Bab 17

2.4K 69 0
                                    

"BOLEH saya masuk?" seru Amani dengan kepala yang terjongol di pintu. Najiha menoleh kebelakang.

"Ani, masuklah." Pelawa Najiha dengan senyuman manis sambil menanggalkan tudungnya.

Amani masuk kedalam setelah menutup pintu.

"Duduklah kat katil tu. Akak nak betulkan tudung kejap."

Amani duduk diatas katil dengan sepinggan makanan yang dibawa dari bawah.

"Akak tak nak explain apa-apa kat saya ke? Tentang apa yang berlaku hari ni?" terus soalan itu diajukan. Memang itu sahaja yang bermain difikirannya sepanjang mengetahui siapa tunang Mukhlis tadi.

Najiha tergelak kecil. Dia meletakkan tudungnya dimeja solek lalu membiarkan rambutnya terurai panjang ke bahu sambil mendekati Amani.

"Maafkan akak pasal tu, Ani. Mukh yang minta rahsiakan dari awak. Akak pun senyap ajelah." Ujar Najiha lalu duduk disebelah Amani yang masih memegang pinggan.

"Okay. Tapi, yang saya nak tahu. Macam mana akak dengan abang boleh kenal? Sepanjang saya kenal akak, saya tak pernah pula dengar abang Mukh cerita pasal akak. Jadi, saya nak dengarlah macam mana. Akak tak kisahkan?" Amani sangat ingin mengetahui kisah ini.

"Baik. Akak akan cerita tapi sebelum tu.."

Najiha mengambil pinggan dari tangan Amani lalu meletakkannya diatas meja kecil dibucu katil.

"Macam ni, pertama kali Akak jumpa Mukh adalah di restoran dihadapan pejabat Danish. Kalau Ani masih ingat, waktu tu Ani tengah lunch dengan dia. Akak pula dengan Danish nak pergi lunch. Kami tegur awak dengan Mukh kat situ.

Lepas lunch dengan Danish, akak pun beredarlah dari situ tapi terserempak dengan dia masa nak pergi ke parking kereta. Kereta Mukh parking sebelah kereta akak. Kat situ, Mukh minta nombor telefon akak." Terang Najiha dengan tenang.

"Jadinya, kisah cinta akak dengan abang Mukh bermula dengan saya? Kerana saya bawa abang Mukh lunch kat situ?" soal Amani cuba nak masuk sekali dalam kisah cinta mereka.

"Ani nak ambil credit ke atas cinta kami ke?" tanya Najiha dengan nada sindiran gurau.

Amani tersengih.

"Sorry. Sambunglah lagi. Lepas tu, macam mana akak boleh terpikat dengan abang Mukh tu. Setahu Ani lah kan, abang Mukh tu memang jenis bosan. Serius aje 24 jam dengan perempuan." Tanpa disedari, Amani telah membuka pekung Mukhlis.

"Mukh pernah ada girlfriend ke sebelum ni?" soalan itu terus menyedarkan Amani tentang apa yang diujarkannya tadi.

"Bukan macam tu maksud Ani. Sebelum ni, Ani tengok abang Mukh layan perempuan lain dengan serius. Ala, perempuan-perempuan macam kawan dia, pekerja dia dan juga tu ha, kakak jual nasi lemak depan office dia pun dia layan serius.

Sampai satu tahap, kakak yang jual nasi lemak tu panggil dia bos. Sebab tu Ani tanya macam mana akak boleh terpikat dengan dia. Ani betul-betul tak sangka tahu tak yang dia akan berkahwin." Beria-ria Amani menerangkan kepada Najiha. Kalau dia salah faham, mati Amani kena nanti.

"Yakah? Maksudnya ramailah perempuan yang dekat dengan Mukh kan?"

Berdebar terus hati mendengar soalan Najiha itu.

"Akak jangan salah faham. Memang ramai perempuan dekat keliling abang Mukh tapi abang Mukh anggap mereka macam orang asing. Macam patung. Dia tak ada perasaan langsung pada orang lain." Amani bersungguh membela Mukhlis.

Kalau Najiha salah faham dan batalkan pertunangan ni, mampus aku. Semua orang akan maki hamun aku. Paling teruk, aku kena hambun keluar dari rumah. Aduh, kenapalah mulut aku ni tak boleh diam. Menyesal pun ada sekarang ni. Kutuk Amani pada dirinya sendiri.

Najiha tersenyum manis sambil menepuk lembut tangan Amani.

"Akak saja nak test awak ni. Muka dah nervous habis tadi. Tahu pun takut sebab pecahkan pekung Mukh. Tapi tak apa. Akak tak kisah. Akak lagi suka kalau Ani cerita pasal dia dekat akak. Bolehlah akak kenal dia dengan lebih mendalam." Usik Najiha.

Amani pula tersengih-sengih. Lega juga sebab Najiha bergurau.

"Akak jangan risau. Abang Mukh adalah lelaki yang terbaik yang Ani jumpa dan Ani yakin akak juga adalah wanita terbaik untuk dia. Kan Allah dah janji dalam Al-Quran, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik."

Najiha tersenyum manis lalu memegang tangan Amani dengan erat.

"Terima kasih."

"Ceritalah lagi kak." Pinta Amani dengan bersungguh-sungguh.

"Tak banyak pun yang nak diceritakan. Dia bersungguh-sungguh nak kenal dengan akak. Dia tak tabur janji-janji manis yang tak ditepati. Dia serius dengan akak. Dan yang paling membuatkan akak jatuh hati dengannya adalah dia menjaga hubungan ini supaya diberkati Allah.

Dia ikhlas membahagiakan akak. Akak boleh nampak effort dia bila dia keluar dengan akak hanya pada waktu siang setelah minta izin dengan parent akak. Dia jumpa parent akak dan berterus terang tentang hati dia. Banyak lagi Ani kalau akak nak cerita tapi yang pasti, bila akak pandang dia, akak rasa bahagia dan selamat."

Amani termenung mendengar ujaran Najiha. Kepalanya memikirkan Danish. Lelaki itu berjanji untuk membahagiakannya. Dia juga boleh melihat keikhlasan pada lelaki itu. Tetapi, dia tidak yakin adakah dia lelaki yang akan menerima dirinya seadanya.

Adakah segala yang telah dilakukan Danish untuknya setakat ini sudah cukup untuk membuktikan keikhlasannya? Ya, Danish pernah meminta untuk bertemu kedua ibu bapanya namun Amani menghalang. Danish serius dan ikhlas untuk memperisterikannya.

"Ani, are you okay?" teguran Najiha mematikan lamunan Amani.

Terpinga-pinga Amani dibuatnya.

"Kenapa termenung jauh tu? Fikirkan siapa?" soal Najiha.

"Akak, saya ada benda sikit nak tanya."

"Apa dia?"

"Tadi ayah akak perkenalkan Danish sebagai anak. Maksudnya, dia adalah adik beradik akak. Tapi, sebelum ni akak cakap akak tak ada adik beradik pun. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?"

Najiha senyum dengan hembusan nafas lembut.

"Sebenarnya, Danish tu adalah anak angkat keluarga kami. Setelah ibu dia meninggal waktu dia usia 8 tahun, mak ayah akak ambil dia sebagai anak angkat. Ibu Danish dengan Ummi akak adalah kawan baik."

Amani agak tersentuh mendengarnya.

"Dia tak ada keluarga lain ke kak?"

Najiha menggeleng.

"Hanya kami keluarganya sekarang. Lagi pun, Ummi dan Abi sayang dia sangat. Ummi nak sangat anak lelaki kan walaupun dah dapat akak. Abi pula sayang sangat kat dia sebab dia boleh uruskan syarikat dengan baik berbanding akak." Jawab Najiha dengan nada gurauan.

Amani tertawa kecil. Tetapi, hatinya kini merasa kasihan dengan insan bernama Danish. Entahlah, perasaan kasihan atau sayang? Amani pun sedang keliru.

"Tapi, kenapa Ani nak tahu?" soal Najiha.

Amani agak terkejut dengan soalan itu. Sah Najiha tak tahu lagi pasal Danish dan dirinya. Buat apa nak dibuka pekung didada kan.

"Saja. Saya ni kan jenis busy body." Akui Amani untuk mengelakkan dirinya daripada disabitkan dengan Danish.

Najiha mengangguk dengan hilai tawa kecil.

"Okay. Akak nak pakai tudung semula lepas tu kita turun ya." Ujar Najiha lalu berdiri di meja soleknya.

Amani terus tenggelam dalam lamunannya. Mengetahu kisah Danish mencambahkan perasaan yang tak diduga. Danish merasai kehilangan diusia yang muda. Dia belajar menghargai orang yang disayanginya. Kerana itulah dia tidak mahu melepaskan Amani dengan begitu mudah. Iya, Danish ikhlas pada dirinya.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now