bab 14

653 118 5
                                    

Lama sangat dah dalam draft, jadi saya decide untuk publish terus.

Enjoy reading!

.

AISERA bangun dan mengambil tempat di hadapan meja solek. Tudung bawal hitamnya yang dipakai dengan stylej melekap ke dahi dibetulkan sedikit supaya selesa dengannya. Anna merapati Aisera. Niqab berwarna hitam diberikan kepada Aisera. Aisera mengambil niqab tersebut, satu senyuman dihadiahkan kepada Anna. Dengan bismillah Aisera memakai niqab tersebut.

  Walaupun memakai niqab bukanlah adat, tetapi atas permintannya sendiri dia nak pakai niqab. Aisera memandang wajahnya melalui pantulan cermin di meja solek. Walaupun wajah terlindung di balik niqab, jelas menunjukkan Aisera tersenyum. Begitu juga dengan Anna.

"Anna, kalau saya nak tanya awak satu soalan boleh tak?"

Anna mengangguk.

"Boleh. Tengku nak tanya apa?"

"Siapa lelaki yang datang berjumpa dengan saya semalam? Cara dia bertutur dan bermain kata betul-betul buatkan saya tertarik. Dia salah seorang menteri juga ke?" soal Aisera. Tangan Anna yang sedang sibuk membetulkan tudung Aisera serta merta terhenti.

"Tak silap saya dia dulu merupakan bekas penasihat ekonomi dan sistem pemerintahan negara untuk Tuanku. Tapi sekarang, dia dah bersara dah dan dia nak berehat dari dunia memerintah. Saya rasa mungkin dia datang berjumpa dengan Tengku untuk melihat dan menilai Tengku." balas Anna sekadar yang dia tahu.

"Nama dia apa?"

"Tun Muhammad Iskandar. Gelaran Tun diberikan oleh Tuanku atas jasa yang dia dah beri kepada negara dan juga Tuanku semasa dia bergelar penasihat kepada Tuanku."

"Anna. Bila saya dah jadi Perdana Menteri nanti saya kena ada penasihat juga ke? Ataupun ianya sekadar pilihan sama ada saya memerlukan penasihat ataupun tidak?" soal Aisera lagi.

"Ianya satu pilihan. Tapi Tuanku mengambil khidmat Tun sebabnya Tun lebih pakar. Tapi sekarang Tun dah bersara, dan kalau ada majlis yang berkaitan dengan Istana memang Tuanku dan Permaisuri akan jemput Tun."

Aisera mengangguk tanda faham.

"Tengku, boleh tak kalau saya nak tanya Tengku satu soalan?"

"Awak nak tanya apa? Tanyalah."

"Macam mana Tengku boleh yakin dengan keputusan Tengku, yang Tengku nak kahwin dengan Tengku Malik? Saya peliklah juga."

Aisera terssnyum tipis dan duduk di atas katil. Tangannya naik menepuk sebagai tanda menyuruh Anna duduk di sebelahnya.

"Eh tak apalah Tengku, lagipun saya okay saja berdiri."

"Duduk sajalah Anna. Lagipun panjang ceritanya, sementata nak tunggu yang lain masuk bilik dulu baik awak duduk sekejap. Nanti awak tak boleh nak duduk dah."

  Anna akur dan mengambil tempat di sebelah Aisera. Aisera tersenyum tipis di balik sehelai niqab yang menutup hampir 80% wajahnya.

"Dulu sebelum saya jadi ahli kerabat diraja ataupun lebih tepat sebelum saya tahu yang saya adalah pewaris diraja yang hilang, kehidupan yang saya lalui macam rakyat yang lain. Bezanya sebab saya tinggal di kampung jadi suasana dia lain sikit. Dan, Puan Atul memang betul-betul menjaga pantang larang. Kalau malam, saya nak keluar rumah susah Puan Atul nak benarkan."

Sampailah satu malam tu, saya minta izin dekat Puan Atul yang saya nak keluar rumah sekeja sebab nak beli makan. Puan Atul pun bagi. Waktu tu, saya cadang nak pergi beli burger sebab saya dah lama tak makan burger dan nak dijadikan cerita gerai yang jual burger dia terletak jauh sikit. Jadi saya pun berjalanlah. Bila dah sampai gerai pula tak buka. Jadi saya pun patah balik."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Kde žijí příběhy. Začni objevovat