bab 43

298 59 1
                                    

Happy 5K!

Enjoy reading!


.

MATA Amsyar naik memandang Aisha yang daripada tadi sedang termenung. Keluar sahaja dia daripada bilik Doktor, kaki Amsyar seolah-olah rasa ingin rebah. Aisha pula, trauma. Terlalu trauma bahkan untuk melihat wajah seorang lelaki walaupun dia tidak kenal pun dia tak sanggup.

Pintu wad dibuka, Amsyar melangkah masuk ke dalam wad. Dalam hati, sudah bersedia untuk mengambil 1001 risiko jika Aisha mengamuk, membaling bantal ataupun menyalahkan dirinya sendiri. Tapi sebaliknya, Aisha cuma diam tidak berkutik.

"Dah berapa lama Aisha koma?" soal Aisha. Perlahan sahaja suaranya.

"Seminggu." balas Amsyar lalu duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Kenapa Aisha tak mati je? Hidup pun buat apa? Aisha dah tak suci, dara pun dah tak ada. Aisha dah hilang dah mahkota yang selama ni Aisha jaga." tutur Aisha mendatar.

Amsyar cuma diam.

"Jangan cakap macam tu Sha, Allah takkan uji hamba dia tan-"

"Tanpa melebihi kekuatan hambanya sendiri? Abang merepek apa ni? Yang dirogol, Aisha. Yang dipukul, Aisha. You should be proud that I still choose to life, kalau tidak memang Aisha dah terjun bangunan. Jangan pandai bercakap abang, bukan abang yang kena..." Aisha berjeda seketika. Dia beralih memandang wajah abangnya.

"Lagi satu, abang tu lelaki. Abang mana faham apa yang perempuan rasa. Abang pernah fikir tak apa yang Aisha akan rasa nanti? Kalau Aisha kena rogol, masyarakat akan salahkan Aisha! Orang akan cakap Aisha ni pakai seksi sebab tu orang lelaki bernafsu dan rogol Aisha! Padahal, jantan binatang yang tak boleh nak tahan nafsu dia! Aisha pakai tudung! Pakai baju kain semua cukup!"

"Aisha..." Amsyar hilang kata-kata apabila mendengar setiap butir bicara yang keluar daripada mulut Aisha.

"Kenapa? Abang terkejut ataupun abang nak membantah? Aisha tak pakai seksi. Aisha bertudung, tapi kenapa kena rogol?" soal Aisha lagi seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.

Amsyar bangun dari duduknya dan duduk di atas katil. Wajah Aisha diusap perlahan.

"Abang..."

"Aisha tutup aurat... Aisha tak pakai seksi-seksi pun tapi kenapa Aisha masih lagi kena rogol? Aisha pakai tudung abang, tudung Aisha labuh, tutup dada."

Amsyar cuma diam. Dia hilang kata-katanya.

"Aisha kena rogol, salah Aisha ke?"

.

.

DARIPADA tadi, mata Aisha tidak lepas daripada memandang dua orang Inspektor yang bertugas untuk mengambil keterangan daripada dia. Masing-masing mula mengeluarkan buku nota untuk mencatat.

"Cik Aisha, rasanya kita dah boleh mula untuk ambil keterangan." tutur Inspektor yang bertugas. Aisha cuma  mengangguk tanda setuju. Sebuah kamera berada betul-betul dihadapannya untuk merakam detik-detik dia memberi keterangan.

"Cik Aisha, boleh Cik Aisha cerita dari A sampai Z kejadian pada malam tu?"

Aisha mengangguk perlahan.

"Boleh..."

"Kejadian itu terjadi dalam pukul berapa kalau tak silap Cik Aisha?" soal Inspektor tersebut.

"Dalam pukul 11 malam hingga ke 12 tengah malam."

Kedua-dua Inspektor tersebut mengangguk.

"Selalunya kedai makan tutup awal, tapi haritu saya tutup kedai lebih lambat daripada biasa sebabnya kedai ramai orang. Kira-kira dalam pukul 12, baru saya selesai closing kedai. Waktu tu, saya nak hidupkan enjin motor saya. Lepas tu tiba-tiba ada seorang lelaki yang juga merupakan kawan satu sekolah datang dan tegur sa-saya..." Aisha berjeda seketika. Air mata mula mengalir. Inspektor yang bertugas cuma diam sahaja, lagipun dia sendiri tahu yang Aisha akan trauma.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now