Bab 26

2.7K 67 0
                                    

Amani bersimpuh diatas sejadah dengan dua tangan menadah ke langit. Bermula dengan takbir yang diangkat sehinggalah salam yang diberikan, air mata sering mengalir. Iya, solatnya tidak khusyuk kerana dugaan ini.

"Ya Allah, andai ini takdir aku, kuatkanlah hati ini untuk redha dengan qada' dan qadarMu. Aku tak kuat sekarang ini, Ya Allah. Hanya kau yang mampu menguatkan hati yang lemah ini. Kuatkan imanku, hatiku serta fikiranku untuk mengharungi dugaan ini.

Ya Allah, jika begini takdir aku menemui jodohku, ikhlaskan hatiku untuk menerima dia dengan sepenuh hatiku. Dia akan menjadi suamiku dan aku tidak mahu kerana kelemahan hatiku, aku menyakitinya. Cukuplah sekarang ini aku menjadi punca dia disakiti." Lirih suara Amani berdoa.

Disebalik pintu biliknya yang dikuak perlahan, kelihatan Fariha berdiri dibelakang pintu itu dengan air mata yang laju menuruni pipinya juga. Hatinya sakit melihat sahabat baiknya difitnah dan diperlakukan begini. Baginya, ini sangat tidak adil.

Sabarlah, Ani. Hikmah Allah tu luas. Aku percaya Allah pasti akan berikan kau sesuatu yang sangat bermakna dan bahagia diakhir ujian ini. Kuatkan diri kau, sahabat. Jangan risau, aku sentiasa ada disisi kau untuk menemani kau mengharungi dugaan dalam hidup. Monolog Fariha sambil memandang Amani dibalik pintu.

"Ani.." seru Fariha dengan lembut sambil membuka pintu luas.

Amani menghabiskan doanya lalu menoleh pada Fariha yang berjalan mendekatinya. Fariha bersimpuh dihadapan Amani.

"Kau okay?" soal Fariha.

Amani tersenyum hambar. Fariha tahu Amani tak okay tapi kenapa ditanyanya lagi. Lembab lah kau, Riha. Marah Fariha pada dirinya sendiri.

"Kau dah kemas barang?" soal dia lagi.

"Dah, Riha. Tu, bag yang ada tepi katil tu barang-barang aku."

Fariha menoleh kearah bagasi itu. Ya, dengan bagasi itu, Amani akan keluar dari rumah ini selamanya. Betapa sedih Amani rasakan saat mengemas barang-barangnya tadi. Segala kenangan yang dicipta dirumah ini, akan dibawanya bersama.

"Banyak tu aje ke barang kau? Cukup ke, Ani?"

Amani mengangguk lemah.

"Aku tak nak bawa banyak, Riha. Aku hanya akan bawa barang yang aku sendiri beli. Barang-barang yang papa aku belikan, aku tinggalkan kat sini. Dia kan dah tak..."

Amani menitiskan air matanya lagi. Ya, Datuk Johan sudah menafikan dirinya. Untuk apa lagi dibawa barang-barang yang diberikan kepadanya dahulu.

Fariha diam. Tangannya mengusap lembut bahu kawannya.

"Sabar, Ani. Aku ada untuk kau. Sabar ye." Tenang Fariha.

"Terima kasih, Riha. Kau ada waktu aku perlukan kau. Thanks."

"Aku kan kawan kau. Sampai bila-bila, aku akan ada untuk kau. Ingat tu."

Amani menyeka air matanya dengan senyuman.

"Hoi, tok kadi dah sampai." Sergah Datin Safiah dari muka pintu.

Hampir serentak mereka menoleh.

"Sembahyang konon. Tak payah nak tunjuk alim sangatlah kalau semua orang dah tahu perangai kotor kau tu." Hina Datin Safiah dengan muka bencinya.

"Mak cik, sembahyang ni bukan hanya untuk orang yang baik-baik sahaja. Orang tak baik pun boleh solat. Kalau lah perangai buruk tak payah solat, ramai rasanya tak solat termasuk orang-orang yang celupar dan memfitnah orang sesuka hati."pedas Fariha membalas.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now