Bab 29

2.6K 63 0
                                    

FARIHA melangkah dengan tenang menuju ke pejabat Mukhlis. Pagi tadi Amani ingin ikut tapi tak menjadi kerana tidak mendapat izin suaminya.

Baru jadi suami satu hari, dah larang Amani untuk buat sesuatu. Desis hati Fariha sambil melangkah.

"Saya nak berjumpa dengan Encik Mukhlis." Ujar Fariha di meja receiptionist.

Wanita dalam lingkungan awal 20 an itu membawanya ke bilik Mukhlis.

"Riha, dah sampai ye." Sapa Mukhlis saat Fariha sudah berdiri di hadapannya.

Fariha mengangguk.

"Ani tak dapat datang. Jadi, saya yang datang untuk pihak dia."

Mukhlis mengangguk faham.

"Riha, abang dah cuba untuk hubungi Ani tapi dia tak nak balas mesej atau jawab call. Abang minta Riha ceritakan, apa yang sebenarnya terjadi, boleh?"

Mukhlis meminta dengan mata yang sayup sambil berdiri ditengah ruangan bilik pejabatnya bersama Fariha.

"Bang, Riha bukan orang yang tepat untuk menceritakan pasal perkara ni. Abang tanya Ani sendiri boleh?"

"Ani tak nak jawab call atau mesej abang. Yang abang tahu, semalam Ani dah keluar dari rumah Pak Ngah. Jadi, abang perlu sangat bantuan Riha sekarang. Ceritakan pada abang boleh?"

Fariha menghela nafas panjang. Berat hatinya untuk bercerita tentang ini namun Mukhlis merayu-rayu.

"Riha tak rasa Riha boleh cerita."

"Please, Riha. Maybe kita boleh buat sesuatu untuk betulkan keadaan kalau abang tahu cerita sebenarnya."

"Nak betulkan keadaan macam mana lagi, bang? Ani dah nikah dengan Danish. Rasanya, better move on."

Mukhlis menghela nafas panjang sebelum mendekati Fariha semakin rapat.

"Keluarga kami dah huru hara, Riha. Abang nak betulkan keadaan ini, at least."

Fariha diam. Dia memandang wajah Mukhlis yang merayu itu. Dia mengalah dan akhirnya, menceritakan semuanya bermula dari Farah melawat Amani dirumahnya sehingga lah Ani keluar dari rumah itu.

"Abang.." seru Fariha setelah Mukhlis diam agak lama,

"Abang macam susah nak percaya."

Fariha mengangguk faham.

"Saya faham, bang. Cerita ni memang susah nak percaya sebab melibatkan ahli keluarga abang sendiri tapi.. saya akan sentiasa percayakan Ani. Sebab saya kenal siapa Ani sebenarnya."

Mukhlis diam dalam renungan.

"Abang, tak ada siapa pun boleh paksa abang untuk percaya Ani. Itu semua atas pertimbangan abang sendiri." Fariha bertutur lembut lagi.

"Saya datang untuk bagi notis berhenti Ani dan ambil barang-barang dia. Kalau abang inginkan lebih kepastian, abang sendiri boleh bertanya pada ahli keluarga abang." Ujar Fariha dengan tenang.

Dia lantas menghulurkan sepucuk surat didalam sampul kepada Mukhlis.

"Ani cakap dia akan compensate sebab bagi notis in short notice. Kalau abang ada apa-apa pertanyaan pasal resignation dia, abang boleh direct dengan saya sebab saya akan buatkan untuk dia."

Mukhlis menyahut surat itu dari tangan Fariha dengan anggukan.

"Kalau macam tu, saya akan pergi kemaskan barang-barang Ani. Saya minta diri dulu." Ujar Fariha sebelum berpusing ke belakang.

"Riha.." seru Mukhlis.

Fariha menoleh semula.

"Abang akan cuba sebaik mungkin untuk bela Ani. Afterall, abang kenal siapa Ani sebenarnya juga."

Fariha tersenyum girang mendengarnya. Mukhlis juga tersenyum.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now