bab 41

311 54 1
                                    

Happy 4K!

Tw: keganasan terhadap wanita.

PINTU roller shutters dibawa turun dan dikunci menggunakan mangga. Aisha berjalan menuju ke arah motor yang diparkir agak jauh dari kedai. Kalau ikutkan selalu dia akan tutup dan kemas kedai dengan Kak Nah dan Kak Aton sekali. Tapi tiba-tiba pula malam ni Kak Nah ada kecemasan jadi kena balik awal, Kak Aton pun kena balik awal juga sebab tak ada siapa yang nak jaga anak dia.

  Aisha berjalan menuju ke arah parkir motor. Telefon dibawa keluar, manalah tahu mungkin abang dia ada telefon tapi terlepas pandang. Puas diperiksa, tiada langsung missed call dari abangnya. Sampai di hadapan motor, kunci motor dibawa keluar. Enjin motor dihidupkan, sementara itu Aisha membetulkan sedikit tudung bawalnya supaya labuh.

"Hai Aisha!" Entah dari mana, ada satu suara garau yang menyapa Aisha. Cepat-cepat Aisha beralih memandang ke arah kiri. Hampir luruh jantung Aisha apabila Mamat yang berdiri di hadapannya.

Biar betul, sampai ke sini si Mamat ni ikut dia?

"Kau buat apa dekat sini?" nada Aisha mula kasar. Mahu tak terkejut tak ada angin tak ada ribut tiba tiba muncul depan mata.

"Aisha."

"Aku suka kau."

Uwerk!

Nak termuntah Aisha dibuatnya.

"Berambuslah! Kau ingat aku suka kau ke?! Dah aku cakap aku tak suka tu, tak sukalah! Pekak ke bodoh kau ni!"

"Berambuslah gila!"

  Serentak dengan itu, cepat-cepat Aisha mengundarkan sedikit motornya. Baru saja nak jalan, Mamat secara tiba-tiba menahan motornya. Tidak cukup dengan itu juga tangan Mamat naik mencengkam kuat tangan Aisha.

Buk!

"Arghh!" Aisha jatuh tersungkur daripada motor. Baru sahaja mahu bangun dan melawan Mamat, kaki Mamat naik memijak kuat dada Aisha membuatkan Aisha tidak dapat bernafas.

"Lepaskan akulah bodoh!"

"Diam!"

Buk!

Buk!

Buk!

  Tiga tumbukan melekat di pipi kiri dan kanan Aisha. Tubuh Aisha ditarik untuk bangun secara paksa.

Buk!

Satu tumbukan mengena di perut Aisha. Aisha jatuh terduduk. Serentak dengan itu, tubuh Aisha ditarik ke semak samun yang berada tidak jauh dari tempat dia parkir motor. Seakan faham apa yang Mamat akan lakukan untuk dia, cepat-cepat Aisha bangun walaupun seluruh badannya terasa sakit.

Buk!

Satu tumbukan daripada Aisha mengena tepat di pipi Mamat. Cepat-cepat Aisha melarikan diri, tambahan pula kalau nak dibandingkan larian di antara Aisha dan Mamat, Mamat lagi laju berlari.

"Kurang ajar!"

"Ark!"

Tudung bawal Aisha ditarik dari belakang, tangan kanan Mamat naik mengunci seluruh tubuh Aisha dan menolak kasar Aisha ke atas jalan tar itu. Mamat menunduk bagi mendekatkan lagi jarak di antara wajah Mamat dan Aisera.

"Kau berani kan tolak aku mentah-mentah macam tu? Siap kau, memang aku ajar kau cukup-cukup malam ni." Tangan Mamat mencengkam kuat sanggul Aisha.

"Lepaskan akulah bodoh!"

"Dalam waktu macam ni pun kau masih lagi nak melawan, Aisha?! Tunggu kau!"

Pang!

Pang!

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now