Bab 12

2.8K 72 0
                                    

DANISH menghadiahkan seutas rantai untuknya. Waktu itu, Amani dan Fariha sedang berjalan di Berjaya Times Square. Entah bagaimana, mereka boleh terserempak Danish di situ. Katanya, Danish datang untuk berjumpa dengan Najiha memandangkan hari itu hari sabtu.

Pada mulanya, Amani cuba untuk melarikan diri namun setelah Danish kelihatan agak merayu untuk mengikuti mereka, terpaksa dibiarkan. Danish meminta untuk berbincang sesuatu.

Ini adalah kali pertama mereka bercakap atau berhubung setelah Amani menghantar mesej. Danish senyap begitu sahaja. Amani ingat, lelaki itu memang sudah tidak mahu berusaha. Jadi, dibiarkan begitu sahaja hal ini.

"Encik Danish nak bincang apa?" soal Amani yang berhadapan dengan Danish didalam sebuah restauran. Fariha yang duduk disebelahnya memang terasa janggal sangat.

"Pasal kita" ujar Danish dengan perlahan sambil matanya memandang Fariha.

"Apa kata aku tunggu kat luar aje. Macam ada hal penting." Fariha cuba melarikan diri dari situasi janggal ini. Memang rasa macam orang ketiga yang mengganggu saja.

"Tapi.." Amani cuba merayu namun saat melihat wajah sahabatnya yang seperti menelan cuka, terpaksa Amani mengangguk. Dengan laju Fariha meninggalkan meja itu.

"Apa yang Encik Danish nak bincangkan dengan saya?" terus soalan itu diajukan apabila Fariha hilang dari pandangan.

"Okay. First of all, saya rasa tak perlulah awak ber 'encik' dengan saya lagi. Just 'saya' 'awak' dan nama saya cukup walaupun saya agak tua dari awak." Danish meramahkan hubungan mereka.

"Okay. Jadi, apa awak nak bincang dengan saya?" dengan tenang Amani menerima. Kali ini dah masuk 3 kali soalan sama ditanya.

Danish menghembus nafas panjang. Baginya, Amani memang sukar ditawan.

"Saya masih berharap agar awak menerima lamaran saya."

Amani tersenyum sinis. Ingatkan perkara ini sudah dilupakan. Yalah, sudah hampir seminggu mesejnya dihantar tanpa ada balasan.

"Maafkan saya. Tapi, saya masih dengan keputusan saya."

"Boleh awak berikan peluang untuk saya?"

Amani memandang Danish dengan dahi berkerut.

"Berikan saya peluang untuk buktikan yang saya serius dan saya boleh bahagiakan awak. Kalau awak berikan saya peluang, saya janji saya tak akan hampakan awak." Danish menabur janji manis.

"Peluang yang macam mana awak nak?" soal Amani dengan wajah berkerut.

"Berikan peluang untuk saya dekat dengan awak." Pinta Danish dengan wajah penuh harapan.

Amani menghela nafas panjang lalu bersandar di kerusinya.

"Kalau awak nak peluang dengan maksud bercinta, saya tak nak. Saya memang tak sokong idea bercinta sebelum kahwin. Call me old fashioned but I will stick to my principle." tegas Amani.

"Tak semestinya bercinta. Saya hormat awak punya pandangan. Tapi, berikan saya peluang dengan benarkan saya untuk buat sesuatu yang boleh membahagiakan awak." Terang Danish dengan penuh keihklasan mata.

Amani diam seketika. Pandangannya ditundukkan sambil memikirkan kata-kata Danish. Sebenarnya, hati Amani agak tersentuh dengan ayat-ayat Danish. Ya, memang Danish kelihatan ikhlas untuk memikatnya.

"Saya tak boleh halang awak untuk buat apa pun selagi mana ia tidak mengganggu dan menyakitkan saya. Itu hak awak untuk berbuat baik kepada sesiapa pun." Dengan kebenaran yang diberikan Amani, jelas terukir kegembiraan diwajah Danish.

"Thank you so much for giving me this chance. I will show you my sincerity. Saya betul-betul ikhlas untuk memperisterikan awak."

Danish menghadiahkan senyuman yang paling manis pernah dilihat Amani. Saat itu, hatinya berdegup dengan kencang. Terus sahaja Amani menundukkan pandangan.

"For starter, saya nak berikan awak ini"

Amani memandang kotak yang dihulurkan Danish didepannya. Kotak berwarna hitam itu diambilnya dan dibuka. Seutas rantai yang berbentuk bintang bersinar didalamnya.

"Untuk apa ni?" soal Amani sambil menatap rantai itu dengan tekun.

"Ini adalah rantai keistimewaan saya. Saya sering bawa kemana saja saya pergi." Jelas Danish dengan wajah teruja.

"Awak sukakan rantai ni? Saya tak tahu pula awak suka barang perempuan."

Terkejut Danish mendengarnya. Tergesa-gesa dia menidakkan anggapan Amani.

"Eh, ini bukan rantai saya. Cuma rantai ini mempunyai banyak kenangan."

Amani menatap Danish dengan wajah ingin tahu.

"Rantai itu kepunyaan arwah ibu saya."

Amani agak tersentak. Terus kotak itu ditutup dan diletakkan di atas meja semula.

"Kenapa awak bagi kat saya?" soalnya dengan nada agak tinggi.

"Sebab saya nak jadikan rantai ini sebagai petanda kita. Saya harap awak akan pakai rantai ini apabila awak telah menerima saya. Jika seandainya awak ingin saya berhenti membahagiakan awak, awak pulangkan semula kepada saya."

Dengan jawapan yang diberikan Danish, Amani terkedu. Danish kelihatan begitu bersungguh-sungguh. Walaupun dia sering berkata kepada dirinya sendiri bahawa dia belum ingin berkahwin, tetapi jika jodoh itu sampai, apa salahnya diberikan peluang.

Amani mengambil semula kotak itu dan menatapnya dengan serius.

"Baiklah. Tapi, saya tak janji yang saya akan setuju untuk berkahwin."

Danish mengangguk dengan senyuman manis. Amani membalas senyuman itu dengan mesra. Wahai hati, berikanlah peluang kepada yang benar-benar ikhlas. Ya Allah, seandainya dia takdir cintaku, aku menerimanya. Jagalah diriku dan dirinya dari semua kejahatan dan kejahilan. Amani berdoa didalam hati.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now