Bab 48

2.9K 57 0
                                    

FARAH dah macam cacing kepanasan dalam rumah tu. Mundar mandir ditengah ruang tamu dengan wajah yang bengang.

Memang dia tengah bengang pun. Tak habis-habis perempuan tak guna tu nak menyusahkan hidup dia. Entah mandrem apa yang dia pakai sampai orang yang Farah sayang suka kat dia pulak.

Ini bukan kali pertama perempuan tu buat macam tu. Sejak dari dulu lagi dia rampas semua orang yang dia sayang. Perempuan macam tu memang licik! Jahat! Busuk hati! Eiiii.. geramnya.

Dia masih ingat dengan jelas apa yang Danish ungkapkan pada diri dia semalam. Dah lama Danish menyepikan diri. Mesej jarang sangat dibalas, apatah lagi menjawab panggilannya. Jadi, dia terus menyerang Danish di pejabatnya.

Wajah terkejut Danish dibuat tak endah. Memang dia dah panas hati sangat. Dia rasa dirinya dipergunakan oleh Danish. Hari ni, dia akan membuat perhitungan dengan Danish.

"I tak kira, I nak tuntut janji you sekarang jugak!" jerit Farah.

Nafasnya dah turun naik menahan geram. Memang dia cintakan lelaki ni separuh mati tapi apabila perasaanya seperti dipergunakan, dia memang baran.

Danish beriak biasa. Dia memang dah agak perempuan ni akan menyerangnya. Inilah akibat bercampur dengan perempuan macam ni.

Danish menghampiri Farah yang berdiri tak jauh dari mejanya.

"You nak janji yang macam mana?" Danish buat biul.

Terjengil biji mata Farah. Dia buat-buat tak tahu pulak. Nak kena hempuk ke apa?

"You janji akan kahwin dengan I bila I buat semua yang you suruh. Kenapa, dah berbulan you kahwin dengan perempuan tu, I tak jadi bini you lagi? Apa yang jadi sebenarnya?" tengking Farah sambil bercekak pinggang.

Danish menggulingkan matanya. Dari segi Farah berdiri depannya sekarang ni, memang dia tak akan menjadikan Farah ni isteri. Tak pernah sopan tingkah laku.

"I tak jadi kahwin dengan you. I tak boleh tinggalkan isteri I untuk you atau sesiapapun. Memang pada mulanya, I yang plan semua ni sebab dendam I tapi sekarang semuanya dah berubah. I menyesal atas semua yang I dah buat pada isteri I.

Dari awal sepatutnya, Ani tak terlibat dengan dendam I. Dia tak bersalah. Sejak dia berkahwin dengan I, hari-hari I bahagia. I dah sayangkan isteri I lebih dari segala-galanya. I menyesal, Farah.

Dan I tak patut buat semua janji tu pada you. I tak patut gunakan you untuk lunaskan dendam I. I am so sorry Farah. I tak boleh paksa hati I untuk cintakan you. Hati I hanya untuk Amani buat selama-lamanya." Danish sudah penat untuk mengelak. Dihamburkan segala kebenaran pada Farah.

"You dah gila ke? You tak ingat apa yang perempuan tu buat sampai you menderita? Hey, you dah hilang akal ke? Apa yang perempuan dah bagi you makan sampai you boleh lupa semua tu?" tinggi suara Farah.

Memang aku tak akan percaya lah kalau Danish boleh lupakan semua penderitaan dia dalam sekelip mata hanya disebabkan jatuh cinta dengan perempuan tu. Bukan cantik mana pun perempuan macam tu sampai Danish boleh cinta. Desas hati Farah.

Kau pun bukannya cantik mana pun Farah. Perangai macam jembalang! Otaknya mengutuk tuannya. Ada aku kisah! Tepis hatinya.

"I tak kisah semua tu sebab sekarang I bahagia dengan dia. Lagipun, apa yang jadi pada I bukan salah Ani. Dia tak ada kena mengena dengan apa yang dah jadi."

Farah mencebik. Makin panas hati aku. Mudah sangat jadi pemaaf. Aku tak percaya yang si Danish ni boleh maafkan perempuan tu macam tu aje. Mesti perempuan tu dah buat sesuatu kat Danish. Farah cuba meyakinkan hatinya.

"Danish, I tak kira. Apa pun dah jadi, you kena kahwin dengan I jugak. I dah buat semua yang you suruh. You jangan nak tarik balik janji you." gertak Farah.

Danish tersenyum sinis. Ingat aku takut kalau gertak macam tu. Aku tak kisah, apa pun jadi, aku tak akan terima kau. Buat apa aku nak beristerikan perempuan macam kau. Yang sanggup gadaikan apa saja untuk dapat yang kau nak.

Bukan aku tak tahu, selama aku tak berhubung dengan kau, berapa jantan dah kau jumpa dekat kelab malam. Aku tak ingin lah nak ada isteri macam kau. Muka cantik tapi perangai buruk. Getus hati Danish.

"I am sorry, Farah. I tak boleh tinggalkan isteri I. I am so sorry." Danish tak ikhlas menuturkan kata maaf itu.

Baginya, cukuplah dia sekadar berlakon depan perempuan tak semenggah ni. Buat apa nak rasa bersalah dengan perempuan yang langsung tak hormatkan orang lain macam dia.

"I tak nak you punya sorry. I tak kisah you sorry ke lorry ke, I tetap nak you kahwin dengan I. You tahukan I cintakan you sangat. Dan I tak pernah cintakan mana-mana lelaki seperti mana I cintakan you.

I tak boleh kehilangan you, sayang. I terlalu cintakan you. Sebab tu I sanggup perangkap Ani macam yang you suruh. Macam yang you nak. Tapi, kenapa sekarang, you berpaling dari I? Kenapa sayang?" lirih suara Farah.

Memang Farah akui, Danish sangat dicintainya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki itu. Hanya Danish lelaki yang bertakhta dihatinya saat ini.

Danish menghela nafas panjang. Benak betul kepala perempuan ni. Kan aku dah cakap sebabnya tadi. Sewel betul kepala perempuan ni. Dengus hati Danish.

"I tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan you, Farah. I tak cintakan you. I cintakan Ani." tegas suara Danish.

Terbeliak biji mata Farah menahan marah. Cinta? Hei, semua ni mengarut! Aku tak akan percaya yang Danish boleh terima perempuan tu macam tu aje. Aku yakin, mesti Ani dah buat sesuatu kat Danish. Perempuan jahat! Detas hatinya.

"I tak percaya semua ni. I yakin, yang you tak cintakan dia sebenarnya. I takkan terima apa yang you cakap bulat-bulat." Farah berkeras dengan pendiriannya.

Amani yang salah! Dia dah buat Danish berpaling dengan cara kotor. Sebelum ni, Danish layan aku dengan mesra aje walaupun dah kahwin. Tapi, tiba-tiba dia cakap dia cintakan kau? Piiiirah!!

Ini mesti mainan kotor kau Ani. Perempuan yang asal usul kotor macam kau memang akan selalu buat benda jahat! Benda kotor! Aku tak akan berdiam diri tengok kau bahagia. Aku akan pastikan kau merana sampai kau rasa tak nak hidup lagi. Hati jahat Farah bersumpah.

Farah tersenyum jahat. Dia ada satu idea jahat untuk dikenakan pada Amani. Dia pasti, Amani akan terseksa dan meraung kali ini. Kau dah rampas Danish dari aku dengan cara kotor. Jangan harap aku bagi kau happy macam tu aje. Sinis hatinya.

Farah mendail nombor telefon Amani. Nombor yang masih sama berdering. Farah akan pastikan Amani menangis sampai meminta untuk mati kali ini. Fuhh, hebat sangat ke perancangan Farah kali ini?

Tak lama telefon berdering, Amani menjawab panggilan itu. Terukir senyuman sinis pada wajah Farah.

"Assalamualaikum" ucap Amani dengan lembut.

Farah tersenyum lagi. Aku akan pastikan rancangan aku kali ini, betul-betul buat kau menderita. Aku tak akan biarkan kau bahagia.

Jahat sungguh hati kau Farah. Amani tak pernah pun kacau hidup kau. Yang terjadi selama ni atas hidup dia, pun sebab perangkap dari kau. Kenapa kau masih nak salahkan dia? soal otaknya.

Namun cepat ditepis supaya dia dapat melaksanakan rancangannya kali ini.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now