bab 53

344 58 5
                                    

Author: Aku rasa story ni makin lama cam makin tak logik. Tak apalah.

Last part for story about Aisha. After this kita jumpa Aisera pula.

.

DATIN Azuna berjalan masuk ke dalam ruang perbicaraan, masuk sahaja ke dalam ruang perbicaraan wajah pertama yang dia lihat ialah Tengku Mariam Atheera. Datin Azuna memandang tajam wajah Mariam. Mariam tersenyum sinis sebaik sahaja perbicaraan dimulakan.

Siapa cakap dia tak tunaikan janji untuk sumbat Datin Azuna dalam penjara?

Masuk sahaja Datin Azuna ke dalam kandang perbicaraan, Mariam terus bangun dari duduknya. Hari ini, Datin Azuna akan disabitkan bersalah 4 atas kesalahan.

1. Memberi rasuah terhadap hakim, peguam bagi pihak Mamat dan Aisha.

2. Menerima rasuah.

3. Terlibat di dalam aktiviti haram, pengedaran dadah ke Thailand dan Indonesia.

4. Salah seorang orang dalam yang terlibat di dalam kes menjual dan mengimport organ dalaman manusia ke luar negara.

5. Menyeleweng duit syarikat.

Mariam tersenyum sinis.

Tahulah nasib kau harini.

  Hampir 1 jam lebih, perbicaraan berlangsung, kini tibalah masa untuk Ketua Hakim Negara mengeluarkan kenyataan sama ada Datin Azuna disabitkan bersalah ataupun tidak bersalah. Memandangkan kes ini agak berat, atas budi bicara, Ketua Hakim Negara sendiri akan terlibat di dalam kes ini.

"Dengan ini, Datin Noor Azuna Binti Buang disabitkan bersalah atas 5 kesalahan. Antara hukuman yang akan dijalani ialah penjara seumur hidup, dan akan ditempatkan di penjara pedalaman memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh Datin Azuna agak berat."

Tok!

Tok!

Tok!

  Serentak dengan itu, air mata Datin Azuna serta merta jatuh. Kedua-dua tangan Datin Azuna naik menutup wajahnya. Mariam di sisi yang lain cuma memandang kosong.

Hanya kerana duit, sanggup lakukan perkara yang melanggar undang-undang.

Mariam bangun dari duduknya dan keluar dari ruang perbicaraan itu. Malas mahu duduk di situ lama-lama, lagipun tugas dia terhadap seorang peguam pun dah selesai. Tunggulah lagi 10 tahun, baru dia nak bersara.

.

.

KERETA Mariam mula memasuki kawasan penjara sambil diiringi tiga buah kereta yang lain. Hari ini, dia hadir bukanlah sebagai peguam Aisha, tetapi dia hadir sebagai seorang kerabag diraja. Tujuannya cuma satu, ingin melihat keadan Datin Azuna. Sengsara ke?

  Kereta diparkir di tempat yang disediakan, begitu juga dengan kereta yang membawa pengawal pengiring yang lain. Mariam melangkah keluar daripada kereta sambil diiringi beberapa orang pengawal. Tiba sahaja di hadapan penjara bagi wanita, pintu dibuka dari dalam. Wajahnya mula mencari susuk tubuh Datin Azuna, memandangkan tidak ramai banduan di sini jadi agak senang untuk dia cari wanita tua itu.

"Sini Tengku." tutur salah seorang pekerja di situ, Mariam mengangguk dan mengikut ke arah yang dia tunjukkan. Sambil berjalan, sempat juga Mariam pandang banduan-banduan di situ. Masing-masing menundukkan sedikit tubuh mereka. Sampai sahaja di lokap, pintu besi lokap diketuk dan dibuka. Tubuh Datin Azuna dibawa keluar secara paksa, Mariam tersenyum.

"Ada apa kau datang sini?" soal Datin Azuna, mujurlah ada cermin yang memisahkan mereka berdua. Kalau tidak memang dia tumbuk Mariam.

"Nothing. Cuma aku harap lepas ni kau keluar dari penjara, bolehlah kau bertaubat. Itupun kalau kau dapat hidayahlah." tutur Mariam.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now