bab 19

558 94 2
                                    

BAGASI diletakkan di atas katil dan dibuka. Baju-baju yang sudah dilipat disusun dalam bagasi, siap menyusun dan mengemas baju untuk beberapa hari, Permaisuri Arya Khadijah menutup kembali bagasi. Bagasi disusun di pintu bilik. Permaisuri Arya Khadijah beralih memandang Raja Muhammad Arsalan yang sedang membaca buku.

"Macam mana tadi? Okay?" soal Permaisuri Arya Khadijah lalu mengambil tempat di sebelah suaminya. Raja Muhammad Arsalan beralih memandang isterinya dan mengangguk.

"Alhamdulillah. Semuanya okay saja, tapi itulah si Malik tu. Daripada mula sampai ke sudah muka tu tak senyum langsung. Kalau ada gambar dia senyum, itupun sebab kena paksa dengan saya. "

"Pelik juga saya dengan Malik tu, dah kenapa tiba-tiba nak bermasam muka bagai? Ke dia gaduh dengan Aisera? Tapi bila saya tanya Aisera, dia cakap mereka berdua tak gaduh pun." balas Permaisuri Arya Khadijah.

"Tak kisahlah si Malik dengan Aisera tu bergaduh. Kalau diorang bergaduh saya tak kisah langsung, biasalah bila dah kahwin normallah bergaduh. Tapi, be professional. Jangan tunjuk sangat yang riak muka kita ni tengah ada masalah. Tak elok orang tengok." Buku ditutup, Raja Muhammad Arsalan bangun dari duduk.

"Ni Arya, kamu dah cakap dah dekat Mariam dengan Aisera yang minggu depan kita akan pergi UK?"

"Dah. Saya dah cakap dah. Lagipun kalau saya tak cakap pun, diorang berdua mesti akan tahu juga dari mulut pekerja istana. Ataupun mungkin daripada berita, media sosial. Alah abang, zaman sekarang ni banyak je sumber nak tahu." tutur Permaisuri Arya Khadijah.

"Tak kiralah diorang dah tahu ke tidak, awak tetap kena cakap dengan Mariam dan Aisera. Tambah-tambah lagi Mariam, dia balik ke sini pun sebab nak luangkan masa dengan kita berdua. Lagi-lagi saya."

  Permaisuri Arya Khadijah cuma diam, cawan yang berisi air teh yang berada di atas meja diambil dan diberikan kepada Raja Muhammad Arsalan. Cawan tersebut bertukar tangan.

"Tadi, Mariam ada cakap sesuatu dekat saya. Fasal awak."

Raja Muhammad Arsalan yang sedang meneguk air teh terus beralih memandang Permaisuri Arya Khadijah. Cawan diletakkan di atas meja.

"Mariam cakap apa?"

"Dia marah. Dia marah dekat awak sebabnya awak tu sibuk sangat bekerja. Keluar pagi balik malam, tak ada masa sangat nak berbual dengan awak. Tahu-tahu saja awak dengan saya esok nak kena pergi UK esok. Mahu tak marah budak tu."

Raja Muhammad Arsalan terdiam.

"Nanti esoklah saya cakap dengan Mariam. Biasalah tu, darah muda. Nak memberontak saja kerjanya."

.

.

MARIAM cuma diam sambil memandang pekerja istana yang sedang mengangkat bagasi-bagasi bonda dan ayahandanya. Nasi goreng yang dimasak oleh Aisera disuap masuk ke dalam mulutnya.

"Mariam kenapa?" soal Aisera lalu duduk di sebelah Malik. Dengan bacaan bismillah dia meneguk air teh tarik yang dibancuh oleh pekerja istana.

"Ingatkan balik Alwaritzi bolehlah luangkan banyak masa dengan bonda, ayah. Rupa-rupanya ayah banyak luangkan masa dengan kerja. Menyesal balik." luah Mariam secara tiba-tiba. Malik yang sedang bermain dengan telefon terus memandang Mariam. Telefon disimpan kembali.

"Apa adik ni? Dah kenapa tiba-tiba cakap macam ni?"

"Adik datang Alwaritzi sebab nak luangkan masa dengan ayah. Bukannya nak tengok ayah luangkan masa dengan kerja. Kalau macam tu baik adik tak payah balik! Abang dengan ayah sibuk kerja!"

"Mariam!"

"Eh kenapa ni? Dah kenapa bising-bising sangat ni? Tak malu ke dekat orang lain? Dah tak reti nak malu?" suara Permaisuri Arya Khadijah yang memetir membuatkan mulut Mariam dan Malik tertutup.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now