bab 27

490 124 2
                                    

Note: Kepada Silent Reader tu kalau boleh votelah story saya, awak tak comment pun tak apa saua tak kisah tapi tolong vote ya. Thank you!

.

.

15 tahun kemudian.

Tahun ini, sudah 15 tahun Raja Malik Arsalan memerintah Alwaritzi dan selama itu jugalah Aisera menjadi Permaisuri Alwaritzi. Hari demi hari, macam biasa saja. Malik sibuk dengan kerja dia, kalau ada lawatan rasmi ke luar negara ada yang Aisera ikut dan ada juga yang Aisera tak ikut.

Dan sepanjang perkahwinan mereka 15 tahun ini, Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T mereka berdua dikurniakan 2 orang anak lelaki. Dan kedua-dua anak mereka bersekolah di Alwaritzi. Bolehlah seorang pewaris Alwaritzi dan seorang lagi pewaris Emerald.

Aisera bangun dari duduknya, memandangkan hari ini adalah hari untuk dia pulang semula ke Emerald. Kaki mula melangkah berjalan keluar daripada bilik, sambil berjalan beberapa orang pengawal diraja mula mengriringi Aisera sehingga dia masuk ke dalam kereta. Kereta mula bergerak menuju ke lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan menuju ke lapangan terbang, Aisera membawa keluar gambar Permaisuri Aishah Qharina, Raja Arshan Imtiyaz dan Puan
Atul. Sepanjang 15 tahun ini, tiada masalah ataupun perselisihan salah faham di antara Permaisuri Aishah Qharina dan Puan Atul. Kalau ada masa lapang, Permaisuri Aishah Qharina akan melawat kubur Allahyarham rakan baiknya iaitu Permaisuri Arya Khadijah dan Raja Muhammad Arsalan.

Sampai sahaja di lapangan terbang, Aisera keluar daripada kereta sambil diiringi beberapa orang pengawal, kaki mula mendaki satu persatu anak tangga. Masuk sahaja ke dalam pesawat, pintu pesawat serta merta tertutup. Aisera duduk di sofa mewah.

.

.

KAKI Aisera mula berjalan dan melangkah masuk ke dalam Istana Emerald. Raja Arshan Imtiyaz yang sedang makan dituju, Anna di belakang cuma membuntuti sahaja langkah Aisera. Sampai sahaja di meja makan, wajah Anna dipandang.

"Awak pergi panggil Permaisuri Aishah Qharina dan Puan Atul, bagitahu diorang yang saya dah sampai." arah Aisera. Anna menunduk sedikit sebagai tanda patuh dan berlalu pergi dari situ. Aisera duduk bersebelahan dengan Raja Arshan Imtiyaz.

"Ayah makan apa tu?" soal Aisera. Raja Arshan Imtiyaz yang sedang menjamu selera terus mengangkat muka memandang puterinya itu, tangan dihulur, Aisera menyalami ayahnya.

"Mana budak-budak tu?" soal Raja Arshan Imtiyaz yang merujuk kepada anak-anak Aisera dan Malik.

"Diorang tak datang, nanti lagi 2,3 hari baru diorang datang."

"Ingatkan kamu bawa diorang sekali." Raja Arshan Imtiyaz menyambung makan kembali, Aisera cuma tersenyum. Rindu cuculah tu, anak tak rindu pun. Macamlah aku tak tahu.

  Sambil berbual kosong dengan Raja Arshan Imtiyaz, Aisera juga turut menyuap donut coklat masuk ke dalam mulutnya, Raja Arshan Imtiyaz juga turut menjamu donut coklat yang dimasak oleh Permaisuri Aishah Qharina. Sambil berbual kosong, terselit juga nasihat yang keluar dari mulut Raja Arshan Imtiyaz.

"Ayah sekarang ni macam mana? Sihat? Masih lagi sibuk?" soal Aisera. Raja Arshan Imtiyaz cuma mengangguk sambil tertawa kecil.

"Macam biasalah Aisera. Macam mana kamu tengok Allahyarham ayah mertua kamu, macam tu jugalah ayah sekarang ni. Sentiasa sibuk. Mujurlah bonda kamu ada juga peneman di Istana, kalau tidak kesian juga..." Raja Arshan Imtiyaz berjeda seketika.

"... Ayah ni sebenarnya dah sampai dah masa, ayah pun dah tak larat sangat. Dulu, 15 tahun yang lepas ayah ada Arsalan. Bolehlah berbual-bual. Masa ayah pun dah nak habis, kawan-kawan ayah semua dah tak ada. " luah Raja Arshan Imtiyaz. Tangan Aisera naik memegang tangan Raja Arshan Imtiyaz.

"Ayah janganlah cakap macam tu. Jodoh, maut, rezeki semua di tangan Allah. Mungkin ada sebab kenapa Allah panjangkan lagi umur ayah, kadang-kadang boleh jadi sesuatu perkara itu bagus buat kita tanpa kita sendiri sedar." 

"Aisera dah lama ke sampai sini?" soal Permaisuri Aishah Qharina lalu duduk berhadapan dengan Aisera. Aisera terus beralih memandang bondanya, satu senyuman tipis diberikan kepada Permaisuri Aishah Qharina.

"Nak kata lama tu, tak adalah lama sangat. Baru jugalah sampai. Bonda macam mana?" soal Aisera lalu bangun dari duduk dan berjalan menuju ke arah Permaisuri Aishah Qharina dan Puan Atul. Aisera menghulurkan kedua-dua tangannua dan menyalami Permaisuri Aishah Qharina.

"Bonda sihat saja, Alhamdulillah."

"Baguslah kalau macam tu, umi pula macam mana? Sihat?" Kali ini Aisera menghulurkan tangan untuk menyalami Puan Atul. Tubuh Puan Atul ditarik masuk ke dalam dakapan dan didakap sekuat hati.

"Umi pun sihat juga, macam yang kamu tengok sekaranglah. Batuk selesema semua tu biasalah." tutur Puan Atul. Aisera tersenyum tipis dan duduk di kerusi kembali.

"Mana Malik? Budak-budak tu? Diorang tak datang ke?" soal Permaisuri Aishah Qhairina.

"Nanti lagi 2,3 hari diorang datanglah sini bonda. Tapi nanti Mariam pun datang juga, dia cakap rindu nak duduk dekat Istana Emerald."

"Datang je. Lagipun bonda dan ayah kami ni memang dah anggap Mariam tu sebagai anak kami sendiri dah. Yelah, Mariam tu boleh tahan juga manja dia. Bila jadi macam tu, kesian pun ada juga. Tapi itulah, nak buat macam mana. Dah memang ajalnya macam tu. Kita pun kena terima jugalah." tutur Permaisuri Aishah Qharina, dan di hujung itu terselit juga rasa sebak yang kian menebal di dalam hati. 

"Bonda." panggil Aisera, Permaisuri Aishah Qharina mengangkat muka memandang Aisera.

"Ya?"

"Apa yang bonda cakap tu memang betul, Mariam memang manja. Tapi itu Mariam yang dulu, sekarang ni Mariam dah okay. Dia pun dah redha, benda tu dah 15 tahun dah pun bonda. Bagi Aisera, kalau kita rindu cukuplah kita sedekahkan Al-Fatihah." tutur Aisera. Permaisuri Aishah Qharina cuma diam tidak membalas.

.

.

MARIAM mula berjalan melangkah masuk ke dalam perkarangan kubur yang khas untuk Perdana Menteri Alwaritzi, Menteri, Kerabat Diraja dan juga mereka yang berjasa dalam membangunkan Alwaritzi. Beberapa orang pegawal mula mengiringi Mariam.

  Sehinggalah di jalan yang merupakan jalan untuk ke kubur Allahyarham Raja Muhammad Arsalan dan Allahyarham Permaisuri Arya Khadijah, Mariam beralih ke belakang memandang beberapa orang yang mengiringinya tadi.

"Cukup setakat ini saja awak iringi saya." tutur Mariam dan mula berjalan menuju ke kubur Allahyarham Raja Muhammad Arsalan dan Allahyarham Permaisuri Arya Khadijah. Baru saja mahu pergi, langkah Mariam serta merta mati apabila salah seorang pengiringnya bersuara.

"Betul ke? Lagipun memang dah tugas kami untuk mengiringi dan menjaga Tengku."

Mariam tersenyum tipis. Kakinya maju beberapa langkah mendekati lelaki yang berkata-kata itu.

"Privasi."

Lelaki itu diam.

"Saya tahu tugas awak untuk jaga dan iring saya, tapi bila ada masa saya pun nakkan privasi. Jadi saya harap awak boleh bagi ruang dekat saya, jangan risau. Saya melawat kubur saja." Mariam berjalan menuju ke arah kubur bonda dan ayahandanya.

  Mariam duduk di sisi kubur Raja Muhammad Arsalan. Satu fail yang mengandungi sijil graduasi Mariam baru-baru ini dibuka dan disua ke arah kubur seolah-olah berbual dengan ayahnya. Mariam tersenyum pahit.

"Ayah, ayah tahu tak baru-baru ni Mariam baru saja habis sambung PHD bagi jurusan undang-undang. Seronok sangat ayah sebab Mariam boleh tambah lagi ilmu, pengalaman hidup. Tapi lagi seronok kalau ayah dengan bonda ada untuk sambut." Mariam menutup kembali fail tersebut.

"Ayah, Mariam rindu ayah. Mariam rindu nak peluk ayah, semangat ayah. Lagi satu yang paling Mariam rindu nak tengok ayah fokus sambil buat kerja. Tapi itulah, dulu waktu ayah sibuk buat kerja Mariam sentiasa marah-marah ayah. Cakap ayah tak pernah nak luangkan masa dengan Mariam..." Mariam berjeda seketika, kepalanya menunduk menahan sebak.

"... Tapi ayah jangan risau, sekarang ni Mariam dah menyesal. Mariam menyesal sangat-sangat, dan Mariam harap ayah dengan bonda boleh maafkan Mariam. Mariam bodoh, tak pandai nak hargai apa yang ayah dengan bonda buat untuk Mariam."

"Mariam menyesal ayah, bonda."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now