bab 50

314 56 0
                                    

KEDUA-DUA tangan Aisha daripada tadi tidak lepas daripada memegang tangan abangnya. Bahkan tangan Amsyar juga turut menggeletar teruk. Macam mana tak menggeletar dah tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba dapat panggilan daripada pihak diraja suruh datang pejabat Y.M Tengku Mariam Atheera.

"Awak ada apa-apa bukti tak semasa Datin Azuna tawar nak bayar awak untuk tutup mulut? Maybe like awak ataupun abang awak ada rekod video ataupun rakaman suara? Sebab kalau ada, lagi senang nak sabitkan kesalahan." soal Maryam. Aisha cuna diam memandangkan dia langsung tidak rekod apa-apa dan Amsyar pula sebaliknya, mengangguk laju.

"Ada? Kalau ada cuba awak tunjukkan dekat saya."

Amsyar membawa keluar telefonnya, rakaman suara Datin Azuna dibuka. Walaupun sekadar rakaman pendek, tetapi cukup satu point untuk Mariam sabitkan kesalahan terhadap Datin Azuna, iaitu memberi rasuah.

"Tak apa, awak simpan dulu rakaman suara tu lepas tu nanti awak hantar dekat saya." tutur Mariam. Amsyar cuma mengangguk.

"Saya rasa setakat ini saja kita punya perjumpaan harini. Dan kemungkinan perbicaraan ini akan bermula minggu depan, tapi nasihat saya awak berdua cuma datang waktu nak jatuh hukum saja. No need to waste your time. Kalau ada apa-apa info nanti saya akan update dekat Encik Amsyar."

Mariam bangun dari duduknya, satu persatu fail dikemas dan diletakkan di dalam beg laptop. Aisha cuma diam saja daripada tadi, yang bercakap pun cuma Amsyar seorang sahaja. Lagipun, Mariam tak ambil hati langsung dengan sikap Aisha. Dia pun faham yang Aisha masih lagi trauma.

"Insya-Allah nanti kalau ada apa-apa saya inform dekat Encik Amsyar dengan Aisha." ujar Mariam dan berjalan menuju ke arah pintu, baru sahaja mahu keluar, tingkah laku Mariam terhenti apabila Aisha memanggilnya.

Mariam beralih memandang Aisha yang sedang berjalan menghampirinya.

"Ya Aisha?" soal Mariam. Kali ini, Aisha memberanikan diri untuk mengangkat muka dan memandang Y.M Tengku Mariam Atheera.

"Saya minta maaf Tengku, mungkin soalan saya ni kedengaran agak biadap, lebih-lebih lagi saya tengah bercakap dengan Kerabat Diraja. Tapi Tengku rasa, saya akan dapat keadilan ke kali ini? Kalau Tengku sendiri pun tak yakin sama ada saya akan menang ataupun, bagi saya lebih baik Tengku tak perlu nak buang masa untuk buka kes ni kembali."

Mariam cuma diam sambil memerhati Aisha. Jujur dia cakap, sepanjang 15 tahun dia jadi peguam boleh dikatakan kes Aisha adalah kes yang paling menyayat hati. Kena rogol, tetapi kesudahannya suspek yang merogol dia disabitkan tidak bersalah, siap cakap yang bukti-bukti semua itu ada unsur penipuan.

Sudah hancur, lagi hancur.

"Saya faham apa yang awak maksudkan Aisha. Awak takut benda akan berulang balik? Macam nilah Aisha. Terus terang saya cakap, berdasarkan pengalaman saya sepanjang 15 tahun jadi peguam, saya mula jadi peguam waktu umur saya 25 tahun, sekarang umur saya 40 tahun dah. Kalau ikutkan kes awak tu, awak memang dah menang. Tapi kenapa awak kalah? Sebab Datin Azuna bayar peguam awak, Ketua Hakim kan? Even awak pun dia nak bayar..." Mariam berjeda seketika.

"... Tapi untuk perbicaraan kes kali ini, saya sendiri akan gunakan Ketua Hakim Negara. Dan saya akan wakilkan awak sebagai peguam awak. Saya tahu awak takut, tapi jangan risau. Awak akan menang dalam kes ini, bukti semuanya mencukupi. Nanti hari nak jatuh hukum saja baru awak datang."

Aisha mengangguk tanda faham.

.

.

MARIAM duduk di atas kerusi yang disediakan. Dua fail yang berisikan rekod perubatan dan rawatan yang diterima oleh Aisha diambil dan dibaca.

"Cukup?" soal Puan Samantha yang merupakan salah seorang pengarah di hospital tersebut, merangkap rakan baik Mariam. Mariam mengangguk.

"Thank you very much for helping me. Jasa awak, saya takkan lupa." Samantha tertawa kecil.

"Yelah tu, by the way can I ask you one question?"

"Yes, what is it?"

"You kan dah ambil alih kes ni, means you sekarang ni lawyer for Aisha right? Sekarang ni you nak gunakan pengaruh diraja you untuk selesaikan kes ini? Or maybe you ada idea which is you nak gunakan pengaruh media? Because apa yang saya boleh cakap, kalau awak gunakan pengaruh media the case you handle gonna be more interesting. "

Mariam diam.

Bagus juga cadangan itu.

"You rasa kalau I gunaka pengaruh media, is it okay?" soal Mariam sekadar meminta pendapat. Puan Samantha mengangguk.

"Yes, I'm pretty sure it's gonna be more interesting. But at the same time you need to always aware that Datin Azuna also influencer, so when you decided untuk masukkan pengaruh media sosial kemungkinan peminat ataupun pembeli setia kosmetik Datin Azuna akan serang you. But I don't knowlah maybe akan jadi lain because you kerabat diraja, kalau diorang nak kecam you pun akan fikir 2,3 kali juga." Tambah Samantha lagi.

"Kalau peminat Datin Azuna kecam I pun, I don't care. But in my opinion, if I decided to masukkan pengaruh media sosial it's gonna be a good thing but at the same time there's negative side to Aisha. As example, semua orang akan tahu dia dah tak suci lagi. And in negative side, Aisha akan dituduh tidak pandai jaga diri, pakai seksi. But in positive side pula maybe after this ramai remaja wanita yang mungkin accept the same thing, diorang tak akan rasa keseorangan. Betul?"

Samantha mengangguk.

"You kena ingat one thing only Mariam, if you want to include media sosial make sure you and Aisha get ready untuk dikecam and jangan terkejut kalau yang nak kecam nanti pun orang lelaki. Why?"

"Because they gonna say that Aisha and perempuan yang kena rogol ni sebab tak pandai jaga diri."

"You know what Mariam, sampai sekarang I tak faham like why ada sesetengah manusia tak kiralah lelaki ke perempuan diorang akan menyalahkan mangsa rogol instead menyalahkan si perogol. Alasan diorang, orang perempuan kalau kena rogol tu sebab pakai seksi-seksi buat lelaki ghairah, and then cakap yang perempuan tu kena rogol because she deserve it..." Samantha membetulkan kedudukannya.

"... But how about kalau ada kes yang bayi perempuan kena rogol? It's bayi perenpuan, kena rogol bahkan ada juga yang kena rogol sampai mati. And then budak perempuan around 6-7 tahun kena rogol, you nak cakap alasan apa? Sebab dia pakai skirt? Hello, kalau budak perempuan pakai skirt sekalipun takkanlah you tu boleh bernafsu?"

Mariam melepaskan nafas berat.

"Like thislah Samantha, kadang-kadang bukannya salah orang perempuan. Tapi salah orang lelaki yang tak boleh nak control nafsu diorang. Lepastu yang paling I tak boleh nak terima sekarang ni, siap cakap lagi dekat orang perempuan. Kalau orang perempuan dapat pinjam dan tengok macam mana mata orang lelaki ni mesti akan berniqab, berpurdah, silap-silap tak keluar rumah terus. Like seriously?"

"Kalau macam tu, lebih baik orang lelaki pinjam tubuh wanita for one day lepas tu cuba you rasa, pergi mana-mana je rasa takut. Takut kena rompaklah, apalah. Paling penting takut kena seksual harassment, lepas tu bila mengadu dekat kawan ke siapa-siapa ke, terus cakap sebab pakai seksi ni mesti kena seksual harassment."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now