Bab 24

2.5K 59 0
                                    

HARI minggu selalunya Amani akan balik kerumah papanya tetapi oleh kerana janjinya dengan Farah, terpaksa dia duduk di rumah sewanya di Shah Alam. Farah janji nak lunch dirumahnya hari ini.

Amani sudah siap masak. Dia pun pelik kenapa Farah beria sangat nak lunch dirumahnya walhal boleh saja mereka makan di luar. Tapi, Farah terus merayu-rayu sehingga dia mengalah.

"Masuklah Farah. Buat macam rumah sendiri." Pelawa Amani setelah Farah muncul.

Farah masuk dengan mata melilau melihat keliling. Wajahnya dibuat-dibuat seakan teruja.

"Kau kenapa tiba-tiba nak makan masakan aku ni?" soal Amani sambil berjalan ke dapur.

"Saja. Dah lama aku nak makan air tangan kau, Ani. Tak ada kesempatan aje. Thanks sebab sudi terima permintaan aku." Ujar Farah dengan senyuman manis yang direka.

Amani menghela nafas panjang.

"Aku tak ada masalah. Yang penting, kau jangan nak complaint tak sedap ye." Gurau Amani sambil menghidangkan lauk di meja.

Farah berpura-pura ketawa. Amani pun agak pelik dengan cara dia ketawa namun dibiarkan saja Farah ketawa sehingga selesai.

"Ni, aku bawakan something untuk kau." Ujar Farah lalu menghulurkan sebotol air berwarna biru.

"Air apa ni?" soal Amani sambil memegang botol gelas itu.

"Ini air keluaran baru. Bukan arak ye. Air ni memang mahal sikit but aku nak kau rasa juga. Dah kau susah-susah masak untuk aku kan. Ini aje yang aku boleh bagi."

"Yakah? Thanks Farah. Nampak macam sedap. Apa kata lepas makan, kita minum air ni sama-sama?" pelawa Amani.

Farah mengangguk dengan laju.

"Eh, tak perlu makan pun tak apa. Minum dulu pun taka pa. Biar aku tuangkan untuk kau." Farah menawarkan diri.

"Tak perlu susah-susah. Nanti aku buat. Kau kan tetamu."

"Alah, tak apa. Aku pun nak layan kau juga." Farah berkeras.

"Ikut kau lah. Aku hidang nasi dulu. Gelas ada kat cabinet atas." Tunjuk Amani lalu pergi ke rice cooker dan mencedok nasi.

Farah tersenyum sinis lalu mengambil gelas. Dituang air itu dengan senyuman yang jahat. Dia tahu, kali ini, Amani akan mendapat balasan atas segala yang pernah dilakukan padanya dahulu.

"Duduklah." Arah Amani lalu duduk.

Farah menghampiri dengan segelas air ditangan.

"Nah, minumlah dulu."

"Kau tak minum sekali?" soal Amani sambil tangannya mengambil gelas dari tangan Farah.

"Aku dah selalu minum. Lepas makan pun boleh." Alasan Farah.

Dengan tiada perasaan syak, Amani menghabiskan segelas air yang diberikan Farah.

"Sedap. Macam ada campuran anggur sikit." Komen Amani.

Farah hanya tersenyum melihatnya. Dia yakin, rancangannya akan berjaya.

Selesai makan, Amani mengemas meja dan ingin membasuh pinggan. Namun, tiba-tiba kepalanya pening. Pandangannya jadi berpunar. Rambutnya diseka ke belakang lalu tangannya terus memicit kepala.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now