bab 46

255 44 1
                                    

JENDELA di wad dipandang lama. Aisha tersenyum tipis. Hari ini, genap dua bulan dia duduk di wad ini dan hari ini juga hari terakhir dia di wad ini. Hari demi hari dia semakin pulih. Semangatnya pun semakin ada, tapi itu tidak bermakna dia sudahpun pulih sepenuhnya daripada trauma. Trauma masih trauma. Tambahan pula, abangnya juga turut memberikan kata-kata semangat.

"Adik." panggil Amsyar. Aisha terus beralih memandang abangnya yang duduk di atas kerusi di sebelah katil.

"Ada apa abang?" soal Aisha.

"Kemas dah barang? Kalau dah jom, abang dah selesaikan semua bayaran hospital. Cumanya nanti Aisha kena datang hospital untuk sesi kaunseling. Awak tu masih lagi trauma, jadi buat sementara waktu ni nasihat abang lebih baik awak duduk dan belajar dekat rumah dulu."

Aisha mengangguk.

"Bukannya abang taknak bagi awak pergi sekolah, tapi faham-fahamlah mulut cikgu-cikgu dengan kawan-kawan ni macam mana. Nanti ada yang awak makan hati. Ni lagi satu abang nak cakap sikit dekat awak Aisha, mulai hari ini biar abang seorang sahaja yang kerja. Awak tak perlu nak kerja, nanti dah habis belajar apa semua kalau awak nak kerja pun hah kerjalah." tambah Amsyar lagi. Aisha pelik.

"Walaupun Aisha dah tak trauma lagi dah?" soal Aisha lagi. Bukannya apa, tambahan pula boleh dikatakan masuk sahaja sekolah menengah memang dia dah bekerja sendiri untuk tolong abang dia bayar bil-bil elektrik dan juga bayar yuran sekolah.

"Memanglah nanti trauma awak akan hilang, tapi sampai bila-bila pun abang tetap akan risau pasal awak. Awak tu satu-satunya keluarga abang, mati awak, abang memang jadi sebatang kara. Lagi satu dalam Islam tiada keperluan pun awak nak bekerja bagai, abang pun sihat walafiat lagi. Bukannya cacat sampai nak berjalan pun tak boleh. Abang tak bagi awak bekerja bersebab."

Aisha cuma dian tidak menjawab.

"Dah bangun, jom turun." tutur Amsyar lalu bangun dari duduknya. Kedua-dua tangan mula membantu Aisha untuk bangun, tangan kanan membawa beg baju Aisha manakala satu tangan lagi memegang tangan Aisha. Sambil berjalan menuju ke lif sempat juga Amsyar beralih memandang Aisha sekilas, cukup sekadar memastikan Aisha baik-baik sahaja.

"Adik." panggil Amsyar sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam lif. Aisha terus beralih memandang Amsyar.

"Adik okay tak?" soal Amsyar lagi. Aisha cuma mengangguk lemah.

"Jangan risau, Aisha takut sikit je abang." balas Aisha.

  Keluar sahaja daripada lif, pegangan tangan Aisha terhadap Amsyar semakin kuat. Tambahan pula boleh dikatakan ramai lelaki di bahagian bawah ini. Amsyar memandang Aisha.

"Adik tunggu dekat sini sekejap tau, abang nak pergi ambil kereta sekejap." tutur Amsyar lalu beransur pergi dari situ. Sementara menunggu abangnya sampai, Aisha duduk di atas kerusi yang disediakan. Kedua-dua anak mata naik memandang keadaan sekeling, serentak dengan itu tubuh Aisha mula menggeletar.

  Kemudian, pandangan mata Aisha serta-merta beralih terhadap budak lelaki dalam lingkungan 5-6 tahun yang duduk tidak jauh daripada dia. Yang membuatkan perhatian Aisha beralih terhadap budak lelaki itu kerana video yang dia tonton di telefon. Walaupun volumenya tidak terlalu kuat tetapi Aisha masih lagi dapat mendengar.

Suara orang menjerit.

   Dan sedikit sebanyak ianya mengingatkan Aisha sewaktu 'kejadian' pada malam itu, perlahan-lahan Aisha menunduk. Kedua-dua tangan Aisha naik memegang kepalanya kuat membuatkan tudung shawl hitam yang dia pakai ke belakang sedikit. Mata Aisha mula melilau mencari kelibat abangnya.

Takut.

  Semakin lama tubuh Aisha mula menggeletar dengan kuat. Tambahan pula di bahagian bawah ini ramai lelaki, tidak kiralah sama ada doktor, jururawat, pelawat dan juga lain-lain. Minda Aisha sekarang ini tidak ubah seperti radio rosak, tidak berhenti daripada menayangkan babak-babak 'kejadian' pada malam tersebut.

"Takut..." rintih Aisha seorang diri dan cukup untuk dia seorang sahaja dengar. Air mata yang hampir keluar ditahan sehabis baik.

"Adik." Satu suara garau yang menyapa Aisha membuatkan Aisha terdongak. Cepat-cepat dia bangun apabila Amsyar berdiri di hadapannya.

"Adik okay tak? Tu dah kenapa muka tu sampai berpeluh bagai? Mata tu, macam tahan nangis. Adik betul ke yang adik okay?" soal Amsyar. Kalau tak okay, baik masuk wad balik. Bukannya apa, risau juga kalau nanti emosi Aisha di rumah akan lebih terganggu.

Aisha mengangguk.

"Abang janganlah risau, Insya-Allah adik okay." tutur Aisha. Walaupun jauh di sudut hati dia, dia sendiri tak pasti sama ada betul ataupun tidak dia okay. Bukannya tak mahu cakap yang emosi dia agak terganggu, tapi dia takut akan buatkan abang dia risau.

"Jangan risaulah adik, abang ada."

.

.

SEJAK tadi, suasana di antara Aisha dan Amsyar cuma senyap dan sunyi sahaja. Cuma kedengaran bunyi sudu dan garfu berlanggaran sahaja. Amsyar sendiri sedar akan sikap Aisha yang seolah-olah berubah sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Tambahan pula tadi, mereka lalu depan sekolah Aisha. Mungkin sebab itu kot sikap Aisha berubah?

"Aisha okay ke?" soal Amsyar untuk kesekian kalinya. Aisha menggangguk. Kari ketam diambil dan diletak ke dalam pinggan. Amsyar cuma diam sambil memerhati sahaja tingkah laku Aisha.

"Betul ke ni Aisha?" soal Amsyar lagi. Aisha mengangguk.

"Abang." panggil Aisha.

"Kenapa adik?"

"Nak tanya satu benda boleh tak, abang?" soal Aisha lagi. Amsyar cuma mengangguk sambil mengunyah nasi.

"Macam mana dengan perbicaraan mahkamah untuk kes adik? Peguam ada cakap apa-apa tak dekat abang?"

"Ada, lawyer ada cakap dekat abang yang suspek masih lagi tak mengaku bersalah. Kalau suspek mengaku bersalah, senang untuk diorang jatuhkan hukuman terus. Tapi Mamat masih lagi berkeras tak nak mengaku bersalah, itu yang lama sikit perbicaraan itu. Lagi satu, lawyer cakap kat abang yang kita berdua pergi mahkamah waktu nak jatuh hukum saja." tutur Amsyar. Aisha cuma mengangguk tanda faham dengan kata-kata Amsyar.

"Tapikan abang, adik takutlah."

"Kenapa pula?" soal Amsyar.

"Adik kenal keluarga Mamat. Keluarga Mamat tu memang berpengaruh, abang tak rasa ke nanti mak dengan ayah Mamat akan gunakan pengaruh diorang untuk lepaskan Mamat?"

Amsyar menggeleng.

"Tak, lagipun kes ini memang dah terang-terang dah Mamat tu salah."

Aisha terdiam dan menyambung menjamu kari ketam kembali. Suasana di antara Amsyar dan Aisha kembali sunyi dan sepi, masing-masing fokus makan.

"Terima kasih tau abang." tutur Aisha secara tiba-tiba. Amsyar terus mengangkat muka memandang adiknya. Dah kenapa pula ni?

"Kenapa pula ni Aisha?"

"Sebab abang tak buang adik. Adik takut lepas abang tahu apa yang terjadi dekat adik, abang buang adik macam mana adik tengok dalam filem. Ya adik tahu itu filem, bukan realiti. Tapi adik takut yang abang akan buang adik, lepas tu adik takut abang akan kata adik tak pakai jaga diri."

Amsyar menundukkan kepalanya.

"Tak ada apalah adik. Kalau abang buang adik, abanglah bodoh. Sebabnya adik je satu-satunga ahli keluarga abang. Jangan risaulah adik, abang akan jaga adik. Lepas ni kalau adik nak keluar pergi mana-mana walaupun nak pergi kedai depan rumah ni pun adik kena pergi sekali dengan abang. Abang jaga adik."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now