Bab 59

5.1K 129 47
                                    

HEMBUSAN angin pagi menyegarkan wajah Amani yang berdiri dihadapan bendang yang menghijau luas. Di pondok kecil itu, dia cuba menenangkan hatinya yang senantiasa merindukan suaminya.

Hatinya masih gusar. Apakah patut dia lakukan? Layakkah dia untuk suaminya itu? Walaupun Danish sudah membuatkan hidupnya merana dan kacau, namun bagi Amani itu tidaklah setimpal dengan apa yang sudah terjadi kepada arwah ibu Danish.

Ayah kandungnya telah membunuh ibu Danish. Hakikat yang begitu perih untuk diluahkan namun dia tetap harus menerimanya. Jadi, mungkinkah mereka akan boleh bahagia andai mereka bersama semula?

Telefon yang berdering menyedarkan dia dari lamunan. Nama Fariha tertera di telefonnya.

"Ada apa? Kenapa kau call aku ni?" soal Amani dengan nada geram.

Bukan apa, si Fariha tu berdiri tegak di tingkap rumah sambil tersengih memegang telefon di telinganya.

"Kenapa tak jerit aje panggil aku. Dekat macam ni pun nak call." Amani membebel geram.

Fariha tersengih.

"Malas aku nak jerit-jerit. Buat kering tekak aku je. Lagipun, aku nak simpan suara aku yang merdu ni." Seloroh si Fariha.

"Merdu lah sangat suara kau tu, Riha. Macam katak panggil hujan." Usik Amani, kasar.

"Suka hati kau aje kan cakap suara aku macam katak. Nasib baik mood aku baik hari ni, kalau tak, telefon ni aku dah baling kat mulut kau tu, Ani." Geram Fariha.

Amani ketawa. Nasib lah ada Fariha yang boleh menghiburkan hatinya.

"Kau ada apa call aku ni?"

"Aunty panggil untuk masak sama-sama. Pagi tadi kan kita ada beli banyak barang untuk masak dan sedekahkan kat rumah anak yatim mak kau. Dah tak ingat?"

Amani baru teringat. Pagi tadi mereka bersama-sama ke pasar basah dan mencari barang-barang untuk di masak. Mama memang suka memasak dari dahulu lagi. Lagipun, ini kan amal jariah yang mulia. Memang dia menyokong sepenuhnya.

Sewaktu membeli barang, ternyata ramai yang mengenali mamanya. Semuanya memanggil nama mamanya sebagai Tipah atau Kak Tipah sahaja. Ada juga yang memanggil dengan panggilan Datin namun cepat-cepat mamanya membetulkan panggilan itu.

Bukan mamanya membenci panggilan Datin namun dirinya lebih selesa tanpa gelaran itu. Bagi Amani, mamanya adalah seorang wanita yang sangat rendah hati dan berlemah lembut dengan sesiapa pun.

"Yalah, aku datang sekarang." Amani menamatkan panggilan telefon itu dan berjalan ke dalam rumah kayu yang cantik dan tersergam indah itu.

"Mana papa, ma?" Amani bertanya pada mamanya yang sedang berdiri membasuh sayuran di sinki setelah dia melangkah masuk ke dapur.

"Papa keluar sekejap berjumpa dengan orang masjid. Nak ajak datang ke rumah anak yatim nanti." Jawabnya sambil tekun membasuh.

Amani duduk di meja bulat yang sudah dipenuhi dengan bahan masakan yang perlu ngatpotong dan dikupas.

"Ingatkan kau nak lari tadi dari buat kerja." Fariha berjalan ke meja dengan usikan.

"Kau ingat aku pemalas macam kau?" Amani membalas dengan selamber.

Fariha mengetap bibir geram sambil duduk di meja.

"Sudah lah bergaduh. Kita ada banyak benda nak kena buat. Kamu berdua selesaikan barang-barang yang ada atas meja ni. Mama akan potong ayam dan ikan kat belakang."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now