Bab 23

2.2K 61 3
                                    

"ENCIK Danish buat apa kat sini?" soal Amani yang terpacak didepan Danish.

Danish melihat sekeliling.

"Inikan pejabat. Saya datang atas urusan kerja lah apa lagi. Takkan datang nak tengok awak."

"Urusan apa?" soal Amani lagi.

"Itu bukan urusan awak. Sudahlah, saya nak jumpa Mukh sekarang." Ujar Danish lalu berlalu pergi.

Amani melihat lelaki itu menghilang kedalam bilik Mukhlis. Dia berlalu pergi kebiliknya semula.

"Kenapa muka macam baru lepas patah hati aje?" soal Anita.

"Mana ada. Saya okay aje."

"Yalah okay. Suara macam orang baru kena tinggal suami." Mary pula menambah.

Amani mengerutkan dahinya. Betul ke muka aku macam tu? Kenapa ye?

"Nothing. I swear nothing." Beria pula Amani menidakkan.

Anita dan Mary berpandangan sambil mengangkat bahu.

"Ani, bos nak jumpa sekarang." Kak Ijah, receiptionist tiba-tiba muncul dimuka pintu.

Terkejut semua yang ada dibilik itu.

"Kak Ijah, terkejut kami tahu. Ketuklah pintu dulu. Jangan main terjah aje." Marah Amani sambil mengurut-urut dadanya.

Mary dan Anita tertawa kecil. Kak Ijah dengan muka tenang, mengangguk lalu berjalan keluar. Amani membuntuti langkah wanita itu.

"Kenapa bos nak jumpa?" tanya Amani sambil berjalan hampir seiring dengan Kak Ijah.

"Bos tak cakap pula sebab apa. Kenapa?"

Amani agak gementar kerana dia tahu Danish baru sahaja masuk ke dalam bilik Mukhlis. Memang dia akan terserempak lagi dengan Danish lah jawabnya.

Sampai sahaja di pintu bilik Mukh, Amani mengetuk dengan lembut.

"Masuk." Arah Mukhlis.

Amani menguak pintu itu dengan lembut. Sah, memang Danish didepannya. Duduk berdepan dengan Mukhlis. Namun, lelaki itu langsung tidak menoleh memandangnya. Dia perasan yang Amir pun berada di dalam bilik itu, duduk disebelah Danish. Tapi, Amir menoleh padanya dengan senyuman manis.

"Ada apa abang nak jumpa Ani?" soal Amani sambil mendekati mereka.

"Ada benda nak bincang sikit."

Amani berdiri disebelah kerusi Amir sebab tiada lagi kerusi.

"Abang rasa awak masih ingat dengan Danish kan? Dia bos awak masa intern dulu kan?"

Amani mengangguk. Dia memandang sekilas pada Danish yang tidak langsung menoleh itu. Rupanya, masih ramai yang tidak tahu tentang mereka berdua.

"Macam ni, syarikat kita dengan syarikat Danish akan buat satu program untuk pekerja-pekerja dia dan kita. Dan, abang fikir sebab awak pernah kerja di sana, jadi awak lebih familiar dengan pekerja-pekerja sana.

Sebab tu, abang nak awak ambil alih untuk uruskan program ni. Ini program untuk memberikan kesedaran tentang tempat kerja pada pekerja. Dah lama abang dengan Danish rancang program ni dan sekarang baru dapat laksanakan."

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now