani, ucaplah sepatah dua kata sebagai wakil." arah Fatin.

Amani bangkit dengan senyuman janggal. Dia bukan selesa sangat nak beri ucapan di majlis perpisahan macam ini. Tapi, oleh kerana namanya disebut, terpaksalah dia bangun.

"Assalamualaikum and good evening kepada semua. Pertama sekali, saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua staff di Arasy Berhad kerana banyak mengajar dan memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan yang masih mentah dan jahil ni. Encik Danish, Kak Fatin, Kak Liha, Miss Mai Lee, abang Man dan Encik haris. Terima kasih banyak-banyak.

Banyak perkara yang saya dah belajar sepanjang menjalani latihan saya. Saya belajar kerja-kerja yang berkaitan dengan bidang saya. Selain itu, saya juga belajar perkara-perkara lain yang secara tak langsung ada kaitan dengan hidup saya. Saya bersyukur diberikan senior-senior yang begitu baik, cantik dan handsome."

Semua tertawa mendengar ucapan Amani. Kak Fatin sudah menyentuh pipinya dengan senyuman lebar. Bangga kerana dipanggil cantik.

"Memandangkan hari ini adalah hari terakhir kami di sini, saya mewakili students praktikal memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami menjalani latihan. Kami berharap yang hubungan ini akan dapat dikekalkan selamanya."

Amani menghabiskan ucapannya lalu duduk. Memang awkward sangat. Fariha yang duduk di sebelahnya tersengih-sengih. Gembira sebab tak perlu beri ucapan.

Amani memandang Danish yang sedang leka berbual dengan Fatin. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Wajahnya tiada reaksi marah atau malu. Amani tidak dapat membaca apa yang terbuku di hati Danish ketika ini. Dia teringat apa yang diucapkan Danish sejam sebelum dia bertolak ke restoran ini.

Amani berdiri dihadapan Danish. Dengan wajah resah kerana dipanggil masuk kedalam secara tiba-tiba begini, dia berdiri tegak di hadapan Danish.

"Kenapa Encik Danish nak jumpa saya?" Amani bertanya setelah Danish membiarkannya berdiri di situ tanpa menegurnya.

Danish menghentikan tanggannya yang sedang membelek dokumen. Dihela nafas panjang seolah-olah ada sesuatu yang berat ingin diluahkan.

"Hari ni last day awak kan?"

Amani mengangguk. Danish bangun dan bersandar di mejanya sambil berdiri bertentangan dengan Amani. Berkerut dahi Amani.

"Actually, ada something that I need to tell you."

"Apa dia, Encik Danish?"

Danish menyilangkan tangannya.

"I like you"

"What?! Apa yang Encik Danish cakap tadi?"

Terkejut Amani mendengarnya. Bukan dia tak dengar, tapi sukar untuk dia mempercayai apa yang didengarnya tadi. Danish menghela nafas panjang.

"I like you." Kali ini dengan lebih jelas dan kuat. Amani terkesima.

Kenapa mamat ni cakap macam ni? Selama ini, bukan dia selalu menyusahkan hidup aku ke? Dia sendiri pernah cakap yang aku ni bukan taste dia. Dia sengaja nak kenakan aku ke apa? Aku ni bukan percaya sangat dengan mamat ni. Amani bermonolog sendiri.

"Ani.." lembut suara Danish memanggilnya.

Amani tersedar dari monolognya. Dia memandang wajah lelaki yang ada dihadapannya kini.

"Encik Danish, saya tak tahu pun yang you have that kind of feeling towards me."

Amani memandang lagi Danish yang masih bersilang tangan.

"But, saya sebenarnya tak bersedia lagi to be in relationship. For me, I have to prioritize my study." Amani menolak luahan cinta Danish dengan lembut.

Berdebar juga hatinya saat ini. Takut Danish naik hantu atau marahkan dia. Sebelum ini, setiap kali Amani membuat kesilapan atau memalukannya, pasti Danish akan marah atau membalasnya semula.

"Okay." Ringkas jawapan Danish.

Amani menatap wajah tenang Danish.

"I just want to let you know how I felt. Itu saja." Danish memberi penjelasan.

Amani hanya mengangguk faham. Baginya, suasana sekarang sangat awkward. Tapi, wajah Danish tenang sahaja. Dia pula yang jadi hairan. Dia ni sukakan aku ke tidak? Hati Amani bertanya.

"That's all. You may go now." Arah Danish lalu duduk di kerusinya semula. Amani memandang lelaki itu dengan hairan sebelum beredar dari bilik itu.

"Oi, makanlah cepat." Sergahan Fariha menyedarkan Amani.

Amani tersengih sebelum menyuap makanan kemulutnya. Tapi, yang sedang berlegar di kepalanya adalah Danish. Betulkah lelakiitu menyukainya. Itulah persoalannya.     

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now