Bab 57

1.9K 52 1
                                    

SUDAH 2 minggu Amani pergi tanpa berita. Sejak itu juga Danish tidak tentu arah. Dirinya sudah seperti mayat hidup. Siang malam mencari isteri yang sudah pergi tanpa jejak. Air matanya tidak pernah kering mengalir di pipi.

Memang dia bersalah kerana telah menyeksa hidup isterinya sebelum ini. Dia menyesal. Sangat menyesal. Namun, kerana cintanya yang masih mendalam, dia rela merayu dan berlutut di depan isterinya untuk mendapatkan secebis kemaafan.

Dimanakah Amani saat ini? Adakah dalam keadaan sihat? Tidakkah dia merindui Danish seperti mana Danish merinduinya setiap saat dan ketika?

Danish meneruskan lamunannya di ruang laman itu keseorangan. Wajah murung itu cukup menampakkan betapa terseksanya dirinya saat ini.

"Ummi, Danish macam mana sekarang?" Najiha bertanya umminya yang sedang menghendap Danish dari ruang tamu.

Wajah risau Datin Fatimma jelas kelihatan.

"Ummi risau lah, Jiha. Tengoklah tu. Siang malam dia macam tu. Termenung seorang diri. Kadang-kadang meracau dan menangis malam-malam. Ummi tak tahu nak buat apa lagi." Resah suara Datin Fatimma.

Najiha menghela nafas panjang sebelum memegang bahu ibunya.

"Ummi tak boleh nak buat apa-apa pun. Semua ni salah Danish sendiri. Dia yang buat semua ni sendiri, ummi. Jadi, biar dia yang selesaikan sendiri masalah ni. Kita hanya boleh bagi sokongan saja pada dia.

Ummi jangan terlampau stress. Jiha tak nak ummi yang sakit. Ummi kena jaga kesihatan. Pasal Danish, biar Jiha bantu yang boleh. Ummi jangan stress sangat ya." Lembut Najiha bertutur pada ibunya.

Yalah, esok dia dan Mukhlis akan berangkat untuk berbulan madu yang tertunda selama seminggu. Dalam keadaan ummi yang sedang tertekan, macam mana dia nak menikmati bulan madu.

"Macam mana ummi tak stress, Jiha. Hidup Danish jadi macam ni. Kenapa semua ni boleh jadi pada dia? Tak cukup ke lagi dia kehilangan ibu dia dari kecil dengan cara yang begitu kejam? Sekarang, dia terpaksa berdepan dengan dugaan yang begini pula."

Najiha memandang wajah Datin Fatimma dengan sayu.

"Ummi, Allah tu Maha Adil. Dia tak akan menguji hambanya melebihi batas kemampuan kita. Ummi kena banyakkan berdoa." Najiha cuba menenangkan ibunya.

Datin Fatimma hanya menghembus nafas berat.

"Biar Jiha cakap dengan Danish sekejap. Ummi naik atas berehat dulu ya."

Datin Fatimma mengelus bahu anaknya sebelum mengangguk.

"Ummi nak ke dapur dulu sebelum berehat."

Najiha mengangguk lalu mendekati Danish setelah Datin Fatimma menghilang dari pandangan.

"Danish, kau okay?" soal Najiha lalu duduk di kerusi bertentangan Danish.

Danish tidak membalas soalan itu. Hanya pandangan kosong di halakan kearah Najiha.

"Danish, kau tak boleh selamanya macam ni. Kau kena teruskan hidup macam biasa sambil kau mencari isteri kau." Nasihat Najiha dengan tenang.

Danish memandang wajah Najiha dengan mata berkaca.

"Kau nak aku teruskan hidup aku macam biasa? Isteri aku dah tak ada di sisi aku. Macam mana aku nak teruskan hidup macam biasa, Jiha? Dia tak ada di sisi aku." lirih suara Danish.

Najiha cuba mengawal sebaknya. Danish kelihatan sangat menderita.

"Macam-macam yang aku dah cuba buat supaya aku dapat jumpa dia semula. Tapi semuanya tak jadi. Aku tak tahu dia kat mana. Aku buntu, Jiha." Danish meneruskan lagi luahannnya dengan sebak.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now