Bab 52

2.4K 58 0
                                    

SUASANA di bawah nampak meriah. Dari jendela dia saja, dia boleh nampak ramai tetamu hadir ke majlis perkahwinan Najiha dan Mukhlis.

Alhamdulillah, akad nikah telah berjalan lancar semalam. Hari ni, majlis persandingan dan makan dibuat di rumah Datin Fatimma. Boleh tahan jugalah gugup si Mukhlis tu masa akad nikah. Nasib baik tok kadi suruh ulang sekali aje.

"Oi, cepatlah." sergah Fariha dari pintu bilik Amani.

Terkejut Amani dibuatnya. Tak ketuk pintu, semenanya masuk sergah orang dalam bilik. Memang nak kena pelekung si Fariha ni.

"Kau ni pun Riha, ketuklah pintu dulu. Ni main sergah aje. Ni bilik aku laki bini tau. Kalau time kau sergah tu laki aku ada, naya aku." rungut Amani.

"Alah, laki kau kat bawah. Aku nampak tadi, tu yang aku main sergah aje. Eleh, kau ingat aku ni tak ada adab?"

"Memang pun.." balas Amani dengan gurauan.

Fariha membeliakkan matanya.

"Kau memang kurang asam kan. Sudahlah, jom lah cepat. Kak Jiha tengah bersiap tu. Kejap lagi, nak kena turun dah. Jadi, kita kena pergi ambil kek tu cepat."

"Yalah. Jom cepat. Naik kereta kau ya."

Amani dan Fariha pantas bergegas dan mengambil kek itu. Sebelum sampai ke kereta, sempat lagi dia menoleh pada bekas keluarganya yang sedang duduk di meja makan VIP.

Hati Amani dah beku untuk merasa sedih pada keluarga itu lagi. Dia sudah tak hairan pada jelingan dan pandangan mereka padanya. Memang sejak mereka jejakkan kaki di rumah ini, Amani dah perasan pandangan mereka. Tapi, lantaklah. Dia dah tak kisah.

"Nasib baik lah jalan tak sesak. Boleh lah cepat sampai rumah. Biarlah cepat sikit hari ni tamat." Amani bersuara saat dalam kereta.

Kek pun dah ada kat belakang seat kereta. Fariha yang sedang sibuk mengemaskan mascara, berhenti sekejap lalu memandang sahabatnya itu.

"Hari ni kan hari bahagia kak Jiha. Takkan kau nak majlis ni cepat habis. Tak baik tahu tak. Kalau majlis kau aku cakap macam tu, mesti kau marah kan." Fariha membebel lalu meneruskan calitan di matanya.

Amani mengetap bibir.

"Bukan macam itu lah maksud aku. Aku cuma nak keluarga tu cepat-cepat pergi. Tak tahan dah aku tengok pandangan mereka dari pagi tadi." Amani meluahkan rasa tak puas hati nya.

Memang dia dah tak ada hati lagi. Setelah dirinya dihalau dan diperlakukan sebegitu hina, dia akur dan terima yang dirinya sudah dibuang keluarga itu. Untuk apa lagi dia simpan rasa kasih dan sayang andai tiada makna lagi.

"Aku faham Ani tapi takkan lah kau nak buang macam tu aje mama kau dari hidup kau. Dia tak bersalah pun."

Mama? Kenapa dia lebih memilih untuk memihak pada suaminya berbanding aku? Aku minta ceritakan pada aku segala kebenaran tapi dia memilih untuk sembunyikan semuanya dari aku.

Adil ke dia? Sayang ke dia pada aku sampai sanggup lihat aku dibuang dan dihina begitu semata-mata kerana sebuah rahsia. Aku pun dah tak peduli. Biarlah mama memilih keluarganya sendiri. Marah Amani dalam hati.

Amani diam dalam pemanduan. Tengah asyik berkhayal, dia tak perasan yang ada bonggol di hadapan. Apa lagi, brek mengejut lah jawabnya. Tapi tak sempat, kereta sudah terlompat tinggi. Terjerit kuat dia dan Fariha.

"Woi, kau ni pun Ani, kalau marah dengan keluarga kau, jangan lah bunuh aku. Nasib baik bonggol tak tinggi tahu tak." Marah Fariha.

Amani beristigfar berkali-kali sambal memandu dengan perlahan. Jantung mereka berdegup kencang. Yalah, hampir-hampir kemalangan.

Sampai sahaja di rumah, terus mereka bergegas membawa kek ke dalam. Kemudian, bergegas menuju ke bilik pengantin.

"Kak, kek dah ada kat bawah. Boleh lah kita start next event." Ajak Amani didepan muka pintu.

Najiha mengangguk dengan senyuman lalu bangun dari katil. Mak andam tersenyum bangga melihat kecantikan pengantin hasil tangannya.

Akhirnya, acara terakhir diteruskan. Pengantin berjalan beriringan ditengah lautan tetamu sambal diringi musik yang indah. Dekorasi pelamin yang indah menyerikan lagi majlis itu.

Amani berjalan dibelakang pengantin bersama suaminya yang tercinta. Baju yang dipilih oleh ummi kelihatan sedondon. Kacak suami nya hari ni. Geram Amani tengok lama-lama. Eh, fokus pada jalan Amani. Kang tersadung.

Sampai sahaja di atas pelamin, pengantin duduk dengan mesra. Fariha kelihatan berjalan seperti menundukkan wajah kearah Amani sambil memegang kipas pengantin.

Dengan geram dia mencubit lengan Amani.

"Kau dah kenapa, Riha?" gerutu Amani sambil mengambil kipas dari tangan Fariha.

"Kenapa kau tak cakap kat aku yang mascara aku senget. Dari sampai tadi, sampai sekarang muka aku memang macam ni ke?" Fariha bernada bengang.

Hampir meletus ketawa Amani tapi ditahan.

"Aku lupa nak cakap kat kau sebab sibuk sangat. Sorry lah."

Fariha menghadiahkan jelingan maut pada Amani.

"Sakit hati aku. Dia boleh buat muka tak bersalah aje. Dah lah kena tegur abang Fariz tadi. Dikatanya muka aku ni macam kena tinggal laki tahu tak. Geram aku dengan kau ni."

Amani malas nak mendengar lagi. Terus dia menolak-nolak tubuh Fariha agar turun dari pelamin. Fariha berundur dengan muka yang bengang. Amani pula tertawa kecil.

Tapi, mati ketawanya apabila melihat wajah keluarga yang sudah membuangnya. Mereka sedang memandang ke arah pengantin.

Huh, kenapa nak pandang aku macam tak puas hati lagi. Pelik aku dengan manusia macam mereka ni. Tengoklah tu, mak dengan anak sama aje. Muka menyampah. Kalau boleh, aku nak sapu aje dengan kertas pasir biar muka tu jadi macam kertas putih. Biar tak ada bentuk terus. Gerutu Amani dalam hati.

Kemudian, dia nampak mama dan suami mamanya yang tercinta di meja sebelah anak beranak tu. Lelaki itu muram dan masam. Mungkin sebab Amani ada di majlis ini. Tapi, Amani dah tak kisah. Kau nak masam sampai jadi asam pun Amani dah tak kisah.

Sebab sekarang ini, Amani dah redha. Dah terima semua ketentuan ini dengan hati terbuka. Dia bahagia sekarang dengan suaminya. Dengan keluarganya yang baru. Jadi, biarlah kisah silam itu menjadi pengajaran buat dirinya.

Amani memandang suaminya yang berdiri disebelah pengantin lelaki. Laju saja suaminya mengenyit mata gatal itu padanya. Amani pun, balas lah balik. Sekarang ini, dia dah tak ada istilah segan pada suaminya. Pandai pun kau, Amani.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now