bab 3

958 161 5
                                    

PINTU ditutup dengan penuh perlahan lahan tanpa sebarang bunyi. Topi ditarik untuk menutup wajahnya sedikit, begitu juga dengan mask hitam yang dipakainya. Cukup untuk sembunyikan wajahnya. Malik berjalan keluar daripada perkarangan istana. Beberapa pengawal yang sedang nyenyak tidur diperhatikan sekilas.

Makan gaji buta.

Malik berjalan dalam kepekatan malam. Anak mata tidak lepas daripada memandang satu persatu figura yang ada. Ada yang sedang bermain dengan telefon, berbual sesama rakan dan ada juga yang alone. Malik meneruskan langkahnya, sampai sahaja di hadapan gerai yang menjual takoyaki terus Malik berhenti.

"Takoyaki single pack satu bang." ujar Malik senada. Penjual itu cuma mengangguk lalu membungkuskan pesanan Malik.

"Macam mana berniaga, bang? Okay tak?" ramah sahaja Malik menyoal. Penjual tersebut mengangguk sambil tersenyum tipis. Plastik berwarna merah yang berisikan takoyaki diberikan Malik.

"Alhamdulillah, ok. Cuma biasalah kadang kadang ada hari orang tak ada. Tapi alhamdulillah setakat ini semua ok saja." ujar peniaga tersebut. Malik tersenyum dibalik mask yang melindunginya wajahnya.

Tanpa pengetahuan bonda dan ayahnya, hampir setiap malam dia akan keluar dan membeli makanan ataupun barangan yang dijual oleh rakyatnya. Mudah dan juga sedap. Dan dalam masa yang sama juga, dia berkesempatan untuk menyoal mereka yang berniaga sama ada pendapatan mereka terjejas ataupun tidak dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

"Terima kasih bang." ujar Malik lalu melangkah pergi dari situ, gerai kecil yang menjual keropok lekor pula dituju. Malik beratur sebentar.

"Adik nak keropok lekor berapa ringgit?" ramah sahaja penjual tersebut menyoal. Malik tersenyum tipis.

"Bagi saya keropok lekor 2 ringgit. Sos lebih eh kak." pesan Malik. Pantas tangan penjual wanita itu memasukkan keropok lekor. Malik sekali lagi tersenyum tipis di balik mask. Matanya tidak lepas daripada memandang peniaga wanita dalam lingkungan umur awal 40-an.

"Terima kasih adik, akak jual." ujar peniaga tersebut lalu memberikan keropok lekor, Malik mengangguk lalu melangkah pergi daripada situ. Baru sahaja mahu melangkah pergi daripada situ, plastik yang dipegang oleh Malik terjatuh apabila seorang wanita dalam lingkungan umur awal 20-an melanggarnya.

"Maaf encik sebab saya terlanggar." ujar wanita tersebut sambil menghulurkan plastik berisi makanan milik Malik. Malik cuma menggeleng perlahan lalu menundukkan sedikit pandangannya memandangkan wanita dihadapannya itu tidak menutup aurat dengan sempurna.

"Oh ya, by the way nama saya Aisera." ujar Aisera lalu menghulurkan tangannya kepada lelaki tersebut. Senyuman tipis mula terukir di bibir Aisera.

"Tak apa. Sa-saya pergi dulu." ujar Malik lalu melangkah pergi dari situ. Aisera mencebik sedikit dengan tingkah laku lelaki tersebut.

"Patutlah umi tak bagi aku keluar rumah selalu. Dah kalau perangai macam ini memang makan penampar." monolognya sendirian. Dia berlalu pergi daripada situ. Gerai yang menjual burger dituju.

Sambil berjalan, Aisera mengeluh sendirian. Sudahlah gerai yang menjual burger itu jauh. Jaket yang membalut tubuhnya seperti tiada fungsi, dia masih lagi sejuk dalam kepekatan malam. Perlahan lahan Aisera mengukirkan senyuman tipis. Fikirannya mula teringat akan perbualannya dengan Puan Atul.

Beria-ria dia memujuk Puan Atul supaya memberi keizinan untuk dia keluar. Walaupun pada mulanya Puan Atul berkeras untuk tidak memberi keizinan kepadanya untuk keluar. Mujurlah akhirnya, Puan Atul beri juga kebenaran bersama beberapa syarat yang perlu Aisera patuhi.

1) Pastikan tidak balik lewat malam
2) Pastikan baju longgar dan sopan.

Terlalu mudah untuk Aisera patuhi. Lagipun kalau Puan Atul tak memulakan syarat syarat itu pun, Aisera sendiri yang akan berbuat demikian. Memandangkan Aisera sudah terbiasa dengan semua itu. Pasti akan kekok sedikit kalau Aisera memakai baju yang agak menjolok mata.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now