bab 24

486 91 4
                                    

MALIK memandang semua wajah ahli kabinet dan menteri yang sedang memandangnya.

"Mulai hari ini, Alwaritzi akan bekerjasama dengan pihak antarabangsa dalam misi pencarian mayat Raja Muhammad Arsalaun dan Permaisuri Arya Khadijah, dan juga kru pesawat. Dan saya akan mengambil alih tempat Raja Muhammad Arsalan buat sementara waktu sebagai Perdana Menteri Interim." Malik membuka bicara, menteri dan ahli kabinet cuma mengangguk sahaja.

"Mana boleh macam tu. Kalau kamu nak jadi Perdana Menteri Interim kamu kena dapatkan undi majouriti! Takkanlah senang-senang macam tu saja nak bagi kamu pegang jawatan Perdana Menteri?"

"Sekarang ni bukannya masa untuk fikir siapa yang layak. Lagipun kerajaan Alwaritzi mengamalkan sistem Monarki iaitu menurunkan takhta kepada anak, dalam situasi ini saya yang lebih layak. Lagi satu, dalam keadaan sekarang ni saya tidak memerlukan langsung sebarang undi. Andai kata ada apa-apa ancaman dari negara barat, Dato' mampu nak hadap? Dato' ada pengalaman? Dengan keadaan sekarang ini bila-bila masa sahaja Alwaritzi boleh jatuh ke negara luar. " 

  Tajam saja kata-kata Malik membidas pernyataan yang keluar dari mulut salah seorang menteri kabinet. Menteri tersebut kembali duduk dengan muka yang menanggung seribu satu rasa malu.

"Mulai hari ini, sehinggalah misi pencarian Raja Muhammad Arsalan selesai, saya akan menjadi Perdana Menteri Interim sekaligus menyelesaikan semua tugasan dan lawatan Raja Muhammad Arsalan yang tertunggak."

  Menteri yang berada di dalam bilik mesyuarat ahli kabinet cuma mengangguk tanda setuju, baru sahaja mahu bangun dan menamatkan mesyuarat tindakan Malik terhenti apabila Darian berlari menuju ke arah Malik sambil membawa tablet yang memaparkan maklumat mengenai misi pencarian Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah.

Malik mengangguk sebaik sahaja menerima maklumat tersebut.

"Selesai sahaja pemakaman Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah, saya akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Alwaritzi. Setakat ini sahaja mesyuarat kita." 

.

.

SATU persatu susuk tubuh wartawan dan jurukamera, Malik pandang. Sebaik sahaja dia dimaklumkan berita mayat Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah, Malik terus meminta para wartawan untuk berkumpul di bilik press conference. Sambil memandang setiap orang, tapi jauh di sudut hati Malik dia menahan sebak.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, tujuan saya memanggil dan membuat siaran langsung ialah saya ingin memaklumkan maklumat penting  yang berkait rapat dengan tragedi yang sekarang ini sedang hangat di Alwaritzi iaitu Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah, bonda dan ayahanda saya..."

"... Tepat pada pukul 5.45 petang, saya menerima khabar tentang Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah. Misi pencarian yang melibatkan negara luar akhirnya membuahkan hasil, mayat Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah ditemui. "

  Sebaik sahaja perkataan 'mayat' meluncur keluar dari mulut Malik, rata-rata wartawan di situ mula terkejut. Malah ada juga yang kaku seolah-olah tidak percaya dengan khabar berita yang dimaklumkan oleh Malik.

"Dan bermula hari ini. Saya, Tengku Malik Arsalan mengisytiharkan bahawa seluruh Alwaritzi akan berkabung selama seminggu. Setiap bendera Alwaritzi akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung."

.

.

MARIAM berdiri di hadapan pintu bilik ayah dan bonda. Tangannya membuka pintu bilik, langkahnya terhenti seketika apabila mata terpandang gambar dia dan abangnya yang baru sahaja habis belajar. Mariam melangkah menuju ke gambarnya, di hujung gambar tersebut ada satu ayat yang cukup mendalam. Mariam ambil gambar tersebut dan diletak di atas katil. Satu ayat yang ditulis dengan begitu kecil di belakang frame gambar dibaca.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now