Bab 30

3.3K 66 10
                                    

Farah baru saja tersedar dari tidur apabila jam sudah menunjukkan 12 tengah hari. Semalam, dia menghabiskan masanya di kelab malam sehingga jam 3 pagi. Mamanya tidak pulang ke rumah sebab menguruskan hal Amani di rumah Pak Ngah nya.

Amani. Apabila teringat nama itu, terus dia ketawa berdekah-dekah. Puas hati dia sekarang ini kerana dapat menyingkirkan perempuan tak guna tu dari keluarganya. Kali ini, dia tak akan melihat muka benci Amani itu lagi buat selamanya.

Farah bingkas bangun dan menuju ke meja makan. Kali terakhir perutnya di isi adalah dengan alcohol. Jadi, dia memang lapar ditambah pula dengan hati yang gembira.

"Bibik!!" Jerit Farah dengan kuat setelah duduk di meja makan.

Bibik berlari dengan laju dari dapur.

"Ada apa, cik Farah?" soal bibik dengan suara berketar-ketar.

"Ada apa?? Kau tanya aku ada apa?" soal Farah dengan mata membuntang.

"Aku dah lapar! Dah pukul berapa ni? Takkan makanan tak hidang lagi?"

"Sudah jam 12, cik. Sarapan pagi tadi sudah saya buang. Makanan tengah hari belum dibuat kerana kebiasaanya jam 2 baru makan." Jawab bibik dengan wajah pucat.

"Kau ni orang gaji apa? Buang makanan? Ke kau yang makan sampai habis? Melantak makanan rumah aku. Syukurlah sikit aku dah bagi tempat berlindung, bagi gaji. Nak jugak menghabiskan makanan rumah aku."

"Eng..eng..engak cik.." terketar-ketar suara bibik ingin membela diri.

"Nasib baik mood aku baik hari ni. Kalau tak, memang siap kau. Sudah, pergi masak sekarang. Aku nak makan." Arah Farah dengan kasar.

Bibir mengangguk berkali-kali lalu meluru ke dapur dengan laju.

Farah mendengus geram lalu berjalan ke ruang tamu.

"Farah!" panggil Datin Safiah dari muka pintu.

Farah menoleh dengan laju. Mereka tersenyum panjang. Datin Safiah mendekati Farah dengan deras.

"Macam mana awak boleh terfikir sampai macam ni nak singkirkan perempuan tu?" tanya Datin Safiah dengan wajah teruja.

"Farah memang dari dulu kan tak sukakan perempuan tu. Jadi, Farah rasa dah sampai masanya kita buat macam ni. Senang dan laju. Lagipun, bila dia dah tak ada, saham yang mama nak sangat tu lagi senang jatuh ke tangan kita."

Datin Safiah tersenyum girang mendengarnya. Bangga betul dia dengan apa yang Farah dah buat.

"Bagus, Farah. Mama happy sangat sekarang ni." Datin Safiah menepuk-nepuk lembut pipi Farah.

"Mama, kalau tunggu plan mama tu, entah sampai bila Farah nak simpan rasa sakit hati ni."

Datin Safiah mengangguk berkali-kali dengan senyuman. Kali ini, memang Farah cukup membuatkan dia bahagia. Amani sudah pergi dari keluarganya buat selamanya.

"Tapi, kenapa Farah pilih Danish? Budak tu kan tak lama lagi akan jadi besan Mukh?" Farah diam. Sebenarnya, ada rahsia lagi besar yang tidak diketahui mamanya. Mengapa dia memilih Danish dalam banyak-banyak lelaki di luar sana. Namun, biarlah dia menyembunyikannya dulu dari mamanya.

"Danish tu kan kenal dengan Ani sebelum ni. Tu yang Farah pilih dia. Senang sikit plan Farah kalau lelaki tu kenal Ani."

Datin Safiah mengangguk faham. Walaupun sebenarnya jawapan Farah masih lagi tak jelas tapi dibiarkan sahaja. Yang penting, Amani sudah tiada. Itu yang dia paling inginkan.

"Mama, naik atas dulu. Nak mandi dan tukar baju. Jam 3 nanti, mama nak gerak ke rumah pak ngah semula. Masa ni lah kita kena main peranan. Awak pun ikut mama sekali. Tunjuk muka kat pak ngah kamu tu."

"Err.. mama, Farah tak boleh ikut lah hari ni. Farah dah ada plan lain. Esok Farah bole ikut. Boleh?"

Datin Safiah menjengil geram. Namun, sesaat kemudia dia tersenyum.

"Tak apalah. Sebab perempuan tu dah tak ada, jadi esok pun boleh lah."

Datin Safiah tersenyum girang sambil mendaki tangga meninggalkan Farah di ruang tamu. Farah tersenyum melihat kegembiraan mamanya.

Kemudian, dia mendail nombor di telefonnya dan terus bergerak ke pintu keluar taman lalu bertenggek disitu sambil menelefon.

"Hi sayang, jadi tak jumpa I petang ni?" suara manja Farah memulai perbualan telefon itu.

"I dah buat semua yang you nak. I dah perangkap perempuan tu. I dah halau dia dari keluarga I. Sekarang ni, I nak you tunaikan janji you. I dah ikut semua arahan you."

Farah melentokkan kepalanya dan bermain dengan hujung rambutnya sambil mendengar lelaki di sebelah telefon itu bercakap.

"Okay, sayang. See you petang ni, ye." Ujar Farah lalu menutup telefon dengan senyuman yang lebar. Bahagia sungguh hatinya saat ini.

"Abang..." suara Farah seakan tidak keluar apabila dia terlihat Fariz berdiri ditangga selepas dia menoleh.

Fariz memandang Farah dengan agak lama.

"Bila abang ada kat rumah?" soal Farah dengan wajah gusar.

"Baru aje sampai. Mama ada ke?" Fariz beriak biasa. Mungkin dia tidak mendengar perbualannya sebentar tadi. Mungkin juga dia masih tidak tahu mengenai Amani.

Farah mengangguk.

"Dah lah. Abang nak naik dulu." Ujar Fariz lalu mendaki tangga dengan laju.

Farah menghembuskan nafasnya dengan panjang. Sepertinya Fariz tidak mendengar perbualannya tadi.






JAM 5 itu, Farah sudah menunggu di restaurant di dalam KLCC. Wajahnya dicalit dengan lipstick merah pekat untuk menampakkan seksinya itu. Lelaki yang dinantinya masih tidak muncul.

Kali ini, semuanya sudah selesai. Lelaki ini akan menjadi milik aku buat selamanya. Apa yang terjadi pada Amani adalah kerana dia. Dan aku tahu semua rahsia dia. Jadi, dia tak akan boleh lari dari aku. Monolog hati Farah.

Seketika kemudia, seorang lelaki muncul dihadapan Farah. Tersenyum lebar Farah apabila melihat lelaki itu mendekati lalu duduk dihadapannya.

"Sayang, I rindu sangat dengan you." Ujar Farah lalu membelai lembut tangan lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum manis melihat kemanjaan Farah. Dia membalas belaian tangan Farah itu dengan lembut.

"I pun rindu dekat you."

Farah tersenyum mendengarnya. Iya, lelaki dihadapannya sekarang ini adalah ADAM DANISH. Farah menatap mata Danish dengan penuh rasa cinta.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now