Bab 10

3.4K 90 0
                                    

GIRANG kedengaran suara Shazlan dan rakan-rakannya di luar kelas. Dengan badan yang tinggi serta pakaian yang sentiasa branded, Shazlan lebih menyerlah dari yang lain. Kelihatan seperti menunggu untuk masuk ke kelas.

Amani memandang mereka dari jauh dengan pandangan yang tajam. Mendidih darahnya apabila memandang Shazlan boleh tertawa dan bahagia setelah memusnahkan hidup kawannya. Memang kalau boleh, Amani nak penampar Shazlan saat ini biar merasa sakitnya diperlakukan seperti sampah.

Minggu lepas dia dikejutkan dengan berita yang begitu menyedihkan. Seperti biasa, UIA tidak mempunyai kelas pada hari jumaat dan Amani selalu akan balik pada malam Jumaat selepas mengajar pelajarnya mengaji.

Sampai sahaja di bilik petang itu, Amani terkejut melihat Eina keseorangan didalam bilik. Selalunya, Eina memang sudah pulang khamis malam kerana rumahnya di Kajang. Namun, yang membuatkan Amani lebih hairan, Eina senyap sambil termenung diatas katil menghadap ke jendela.

"Kau okay ke Eina?" soal Amani lalu duduk dihujung katil menghadap Eina.

Eina mengangguk lemah dengan wajah yang pucat.

"Aku tengok macam ada masalah aje. Share lah dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong." Amani cuba memujuk.

Eina memandang Amani dengan penuh keredupan. Dia tertunduk dengan ketawa kecil yang dibuat-buat. Amani sedar Eina ingin berkongsi masalah dengannya tetapi teraga-agak.

"Eina, kalau ada masalah, jangan pendam. Kongsi dengan aku sebab walaupun aku tak boleh tolong tapi at least kau dah luahkan apa yang terbuku di hati." Amani melembutkan lagi kata-katanya.

"Aku.. aku rasa.." Eina cuba meluahkan sesuatu dengan suara yang serak. Sedikit titisan air mata jatuh ke pipinya saat dia mendongak.

Amani mendekatkan dirinya lalu memegang kejap tangan Eina.

"Aku kotor Ani" luah Eina lalu menangis sambil tertunduk.

Amani agak terkejut tapi cuba dikawal.

"Apa kau cakap ni, Eina? Aku tak faham."

Eina mengesat air matanya. Dengan mata berkaca dia memandang Amani.

"Aku dah tak suci, Ani." Amani terkedu saat itu. Tanggannya masih kejap memegang Eina. Perlahan-lahan Amani menarik nafasnya.

"Apa yang terjadi?" Amani merapatkan lagi dudukannya.

"Aku ada keluar dengan seorang lelaki 2 minggu lepas. Kami dah bercinta dekat 3 bulan. Dan, dia pujuk aku untuk buat benda tu. Sebab aku sayangkan dia sangat-sangat, jadi aku relakan semua tu." Saat itu juga air mata Eina merembes keluar.

"Ya Allah, Eina. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kau okay ke?"

Eina menggeleng dengan air mata yang mengalir dengan deras.

"Selepas itu, layanan dia dah tak sama Ani. Dia mula layan aku acuh tak acuh. Dan tadi, dia dah break up dengan aku."

Kali ini tangisan Eina makin kuat. Amani memeluk tubuh Eina dengan rapat untuk menenangkannya. Eina menangis teresak-esak didalam pelukan Amani.

"Bersabarlah Eina. Lelaki seperti tu memang tak patut disayangi." Amani cuba menenangkan Eina dengan nasihat.

"Dia janji dia akan setia dengan aku. Dia akan kahwin dengan aku lepas tu. Tapi, semua tu tipu. Dia tipu aku dengan janji-janji manis, Ani." luah Eina sambil menangis.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now