Bab 13

2.7K 70 0
                                    

BUNYI hon kereta yang kuat membuatkan fokus Amani hilang ketika memandu di atas Lebuhraya SPRINT. Amani melihat kereta Civic putih yang terus membunyikan hon dari cermin keretanya. Dengan perasaan gusar, Amani mengambil exit yang ada dihadapannya.

Kereta Civic itu lantas memotong Amani dari kiri dan berhenti mengejut dihadapannya. Amani terus berhenti mengejut ditepi jalan. Dengan hati yang berdebar dan panas, dia keluar menemui pemilik kereta tersebut.

Saat menghampiri kereta yang bercermin kereta gelap itu, Shazlan keluar dengan wajah yang bengis. Amani memang dah bergetar kaki lutut waktu itu tapi tetap beriak biasa.

"Kita ada benda yang tak settle lagi." Ujar Shazlan dengan nada yang tinggi.

Amani menghembuskan nafas untuk menenangkan dirinya.

"Apa dia?"

"Kau jangan nak buat blur dengan aku ya. Kau tahu apa kau dah buat semalam dan kau nak lari macam itu saja." Marah Shazlan dengan mata yang tajam.

Amani memandang lelaki yang sedang marah itu. Memang sudah tidak selembut Shazlan yang sebelum ini dia kenal. Ya, mungkin kerana peristiwa semalam.

Perkarangan Ibn Taymiyyah adalah sebuah perkarangan yang disediakan oleh UIA untuk pelajar membangunkan perniagaan sendiri. Dengan pelbagai perniagaan kecil-kecilan dijalankan, ramai pelajar berkumpul disitu.

Amani menghampiri Shazlan yang sedang lepak bersama-sama kawannya di satu sudut. Memang hatinya sudah panas membara.

"We need to talk." Suara Amani keras.

Shazlan dan kawan-kawannya terdiam. Shazlan bangun menghampiri Amani.

"Apa lagi ni Ani? Awak ni dah macam obses pulak dengan saya." Ujar Shazlan lalu tertawa bersama rakannya.

"Saya tak nak bincang kat sini."

"Apa yang awak nak bincang sampai tak boleh nak cakap kat sini?" Soal Shazlan dengan senyuman yang sinis.

Amani mendengus geram. Dia tahu kenapa Shazlan tersenyum macam itu. Eina sudah ceritakan segalanya semalam.

"Ani, Shazlan ugut aku. Dia marah sebab aku cerita kat kau pasal dia. Rasanya, kita lupakan aje lah hal ini." Ujar Eina dengan air mata yang mengalir laju.

"Dia ugut apa, Eina?"

"Dia nak sebarkan gambar kotor aku. Kalau gambar tu menular, habislah masa depan aku, Ani. Aku tak nak dah ada apa-apa kaitan dengan jantan tu."

"Tapi, sampai bila kau nak terseksa macam ni Eina? Dia boleh gunakan gambar-gambar tu untuk perangkap kau lagi. Jangan biarkan dia menang, Eina. You have to fight."

"Tapi, Ani.."

"Tak ada tapi-tapi lagi. Biar aku tolong kau. Bagi aku phone kau."

Amani membaca mesej-mesej dari Shazlan. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusian. Segala ugutan dan maki hamun dilemparkan pada Eina untuk menutup aibnya.

Amani memandang wajah Shazlan yang penuh dengan keyakinan itu. Keyakinan bahawa dia sudah menang dan Eina tidak akan berani untuk memanjangkan lagi perkara ini.

"Saya terpaksa cakap di sini kalau awak tak nak beri kerjasama."

"Cakaplah." Shazlan begitu bongkak. Dia berani mencabar maruah seorang wanita dengan senang sahaja.

Amani tersenyum sinis semula.

"Saya nak awak bertanggungjawab keatas kawan saya." Suara tinggi Amani jelas kedengaran menyebabkan kawan-kawan Shazlan terdiam.

"Apa yang awak mengarut ni?"

"Jangan nak berdalih lagi, Shazlan. Saya ada bukti dan saya tak takut pada awak. Kami, tak takut pada lelaki macam awak."

"Look, I do not want to hear this nonsense. Jangan main tuduh aje."

Wajah gusar Shazlan itu ditatap dengan senyuman sinis.

"Jangan ingat awak boleh lari macam tu je. Be responsible. Kau dah ambil kehormatan dia, tup tup kau nak lari macam tu je. Dasar buaya darat." Memang sudah tidak ada kelembutan pada bahasa dan nada Amani.

Hampir semua yang ada disitu memandang Shazlan dan Amani. Kali ini, wajah Shazlan berubah seratus peratus. Tiada lagi senyuman. Yang ada hanya pandangan mata yang tajam dengan wajah yang bengis.

"Kau jangan main tuduh aje, Ani!! Aku pantang betul kalau ada orang sengaja nak malukan aku." Lantang suara Shazlan.

"Aku tak tuduh. Aku ada bukti."

Wajah Shazlan berubah pucat pula.

"Aku dah screenshot and simpan bukti tu elok-elok. Jadi, sekarang ni, terserah pada kau nak buat apa. Tapi ingat, aku boleh ambil tindakan dengan bukti yang ada."

"Kau ni memang sial kan? Aku tak kacau pun hidup kau. Kenapa kau nak tuduh aku sampai macam ni?" Shazlan masih cuba menafikan tuduhan Amani.

"Antara aku dengan kau, memang tak ada masalah. Tapi sebab kau kacau kawan aku, aku akan lindungi dia. Aku akan bela dia. Jadi, aku tak akan biarkan kau senang lenang sampai kau bertanggungjawab atas dia."

"Kau nak aku buat apa? Kahwin dengan dia?!!" Jerit Shazlan dengan kuat. Mata-mata disitu tertumpu pada Shazlan.

Shazlan tersedar kesilapannya. Dia secara tidak langsung, mengaku pada semua orang dengan soalannya tadi. Amani tersenyum sinis.

Wajah Shazlan yang pucat itu di pandang dengan sinis.

"Kau sudah mengaku. Jadi, semuanya atas kau sekarang. Apa yang kau nak buat lepas ni akan menentukan masa depan kau. Jangan ingat kau dapat lari macam tu aje."

Shazlan mendengus bengis. Tajam pandangannya.

"Aku hanya nak lelaki macam kau ni sedar yang perempuan bukan barang yang boleh pakai buang. Kami ada maruah dan harga diri. Jangan ingat senang-senang kau boleh pijak dan ludah."

"Kau memang sial. Perempuan tak guna!" Shazlan cuba menampar Amani disitu namun diterajang oleh pelajar lelaki lain sehingga tersungkur. Habis berselerak semua makanan yang dijual diatas meja.

Shazlan cuba bangun untuk melawan namun ditangkap oleh sekumpulan pelajar lelaki yang lain. Dengan baju yang sudah kotor, Shazlan masih memandang Amani dengan mata yang tajam.

Kerana kejadian semalam, Shazlan bertemunya sekarang, ditepi jalan raya.

"Kau memang cari pasal dengan aku kan, perempuan?!" jerit Shazlan dengan mata yang merah. Bengis mukanya.

"Bukan aku yang cari pasal dengan kau, Lan. Kau sendiri yang buat semua ni. Kau sendiri yang cipta perkara ni. Jangan nak lari." Amani berani melawan lelaki itu semula.

Kalau Shazlan memukulnya disaat ini, memang mati la Amani. Sepanjang jalan, tiada sesiapa yang lalu lalang atau kereta yang bergerak. Hanya mereka berdua di sisir jalan.

"Kau jangan ingat kau boleh lepaskan diri macam itu je. Aku akan pastikan kau merana, malu sama macam aku." Ugut Shazlan.

Amani menelan air liur gundah. Terus hatinya berdebar kencang. Shazlan seperti sudah tidak waras.

"Aku tak nak malu seorang diri. Aku akan tarik kau sekali." Ujar Shazlan lalu tersenyum jahat sambil menghampiri Amani.

Terus Amani berpusing untuk melarikan diri ke dalam kereta namun ditangkap Shazlan. Mulutnya ditakup dengan sapu tangan. Perlahan-lahan mata Amani tertutup dan badannya lemah longlai. Kemudian, gelap semua pandangannya.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now