bab 33: Perang Badar

364 67 1
                                    

Author's Note:

Haii, sorry for the late update memandangkan this bab memerlukan beberapa research, especially berkenaan dengan Perang Badar.

Kalau ada tersalah info fasal perang badar, just let me know okeh!

Enjoy reading!


.




RAJA Arshan Imtiyaz berjalan masuk ke dalam pejabat peribadinya dan duduk di atas kerusi. Satu fail yang berkenaan dengan kewangan negara diambil dan dibelek buat seketika. Puas hati, Raja Arshan Imtiyaz menyimpan kembali fail tersebut. Beberapa biji ubat dan secawan air masak diambil, dengan bacaan bismillah Raja Arshan Imtiyaz meminum air tersebut. Selesai makan ubat, Raja Arshan Imtiyaz bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah set sofa.

Satu buku yang berkaitan dengan Palestin diambil secara rambang, Raja Arshan Imtiyaz duduk di atas sofa. Jarum jam yang menunjukkan sudah hampir jam 11 malam dipandang sekilas. Kiranya nanti dalam pukul 1 atau 2 pagi baru dia berhenti membaca. Raja Arshan Imtiyaz membuka satu persatu helaian buku tersebut.

  Sampai sahaja ke helaian kelima, Raja Arshan Imtiyaz menutup bukunya dan letak di atas meja. Telefon diambil dan nombor Malik didail, tak sampai beberapa saat panggilan bersambung.

"Malik, datang ke pejabat ayah sekejap." arah Raja Arshan Imtiyaz dan menamatkan panggilan. Telefon diletak di atas meja kembali. Tak sampai beberapa minit, ketukan dari luar pintu pejabat mula kedengaran. Malik membuka pintu pejabat dan duduk di hadapan Raja Arshan Imtiyaz.

"Ada apa ayah panggil Malik datang sini?" soal Malik ingin tahu.

"Ayah nak tanya Malik satu benda boleh tak?"

"Apa dia ayah?" soal Malik lagi.

"Andai kata nanti ayah dah tak ada, boleh Malik tolong Aisera memerintah Emerald? Tunjukkan dia cara yang betul memerintah negara, bantu dia dari segala aspek? Boleh?" soal Raja Arshan Imtiyaz. Malik mengangguk.

"Insya-Allah. Tapi kenapa tiba-tiba je ayah tanya Malik macam ni? Ada apa-apa hal yang Malik tak tahu ke? Ayah okay tak?" soal Malik. Cemas dan risau. Entah kenapa kalau nak diikutkan situasi dan cara Raja Arshan Imtiyaz menyoalnya sama seperti arwah Raja Muhammad Arsalan menyoalnya sebelum dia berangkat pergi ke PBB.

"Saja tanya. Kamu pun fahamlah, ayah dah tua. Dah tak larat dah. Bila-bila masa je Allah ni boleh ambil ayah. Fasal hal ni, ayah dah berbual dengan Aisera. Aisera cakap dia okay, tapi kamu faham-fahamlah, nak memerintah negara ni bukan senang. Ayah pun tak tahu nasib ayah dekat sana nanti macam mana, mana destinasi akhir ayah. Sama ada syurga atau neraka..."

"... Doa ayah satu saja, sepanjang pemerintahan ayah ni harap sangat tak ada bab atau sektor yang ayah terlepas pandang. Bukan apa Malik, ayah takut dekat sana nanti akan disoal balik apa yang kita buat sewaktu kita memerintah. Tapi itulah zaman sekarang ni bukannya macam dulu, munculnya pemimpin yang munafik, tindas rakyat, dan tidak bersuara tentang Islam. Apatah lagi Palestin."

"Doa ayah sentiasa mengiringi kamu dan Aisera. Jagalah negara, memerintah negara elok-elok, supaya nanti dekat sana (akhirat) senang urusan kita. Ingat pesan ayah, rasuah, maksiat, zina itu semua adalah salah satu sebab runtuhnya sesebuah empayar. Hati-hati Malik, kita jadi pemimpin ni sebab rakyat percaya kat kita. Jangan makan rasuah, sebab benda tu nanti jadi darah daging kita. Jangan aniaya rakyat, sebab doa orang yang teraniaya ni Allah makbulkan." pesan Raja Arshan Imtiyaz.

"Apa-apa terjadi sekalipun Malik, sentiasa percaya dan yakin dengan Allah walau nyawa kita di hujung tanduk sekalipun. Allah sentiasa tolong hambanya seperti mana dalam perang Badar. 17 Mac, 624 Masihi. Perang pertama Muslimin melawan kaum Quraisy. Dengan jumlah Muslimin sebanyak 313 orang manakala kaum Quraisy pula sebanyak 1000 orang. Tapi pertolongan Allah ni sentiasa ada untuk orang yang bertawakal, Allah perintahkan Malaikat untuk turun. 1000 Malaikat turun dari langit untuk membantu kaum Muslimin sewaktu Perang Badar dengan dipimpin Malaikat Jibril yang memakai kudanya yang bernama Haizum. Dan Perang Badar terjadi sewaktu bulan puasa..."

"... Dari situ kita boleh belajar, kuasa Allah itu sentiasa ada. Allah sentiasa ada untuk kita dan Allah sentiasa ingat kita. Bezanya kita manusia ni ingat Allah tak? Ke sekadar ingat waktu susah saja."

Malik cuma diam sambil mendengar setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Raja Arshan Imtiyaz.

"Insya-Allah ayah, Malik akan tolong Aisera. "

.

.

SURAH Yasin ditutup, Mikhail dan Marteen mencium surah tersebut dan diletakkan dia atas katil. Memang rutin setiap kali habis solat Isyak Mikhail dan Marteen akan membaca surah yasin buat arwah Raja Muhammad Arsalan dan Permaisuri Arya Khadijah.

  Mikhail beralih memandang Marteen yang kedudukannya kira-kira dalam 2 atau 3 tapak kaki ke belakang, tangan kanannya dihulur sebagai tanda menyuruh Marteen menyalaminya. Marteen membuat muka, nak tak nak kena salamlah juga abangnya seorang ni.

"Kau tak nak minta maaf?" soal Mikhail secara tiba-tiba. Marteen pelik, dah kenapa abang dia ni?

"Abang ni dah kenapa? Tak makan ubat eh? Tak da angin tak da ribut tiba-tiba suruh adik minta maaf."

"Ingat abang tak tahu, tadi petang Maktok Atul simpan 5 satar goreng untuk abang, tapi bila abang sampai dapur satar goreng tu semua dah lesap. Bila abang tanya chef istana, siapa yang makan diorang cakap adik yang makan. Tak nak mengaku lagi?" soal Mikhail.

"Ya tahu adik salah, tapi abang dah makan kan satar ikan goreng tu? Salah ke adik makan abang punya?" soal Marteen seolah-olah tidak mahu mengaku kalah.

"Memanglah abang dah makan satar ikan goreng pagi tadi, tapi adik kena ingat satar ikan yang adik makan tadi tu hak abang. Lepas tu adik pula makan tanpa kebenaran abang, rasa-rasa berdosa tak? Cuba kalau abang pula buat macam tu dekat adik? Nak?"

"Alah sorrylah abang, adik tak sengaja. Adik lapar tahu tak tadi? Dah Marteen nampak satar ikan goreng tadi tu hah adik pun makan jelah. Alah abang ni, benda tu tak payahlah nak kecoh sangat." Marteen menjeling. Menyampah dengan sikap abangnya yang satu ini, sikit-sikit nak kecoh. Semua benda nak dibesarkan.

"Memanglah abang kena kecoh. Benda ni kalau adik buat dekat abang, ababg okay je. Dah lapar sangat, hah makanlah satar ikan tu. Tapi macam mana kalau adik buat dekat kawan-kawan adik ke? orang lain ke? Tak ke biadap namanya tu. Kena ingat tau adik, lain orang lain hati. Ada setengah orang dia okay je. Tapi ada juga sesetengah orang yang tak okay. Faham?" soal Mikhail.

  Dalam bebelannya tadi, sempatlah juga dia selitkan 'tazkirah' buat adiknya yang sedang membesar ni. Biasalah budak-budak lagi. Nak tak nak, terpaksa jelah mengalah. Takpa, lain hari nanti dia balaslah balik.

"Abang." panggil Marteen.

"Apa kau?"

"Adik laparlah." adu Marteen sambil memegang perutnya.

"Bukan adik dah makan ke tadi? Eh kau tambah nasi dua kali tau, takkan lapar lagi? Biar betul budak ni. Kau bela saka ke apa sampai lapar banyak kali?"

"Alah abang, nak buat macam mana? Adik lapar. Jomlah abang pergi dapur, kita makan maggi. Nak tak?" pelawa Marteen sambil mengangkat kening sebelahnya berkali-kali.

"Hah yelah, habis tu siapa yang nak masak maggi? Kau ke aku?" soal Mikhail lagi.

"Abanglah masak maggi."

"Ish kau ni."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now