Blurb

3.8K 316 13
                                    

"Semua orang boleh jadi pemimpin tapi tak semua orang layak jadi pemimpin."

"Apakah tindakan Tengku sekiranya Alwaritzi setuju untuk berperang dengan negara Amarnath?" soal salah satu wartawam di situ. Aisera mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Jika benar seperti khabar angin yang berlaku sekarang ini iaitu pertumpahan darah di antara Alwaritzi dan Amarnath akan terjadi, saya selaku Perdana Menteri Emerald tidak akan teragak-agak untuk turut masuk campur dalam pertumpahan darah tersebut. Ianya kerana hubungan di antara Emerald dan Alwaritzi sangat baik dan dua buah negara ini juga turut dikenali dunia sebagai salah satu negara islam yang berpengaruh besar. Saya akan menggunakan pengaruh Emerald untuk masuk campur dalam peperangan yang akan berlaku nanti."

  Kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Aisera sebentar tadi membuatkan semua wartawan di situ tergamam. Malah ada juga wartawan yang sibuk menanda setiap jawapan yang diberikan oleh Aisera.

"Apa yang Tengku maksudkan untuk masuk campur peperangan di antara Alwaritzi dan Amarnath? Seperti yang kita tahu, peperangan yang mungkin akan terjadi nanti tiada langsung kaitan dengan Emerald. Jadi kenapa Emerald nak juga masuk campur?" soal wartawan yang lain pula.

Aisera tersenyum sinis.

"Apabila satu peperangan itu terjadi dan ianya melibatkan umat islam di dunia, secara tidak langsung ianya juga berkait rapat dengan Emerald. Apa gunanya Emerald ada pengaruh besar dunia tapi tidak menolong peperangan yang melibatkan umat islam?"

"Saya selaku pemerintah bagi negara Emerald, saya tidak akan teragak-agak untuk memutuskan hubungan diplomatik di antara Emerald dan Amarnath. Sekaligu saya juga akan menolak sebarang kemasukan daripada negara Amarnath, termasuklah mengeksport makanan ke Emerald dan juga buruh asing yang datang dari Amarnath..."

  Aisera berjeda seketika, matanya memandang satu persatu wajah wartawan yang sedang sibuk mencatat apa yang dia katakan sebentar tadi. Malah ada juga wartawan yang datang dari luar negara memandangkan press conference yang dia minta lakukan secara tiba-tiba ini membabitkan hubungan dua hala negara.

"... Ini sebagai tanda kami tidak setuju akan Amarnath yang secara terang lagi bersuluh membunuh umat Islam tanpa alasan yang kukuh. Dan, kami dari pihak Emerald juga memberi amaran kepada Amarnath. Sekiranya Amarnath tidak menghentikan pembunuhan umat Islam secara berleluasa di negara mereka, saya sendiri yang akan mengumpulkan negara-negara Islam di seluruh dunia dan kami akan bersepakat dengan melancarkan serangan ke atas Amarnath."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now