Bab 14

2.6K 78 0
                                    

KEPALA Amani berpunar. Saat matanya terbuka, perlahan-lahan keadaan kelilingnya jelas. Dia didalam sebuah gudang yang terbuang. Mulutnya dilekatkan plaster manakala kaki dan tangannya diikat.

Dia meronta-ronta untuk bangun dari dudukannya namun tidak berjaya. Ikatan tali terlalu kuat. Amani menangis keesakan sambil cuba membangunkan badannya.

"Kau tak boleh ke mana-mana."

Suara Shazlan dari belakang menambahkan kecut di perut Amani. Dia menoleh. Jelas terpampang wajah Shazlan yang sedang tersenyum jahat di pintu. Terbuntang biji mata Amani apabila Shazlan membuka bajunya sambil menghampiri.

"Shh.. Jangan takut sayang. Aku takkan sakitkan kau." Ujar Shazlan sambil memegang wajah Amani saat Amani meronta-ronta untuk lari.

"Apa?" Soal Shazlan saat Amani bercakap dengan mulutnya yang ditutup. Shazlan membuka penutup mulut Amani.

"Jangan.." Amani teresak-esak setelah mulutnya dibuka.

"Tolonglah, jangan buat apa-apa pada aku." Rayu Amani dengan air mata yang menjirus keluar.

Shazlan ketawa berdekah-dekah.

"Kau silap sebab cari pasal dengan aku. Aku takkan biarkan maruah aku dicalar oleh perempuan macam kau. Sekarang, aku nak calarkan maruah kau."

Shazlan bangun sambil ketawa dengan kuat. Amani menjerit dengan kuat saat Shazlan membuka tali pinggangnya. Makin kuat Amani menjerit, makin kuat Shazlan ketawa.

"Jeritlah sampai habis suara kau. Takkan ada sesiapa yang dengar. Sini tempat yang takkan ada orang datang. Jadi, jeritlah kuat-kuat sambil aku meratah badan kau tu."

Shazlan menghampiri Amani dengan perlahan-lahan sambil ketawa lagi. Amani sudah menutup matanya sambil terbaring membelakangkan Shazlan sambil menjerit meminta tolong.

"Aduh!!" terdengar suara Shazlan mengaduh. Perlahan-lahan Àmani membuka matanya.

Danish!! Jerit hati Amani saat Danish berdiri dihadapannya dengan kayu yang separuh patah. Shazlan sudah terbaring di lantai tidak sedarkan diri.

"Awak okay?" tanya Danish sambil meleraikan ikatan Amani.

"Okay." Amani mengangguk dengan jawapan. Air mata masih lagi mengalir dengan laju. Tangan dan badannya menggigil ketakutan.

Danish membangunkan Amani yang kelihatan lemah dan terkejut.

"Saya dah call polis. Biar saya settle kan dia ni. Awak pergi ke kereta saya dulu."

Amani mengangguk lemah dengan titisan air mata. Danish ingin memapahnya namun Amani menolak lembut lalu berjalan kedalam kereta.

"Awak okay? Kita tunggu polis datang. Saya dah ikat dia sementara dia tak sedarkan diri." terang Danish kepada Amani dari luar kereta.

Amani mengangguk lemah.

"Awak duduk sini tenangkan diri awak dulu. Saya akan awasi dia."

"Terima kasih" ucap Amani dengan suara berketar-ketar.

Selang beberapa jam kemudian, polis membawa Shazlan pergi setelah mengambil keterangannya. Dia melihat wajah dendam Shazlan sewaktu dibawa pergi. Namun, saat ini Amani masih lagi takut dan gerun. Tanggannya masih lagi bergetar.

"Awak okay?" soal Danish sambil memandu.

Amani diam seribu bahasa dan termenung jauh disebelah Danish. Mujur Danish ingin menghantarnya pulang. Dia tidak mampu untuk memandu pada keadaan seperti ini.

"Tak okay. Tangan dan kaki saya masih lagi berketar-ketar." Jawab Amani dengan perlahan. Wajah pucatnya jelas kelihatan.

"Berehat banyak-banyak. Nanti saya belikan awak pil penenang." Prihatin Danish.

Amani memandang wajah kacak lelaki disebelahnya. Alhamdulillah, dia diselamatkan oleh Danish.

"Terima kasih. Saya tak tahu apa akan jadi kat saya kalau awak tak datang tadi."

Danish tersenyum manis.

"Tak apa. Jangan awak risau. Saya akan cuba melindungi awak semampu saya. Saya tak akan biarkan awak disakiti."

Bergetar hati Amani mendengarnya. Lelaki yang bersungguh-sungguh melamarnya telah menyelamatkannya.

"Tapi, macam mana awak boleh tahu saya di situ?"

"Sebenarnya, saya ada terjumpa kereta awak ditepi jalan. Saya kenal kereta awak. Dan, ada seorang pak cik yang sedang berkerja memotong rumput ternampak awak diculik disitu. Dia menunjukkan exit yang lelaki tu ambil.

Dari situ, saya ambil setiap kemungkinan tempat. Setiap jalan yang saya lalu, saya cari awak. Ada dalam sejam lebih saya mencari. Mujurlah tidak banyak simpang atau exit di kawasan tu. Jadi, apabila saya nampak je kereta tersadai depan rumah usang, saya terus masuk."

Amani menatap Danish dengan penuh perasaan bersyukur walaupun banyak persoalan yang berlegar di kepalanya. Sekarang, apa yang penting, dia selamat daripada sesuatu yang mengerikan. Itu yang penting.

"Terima kasih kerana sanggup bersusah. Saya terhutang budi dengan awak."

"Jangan cakap macam tu. Antara saya dengan awak, kita tiada apa-apa hutang. Sudah tanggungjawab saya untuk selamatkan awak. Saya kan dah berjanji untuk membahagiakan awak. Inilah peluang saya, Ani."

"Tak tahulah apa akan jadi pada saya kalau awak tak datang. Saya betul-betul tak sangka yang Shazlan sampai sanggup buat semua ini. Kenapa manusia boleh berfikiran dan berkelakuan macam ni? Dia tu bukannya tak ada didikan. Belajar sampai ke UIA lagi tu" luah Amani dengan nada bengang dan sedih.

"Ani, tak semua yang berpendidikan tu akan berkelakuan seperti yang digambarkan oleh kita. Ada pendidikan tapi tak mempraktikkan segala apa yang dipelajari juga menyebabkan seseorang itu berkelakuan tak elok.

Sebab itulah, jangan menilai seseorang dari luaran dan tahap pendidikannya. Tapi, nilailah seseorang itu berdasarkan akhlak dan budi pekertinya. Kadang ada orang belajar sampai ke luar Negara, tapi bila balik Malaysia, bercakap macam orang tak ada ilmu. Perlekeh orang sana sini, buat perangai tak senonoh kononnya dia betul.

Jadi, jangan sangka semua orang yang ada pendidikan tinggi itu akhlaknya akan baik. Lebih baik kita nilai pada hati nurani bukan pada pakaian, pendidikan atau hartanya." Panjang lebar Danish memberi nasihat.

Amani mengangguk faham.

"Saya harap awak rahsiakan perkara ini." pinta Amani.

Danish memandangnya dengan kerutan dahi.

"Saya tak nak hebohkan pada sesiapa. Saya tak nak keruhkan keadaan."

"Baik. Saya tak akan ceritakan kat sesiapa pun. Tapi, awak kena janji sesuatu dengan saya."

"Apa dia?"

"Biar saya yang selesaikan perkara ini. Awak tak perlu hiraukan langsung pasal Shazlan. Saya yang akan handle mengikut undang-undang Malaysia."

Amani merenung lama wajah Danish yang kacak itu.

"Baiklah. Terima kasih sebab sudi bersusah untuk saya."

"My pleasure" Jawab Danish lalu tersenyum panjang.

Amani mengangguk dengan senyuman. Hatinya beransur tenang. Lelaki yang ada dihadapannya menenangkan hatinya. Iya, Danish menyelamatkannya hari ini. Perlahan-lahan wajah kacak itu kelihatan begitu bercahaya dan menyejukkan hatinya.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now