Bab 58

2.1K 56 3
                                    

BINTANG malam menyinarkan langit yang gelap, menemani Amani yang termenung di jendela pintu. Keadaan sepi di sekeliling rumah kampung moden diselangi dengan nyanyian cengkerik malam.

Amani memandang ke langit gelap sambil melepaskan rambutnya yang panjang itu ke luar jendela dengan bertongkatkan dagu ditangan. Dia menghela nafas panjang.

Dia seperti tidak percaya yang akhirnya, dia sudah mengenali asal usul keluarga kandungnya. Dia sudah mengenali siapa ibu dan bapanya yang sebenar.

Puan Latifah membawanya ke kampung halaman di mana ibunya membesar dan mereka menetap di Teratak Kasih Setia, tempat ibu dan mamanya membesar bersama-sama. Teratak ini sudah tidak menjadi rumah anak yatim lagi kerana sudah dipindahkan ke bangunan yang baru dan cantik. Puan Latifah tetap menjaga rumah ini sehingga sekarang walaupun sudah tiada penghuni.

Untuk pertama kali, Amani duduk dihadapan kubur arwah ibunya. Puan Latifah membawanya menziarah kubur itu pagi tadi. Satu perasaan rindu singgah di hati Amani meskipun dia tidak pernah bertemu ibunya sendiri.

Aneh, bagaimana boleh kita rindukan seseorang yang tak pernah kita jumpa dan berkomunikasi. Mungkin, pertalian antara ibu dan anak adalah anugerah Allah yang teragung yang tidak boleh di jelaskan.

Kemudian, dia teringat pula apa yang Fariha bebelkan sepanjang perjalanan mereka ke rumah usang ini.

"Suami kau dah terdesak sangatlah, Ani. Hari tu aku dah bagi amaran jangan ganggu aku atau aku lapor polis. Senyap lah jugak seminggu dua. Tup tup, semalam muncul balik depan apartment tu." Fariha mengadu sambil memandu kereta.

Amani yang duduk disebelah hanya mampu menghelakan nafas panjang. Danish berkeras untuk bertemu dengannya. Fariha pula selalu di ganggu.

"Sorry, Riha. Aku susahkan kau." Amani menuturkan ayat itu dengan lemah.

Fariha mencebik sambil menjeling sekejap pada Amani.

"Ini bukan soal susahkan aku atau apa. Kau tak pernah menyusahkan aku. Tapi, sampai bila kau nak senyap macam ni, Ani? Kau kena buat sesuatu supaya jelas ke mana hala tuju hidup kau dengan dia." Fariha cuba memberikan idea kepada Amani.

"Aku tak boleh buat apa-apa keputusan lagi, Riha." Dia hanya membalas Fariha dengan jawapan ringkas sahaja.

Fariha mendengus. Bukan dia nak pressure Amani tapi tak bagus juga kalau perkara antara mereka suami isteri dibiarkan tergantung sebegini lama. Hanya menyeksa hati dan perasaan masing-masing.

"Aku bukan nak tambah tekanan kau lagi, Ani tapi aku tak nak kau terus lama sangat biarkan perkara ni macam ni. Kau juga yang bertambah stress nanti bila pendam lama-lama." Fariha memberi nasihat lagi.

"Apa pun keputusan yang kau buat, kau kena utamakan kebahagian kau. Itu yang paling utama." Fariha meneruskan ayatnya lagi.

Desakan Fariha ada juga betulnya. Masalah ini tak akan selesai sekiranya Amani terus melarikan diri begini. Dia harus meletakkan satu keputusan untuk kebahagiannya sendiri. Tapi, dia juga tidak tahu bagaimana harus membuat keputusan.

"Ani, kenapa masih tak tidur?" Puan Latifah menegur Amani dari belakang, lantas menghentikan lamunannya.

Amani menoleh pada mamanya.

"Ani tak mengantuk lagi. Mama kenapa tak tidur lagi?"

"Mama baru nak masuk tidur lepas minum tadi. Haus pula malam ni."

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now