Bab 25

2.7K 64 0
                                    

Berkali-kali Amani cuba membela dirinya namun tiada siapa yang percaya. Dari pejabat agama sehinggalah ke rumah papanya. Air mata memang sejak tadi tidak berhenti mengalir. Hanya Tuhan sahaja yang tahu keadaannya saat ini.

Fariha yang setia berada disampingnya sejak dari pejabat agama tadi menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Dia percayakan Amani sepenuhnya. Apa yang diceritakan Amani dia percaya.

"Papa, percayalah pada Ani." Rayu Amani dengan tangisan teresak-esak lalu berlutut dihadapan ayahnya yang berdiri berpaling darinya.

Datuk Johan memandang Amani macam nak telan dia hidup-hidup. Wajah bengis Datuk Johan jelas kelihatan. Puan Latifah berkali-kali menyeka air matanya. Hati mereka hancur remuk saat ini.

Datin Safiah yang setia menenangkan iparnya tersenyum melihat Amani berlutut merayu kemaafan. Tangannya setia memeluk bahu Puan Latifah.

"Papa.. tolonglah percayakan Ani." Rayu Amani lagi.

Ruangan rumah itu hanya diisi dengan tangisan Amani.

"Macam mana aku nak percayakan kau bila bukti jelas depan mata aku? Kau jangan nak bodohkan aku lagi, Ani." Keras suara Datuk Johan.

Aku? Kau? Jelas papanya membencinya.

Datuk Johan membelakangkan dirinya.

"Ani diperangkap papa. Ani tak buat semua tu."

Air mata masih mengalir dengan deras. Fariha juga sudah berendam dengan air mata sejak tadi.

Datuk Johan berdiri diam tanpa menoleh sedikitpun padanya. Bencikah papa padanya? Jijikkah papa padanya?

"Kau jangan nak bagi alasan lain lagi, Ani. Dah jelas semua bukti. Gambar separuh bogel kau tu pun ada. Masih lagi nak berdalih." Datin Safiah menambah.

Amani memandang mak sunya dengan mata yang tajam.

"Farah yang perangkap saya, mak su. Dia letak ubat tidur dalam minuman saya lepas tu perangkap saya dengan Danish." Amani cuba membela dirinya.

Datin Safiah bangun dengan muka yang bengis.

"Kau jangan nak fitnah anak aku! Dari dulu lagi kau suka fitnah dia kan? Aku tak tahu apa masalah kau. Jangan nak sabitkan nama anak aku dalam hal ni. Kau dah buat tahi, kau nak calitkan pada anak aku sekali."

"Mak su, saya cakap perkara betul. Farah yang rancang semua ni. Dia datang rumah saya tengah hari tadi."

"Apa? Dia datang rumah kau? Farah ada dengan aku dari pagi tadi sampai lah aku dapat call dari abang aku yang kau kena tangkap sebab berzina dengan lelaki. Dasar perempuan murahan."

"Apa? Farah dengan mak su? Mak su cakap apa ni? Farah datang rumah saya hari ni."

"Kau tak dengar ke? Aku cakap dia ada dengan aku. Aku boleh jadi saksi untuk anak aku. Kau jangan nak pecah belahkan keluarga aku, perempuan." Tinggi suara Datin Safiah.

Amani bangun mendekati mak sunya. Dengan air mata yang mengalir dengan deras, dia menggenggam kedua tangan mak sunya itu.

"Ani tak tipu, mak su. Farah memang ada datang rumah saya hari ni. Dia perangkap saya sampai saya kena tangkap basah. Dia jahat mak su!" ujar Amani dengan kuat.

Datin Safiah melepaskan genggaman Amani dengan kuat lalu menampar wajahnya.

"Kau jangan nak reka cerita. Anak aku tu orang baik-baik. Datang dari kalangan orang yang baik-baik. Bukan macam kau." Maki Datin Safiah lagi.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now