Bab 8

3.2K 91 5
                                    

KECUT perut Amani saat membaca mesej yang tertera di telefon bimbitnya. Mesej dari lelaki yang tidak dijangka sama sekali.

"Salam, saya ada di tengah kuliyah awak." Mesej Danish yang ringkas tetapi menyebabkan hati Amani berdegup kencang.

Walaupun pensyarah sedang mengajar di depan, dengan perlahan Amani bangun dan keluar. Fariha hanya memandang kawannya berjalan keluar dengan ekor mata. Dia juga sempat melihat mesej itu tadi.

Amani berjalan di koridor yang terletak di tingkat 2 sambil memandang ke perkarangan kuliyah ekonomi itu di tingkat bawah. Susuk tubuh lelaki yang menghantar mesej tadi jelas kelihatan di hadapannya. Dengan berbaju kemeja turqoius dan berkaca mata hitam, Danish kelihatan menonjol dari orang yang lalu lalang di situ. Amani menuruni tangga.

"Encik Danish." Lembut Amani memanggil. Danish berpaling.

"Ani, assalamualaikum. Apa khabar?" Danish bernada tenang.

"Waalaikumsalam. Saya sihat. Ada apa encik Danish datang sini?" terus Amani bertanya memandangkan kelas masih berjalan lagi.

"Saya ganggu ke? Sorry. Saya nak jumpa awak sekejap saja."

"Sekarang saya ada kelas. Encik Danish ada hal penting ke nak cakap kat saya?"

Amani memerhati setiap riak dan reaksi lelaki itu. Tenang dan lembut.

"Memang ada hal penting. Actually, benda ni tak boleh cakap melalui telefon. Jadi, saya datang sendiri untuk berjumpa dengan awak. Tapi, disebabkan awak sibuk dengan kelas sekarang, apa kata kita jumpa lepas kelas awak." Danish mengatur ayat satu persatu dengan lembut. Sempat lagi senyuman manis diukir ketika itu.

"Maaflah, Encik Danish. Saya ada kelas sekarang dan lepas tu saya ada hal lain. Tak boleh cancel." Amani cuba menolak perlawaan Danish dengan lembut.

"Kalau macam tu, bila awak tak sibuk, kita keluar sama-sama boleh?" Danish masih cuba memujuk.

Hari tu bukan dia kata okay aje ke lepas aku reject hari tu? Kenapa tiba-tiba muncul depan aku dan ajak keluar pulak ni. Soal Amani dalam hatinya.

Dah hampir 2 minggu dia menyambungkan kuliyahnya, Danish tak pernah menghubunginya. Tup tup, dia muncul depan mata.

"Maaf, encik Danish. Saya tak nak keluar dengan lelaki berdua-duaan. Tak elok. Saya minta maaf sekali lagi. Kalau ada perkara penting encik Danish nak sampaikan, sekarang pun boleh atau melalui mesej dan email pun boleh." Amani menolak lagi perlawaan Danish dengan lembut. Sehabis mungkin dia menyusun ayat agar tidak melukakan bekas majikan intern nya.

Wajah Danish mulai kelat. Mungkin terasa kerana perlawaannya ditolak.

"I'm sorry" ucap Amani sekali lagi setelah melihat wajah masam lelaki itu.

Danish menatap mata Amani dengan pandangan mendalam. Amani dah cemas bila orang pandang dia sebegitu rupa. Terkebil-kebil matanya.

Danish menghembus nafas berat. Pandangannya dilembutkan semula.

"Baiklah. Rasanya baik saya cakap kat sini sahaja."

Danish menghela nafas panjang.

"Sebelum ni, saya pernah confess yang saya sukakan awak. Dan bila awak reject, at first, saya ingat saya okay. But, the truth is, I am dying."

Amani mengerutkan dahinya.

"Setiap malam, tidur saya tak lena. Setiap hari, saya tak boleh focus pada kerja. Hati saya tak tenang. Dan saya tahu, semua itu disebabkan awak. So, I cannot hold it any longer." Danish memandang ke dalam mata Amani.

"I want to marry you."

Satu ungkapan itu membuatkan Amani terpaku di situ. Hati Amani berdegup kencang saat itu. Wajah Danish ditenung tak berkerdip. Tak pernah terlintas di fikiran Amani yang Danish akan melamarnya. Sepanjang praktikal, lelaki ini begitu dingin dan menyakitkan hati.

Dahulunya, dia dikutuk dan diperli dari pelbagai sudut oleh lelaki ini. Dari air kopi acuhannya sehingga kerja pejabatnya, Danish akan mempunyai ayat untuk memerlinya. Tetapi, disaat ini, dihadapannya kini, lelaki yang sama telah melamarnya.

"Ani" seruan Danish itu menyedarkan Amani.

Terkebil-kebil Amani sambil memandang kebawah.

"Encik Danish, saya.." belum sempat Amani menghabiskan ayatnya, Danish memotong.

"Awak tak perlu berikan jawapan kepada saya sekarang. Take your time. But, I want you to know that I really love you and saya serius untuk menjadikan awak isteri saya." Danish menghabiskan ayatnya dengan tenang.

Amani masih lagi tercengang disitu. Dia hilang punca kata-kata.

"Awak ada kelas kan sekarang? Tak apalah, saya pergi dahulu. Awak ambil masa awak untuk fikirkan perkara ini." Danish berlalu pergi meninggalkan Amani di situ.

Setiap langkah lelaki itu diperhatikan Amani dengan penuh perasaan terkejut. Amani memandang lelaki itu sehinggalah hilang dari pandangannya. Dengan langkah perlahan, Amani berjalan ke kelasnya semula.

Apa yang baru berlaku tadi? Aku dilamar? Biar betul. Lelaki kaki perli tu lamar aku. Macam mimpi aje. Tapi, dia nampak serius tadi. Aku bukan tak nak kahwin, cuma aku tak ada perasaan kat dia. Jadi, kenapa aku perlu teragak-agak? Amani bermonolog sendiri.

"Hoi!! Berangan apa tu?" sergahan Fariha menyedarkan Amani dari lamunan.

"Ada apa, Riha?" Soal Amani.

"Kan aku tanya tadi, apa jawapan kau nak bagi kat Danish tu?" soal Fariha lalu menghirup air dihadapannya.

"Apa lagi, kena tolak lah. Aku memang tak ada perasaan kat dia pun. Sekarang ni, aku fikir nak tamatkan pengajian dan start kerja saja." Amani memang hanya ingin fokuskan pada pelajaran untuk semester akhir ini.

"Oh my god, mesti dia frust sangat. Yalah, kena reject dua kali dengan kau."

Fariha ketawa mengekek setelah itu. Lucu sebab bekas majikannya kena reject dengan kawannya sendiri. Amani menggelengkan kepalanya. Nasi ayam disuap semula ke mulutnya. Kalau difikirkan perkara ini lama-lama, memang sakit kepala jadinya.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now