bab 11

730 137 9
                                    

PINTU bilik ditutup, Aisera membetulkan baju dan tudung sarung yang berwarna hitam agar selesa sedikit. Memandangkan malam ini dia dan Mariam sudahpun berjanji untuk berbual sambil mengelilingi istana, jadi Aisera mengambil keputusan untuk menuju ke bilik Mariam terlebih dahulu.

  Sambil berjalan, Aisera memerhati keseluruhan ruang istana Alwaritzi. Besar. Terlalu besar. Boleh dikatakan kalau nak kemas satu istana ni memang makan hari. Silap-silap sampai 2 ke 3 minggu. Baru sahaja mahu melencong ke arah lain sementara menunggu Mariam, langkah Aisera terhenti apabila mata ternampak satu figura yang sedang berjalan sambil membuka jam tangan.

"Malik!" Aisera separuh menjerit. Langkah Malik terhenti, dia terkaku. Setahunya dalam istana ni tak pernah lagi ada orang panggil namanya. Kalau ada pun, ayahanda dan bondanya. Tapi masalahnya sekarang ni orang yang panggil namanya suara dia macam suara perempuan. Takkan Mariam?

"Malik. Sinilah!" Aisera berjalan menuju ke arah Malik. Jarak di antara dia dan Malik dijauhkan sedikit. Malik terkedu. Macam mana Aisera boleh ada dalam istana? Bila dia masuk? Eh sekejap, dia kan rakyat biasa, mana boleh masuk. Tapi, dah kenapa tiba-tiba dia ada dalam ni? Apa ni? Apa semua ni?

"Awak buat apa dekat sini?" soal Aisera. Malik terdiam. Dia tanya aku, apa aku buat dekat sini? Ni rumah akulah.

"Saya yang patut tanya awak, macam mana awak boleh masuk dalam istana ni. Awak masuk macam mana? Ke awak curi-curi masuk? Eh awak tahu tak saya boleh tangkap dan penjarakan awak!" nada Malik sudah naik seoktah. Aisera tergamam.

"Eh, hello! Sebelum nak tuduh yang saya ni penceroboh, awak tu siapa? Awak tak ada hak nak tuduh saya bukan-bukan. Awak ingat saya ni teruk sangat ke? Kalau saya nak menceroboh masuk istana ni pun, untuk apa? Untuk awak? Memang taklah! Dahlah muka macam biawak!"

"Tak sekarang ni, awak tu siapa? Apa hak awak nak masuk dalam istana ni? Eh awak keluar sekarang! Keluar sekarang ni juga, Aisera!"

"Dah kenapa pula saya nak kena keluar? Awak ni dah ke..."

"Apa ni?" soal Permaisuri Arya Khadijah. Aisera dan Malik tergamam apabila kedua dua ayah dan bonda mereka memandang ke arah mereka berdua. Permaisuri Arya Khadijah mendekati Malik. Mariam keluar dari biliknya dan menuju ke arah Aisera. Pelik juga tadi kenapa ada dengar bunyi bising dan lagi pelik bila keluar saja bilik semua dah berkumpul.

Dia tertinggal bas ke?

"Ada apa ni, akak?" soal Mariam. Lagipun tadi dia macam terdengar suara Malik dengan Aisera bergaduh. Tapi takkan diorang berdua bergaduh?

"Tak tahu kat lelaki ni. Tak ada angin tak ada ribut cakap akak ni penceroboh, lepas tu nak panggil pengawal istana halau akak."

Masing masing tepuk dahi.

"Aisera..." Permaisuri Aishah Qharina mendekati Aisera. Bahu Aisera dipegang.

"Ini, Malik. Tengku Malik Arsalan Binti Raja Muhammad Arsalan. Malik ni anak uncle dengan aunty."

  Aisera tergamam. Maknanya selama ni dia berjumpa dengan putera raja? Lepas tu sekarang ni giliran dia pula jadi puteri raja? Wah. Macam drama korealah pula. Tapi dia masih lagi tak puas hati. Dah kenapa tiba-tiba si Malik ni nak tuduh dia macam-macam?

"Malik. Ini, bonda kenalkan Aisera Qafiyya. Anak kepada aunty Aishah dan uncle Arshan. Ingat tak yang bonda pernah cakap, anak aunty Aishah hilang dan tak jumpa sampai sekarang. Inilah anak dia." Permaisuri Arya Khadijah menunjuk ke arah Aisera.

"Ni?" soal Malik tak percaya. Biar betul Aisera anak kepada Permaisuri Aishah Qharina dan Raja Arshan Imtiyaz?

Dia dah dapat agak apa yang akan terjadi di antara dia dan Aisera selepas ini.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now