Bab 10

765 141 2
                                    

Nama Aisera, Malik dan Mariam saya ubah letak ada nama tengku kat depan. Maaf kalau terlalu banyak perubahan.

.

AISERA memandang wajah Puan Atul. Riak wajahnya jelas menunjukkan seribu satu persoalan yang sedang bermain di dalam fikirannya. Pandangan mata Aisera beralih memandang 3 orang figura yang sedang duduk di atas sofa.

"Sekarang ini, Ira nak umi jelaskan semua perkara yang umi simpan daripada pengetahuan Ira!" nada Aisera sudah mula naik seoktah. Puan Atul menggeleng laju.

"Tak. Umi tak simpan apa-apa rahsia daripada Ira pun! Mereka bertiga ni penipu! Tolonglah, Ira. Umi merayu supaya jangan percayakan mereka. Mereka ini semua orang jahat!" dalih Puan Atul buat kesekian kalinya. Puan Atul mula merapatkan jaraknya di antara Aisera.k

"Ira tak sangka langsung yang selama ini, umi tipu Ira hidup-hidup. Ira kecewa sangat dengan umi." kata-kata yang diungkapkan oleh Aisera  tadi membuatkan Puan Atul jatuh terduduk. Kedua dua tangan Puan Atul mula naik mendakap kaki Aisera. Aisera diam.

"Ira. Umi merayu dekat Ira, Ira janganlah tinggalkan umi. Umi sayangkan Ira , umi tak boleh hidup kalau Ira tak ada dalam hidup umi. Tolonglah Ira, umi merayu dengan Ira." rintih Puan Atul lalu mendongak memandang Aisera.

"Jadi betullah selama ini umi tipu Ira?" soal Aisera. Puan Atul cuma diam. Melihat Puan Atul yang langsung tidak memberikan respon, cukup untuk membuatkan Aisera faham.

Ya, selama ini Puan Atul tipunya hidup-hidup.

"Lepas ini umi jangan tanya kenapa umi hilang Ira." ujar Aisera lalu melangkah pergi daripada situ. Puan Atul sudah teresak menangis, malah tangisan Puan Atul langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

  Puan Atul tidak sanggup untuk kehilangan Aisera. Dan dalam masa yang sama juga Puan Atul sendiri sudah berjanji dengan dirinya sendiri yang dia tidak akan dedahkan segala pembohongannya selama 23 tahun Aisera hidup. Bukan kerana Puan Atul ego, ataupun tertipu dengan duniawi. Tapi ianya kerana satu sebab yang cukup untuk membuatkan Puan Atul jatuh terduduk jika ianya terjadi.

  Puan Atul takut yang dia akan hilang Aisera. Ditambah pula rahsia yang dia simpan selama 23 tahun ini mampu untuk mengubah keseluruhan hidup Aisera.

Puan Atul tidak sanggup.

  Cepat-cepat Puan Atul menuju ke arah 3 orang pegawai istana yang ditugaskan untuk mengambil Aisera dan membawa pulang ke istana.

"Puan tolonglah puan, jangan ambil anak saya. Saya merayu sangat-sangat." rayu Puan Atul sambil memeluk kaki pegawai wanita itu. Ketiga-tiga pegawai itu bangun dari duduknya.

"Maaf puan, tapi kami cuba mengikut arahan yang keluar daripada mulut Permaisuri dan Raja sahaja. Dan kalau puan cuba menghalang kami buat kesekian kalinya, kami ambil tindakan." Ketiga-tiga pegawai itu berdiri di hadapan Aisera, badan mereka ditundukkan sedikit.

"Jemput masuk ke dalam kereta terlebih dahulu, Tengku."

  Aisera berjalan keluar dari rumah. Langkah terhenti, dia beralih memandang ke belakang. Aisera berlari mendakap tubuh Puan Atul.

"Umi, Ira minta maaf sebab berkasar dengan umi. Insha-Allah, Ira janji yang kita akan berjumpa lagi."

.

.

TIBA sahaja di hadapan pintu masuk istana Alwaritzi, Aisera keluar sambil diiringi oleh beberapa orang pegawai istana. Permaisuri Aishah Qharina maju beberapa langkah untuk mendekatkan dirinya dengan Aisera. Tanpa sebarang bicara, Permaisuri mendakap erat tubuh Aisera.

"Bonda tak sangka, Allah makbulkan doa bonda. Dah 25 tahun, setiap hari bonda harap Allah akan temukan bonda dengan kamu. Hari ni, kita berdua bersatu kembali. Syukur, Aisera selamat." Air mata Permaisuri Aishah Qharina mula jatuh. Begitu juga dengan Aisera.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now