Bab 44

3.4K 74 3
                                    

"ANI, panggil suami kamu tu turun sarapan sekali. Dah jam berapa dah tu, tak siap lagi ke?" arah Datin Fatimma dengan lembut sambil menyusun pinggan diatas meja.

Amani yang sedang membantu menghentikan tangannya lalu mengangguk. Dia berjalan ke biliknya dengan tenang.

"Abang, sarapan dah siap." Panggil Amani sambil menguak pintu bilik itu dengan lembut.

Kelihatan Danish sedang berdiri didepan cermin sambil membetulkan tali lehernya. Amani tersenyum sambil melangkah mendekati Danish.

"Biar saya tolong."

Amani membetulkan tali leher Danish dengan rapi. Mata Danish tertancap pada wajah indah isterinya. Tak pernah jemu rasanya wajah itu dipandang.

"Terima kasih sayang." ucap Danish lembut.

"Sama-sama. Jom, sarapan dulu sebelum pergi office."

Amani menarik tangan suaminya dengan manja. Danish berjalan hampir serentak dengan senyuman yang tak pernah lekang.

Sejak pulang dari Langkawi, hubungan mereka sudah berubah menjadi sepasang suami isteri yang sebenar. Danish merasa bahagia dengan setiap layanan Amani.

"Pagi-pagi dah bersemut." usik Najiha apabila melihat Amani dan Danish menghampiri meja makan sambil berpaut lengan.

Danish ketawa kecil manakala Amani hanya tersengih. Rasa malu hampir tiada. Jika berbanding beberapa minggu lepas apabila dia mula memanggil Danish dengan panggilan 'abang' dihadapan semua orang, kini dia semakin selesa.

Najiha selalu mengusiknya kerana memanggil Danish sebagai abang ataupun sayang. Mula-mula, malu sangat. Tapi sekarang, lantaklah. Ini laki aku. Suka hati aku lah nak panggil apa.

"Jangan cemburu sangat. Tak lama lagi, kau akan dapat laki. Lagi teruk ada lah. Bersemut sana sini." Danish membalas usikan Najiha.

Mereka duduk sebelah menyebelah. Amani menyedokkan mee goreng untuk suaminya tanpa dipinta.

"Aku semut pun bukan depan orang. Lain lah korang, tak ingat orang lain dah." Najiha ketawa seusai berkata.

Datin Fatimma dan Datuk Kamal tergelak.

"Kita tengok nanti siapa lagi teruk." Danish masih membalas.

Najiha menggeleng sambil buat muka toya.

"Cakap pasal Jiha nak kahwin, bila kita nak keluar beli barang? Masa dah makin suntuk ni. Ada seminggu lebih aje lagi Jiha." Datin Fatimma mencelah.

"Barang apa ummi? Bukan semua dah beli ke?" Najiha bertanya.

"Barang kamu semua ummi dah siapkan. Tapi, barang Ani kan tak beli lagi."

"Barang saya? Barang apa saya kena beli?" Amani bertanya dengan wajah berkerut.

"Kan kamu dan Danish akan jadi pengapit nanti. Kenalah beli baju dan barang-barang yang perlu." Datin Fatimma menjawab.

Amani baru teringat bahawa Najiha pernah memintanya untuk menjadi pengapit di hari perkahwinannya nanti. Dia juga sudah bersetuju.

Amani diam.

"Ummi kamu ni Ani, semua benda dia nak plan. Kamu ikut aje lah. Kalau tak nanti, bising tak habis." Datuk Kamal cuba mengusik isterinya.

Datin Fatimma mencebik geram. Najiha dan Datuk Kamal sudah terkekeh ketawa.

"Tak apa, petang ni kita keluar cari baju yang sesuai ye. Pengapit kena pakaian sedondon juga." ujar Datin Fatimma.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now