bab 5

880 160 2
                                    

NIAT dibaca, takbiratul ihram diangkat. Kedua dua tangan disatu dan dibaca ke perut, terkumat kamit mulut Rania membaca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun. Selesai rukuk, terus Aisera sujud. Saat dahi menyentuh kain sejadah, dengan penuh perlahan mata Aisera terpejam menikmati keindahan rasa ini.

Dimana kau berbisik di tanah tetapi langit mendengar bisikan kau.

  Usai sahaja solat, terus Aisera menanggalkan telekung. Telekung dilipat dan disimpan di dalam beg plastik. Selipar disarung dan Aisera mula mencari figura Malik. Puas mencari namun malangnya, masih lagi tidak jumpa. Malas berfikir panjang terus Aisera melangkah keluar daripada masjid dan menunggu di luar perkarangan masjid.

"Cik ni Aisera ke?" soal seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an yang sedang mengenakan pakaian uniform berwarna putih. Perlahan lahan Aisera mengangguk dengan kerutan di dahi.

"Kenapa ya pakcik?"

"Ouh kalau macam itu pakcik hantar awak balik. Sebab tadi ada seorang budak lelaki ni datang dekat pakcik, dia minta pakcik hantarkan perempuan yang nama Aisera sebab dia tak sempat nak hantar balik. Tapi jangan risau, dia dah tolong bayarkan untuk awak." terang pakcik itu. Aisera cuma mengangguk perlahan lalu membuntuti langkah lelaki itu.

.

.

.
"Ok dah sampai. Terima kasih ya sebab hantar saya." ujar Aisera lalu melangkah keluar daripada teksi tersebut. Dengan penuh teragak agak Aisera melangkah menuju ke arah rumahnya.

  Sampai sahaja di hadapan rumahnya. Terus Aisera membuka pintu rumah memandangkan pintu tidak berkunci. Tutup sahaja pintu, terus Aisera pergi ke biliknya namun langkahnya serta merta mati apabila suara Puan Atul menegurnya.

"Kenapa baru balik?" soal Puan Atul. Aisera beralih ke belakang untuk memandang Puan Atul sambil tersengih seperti kadang busuk.

"Sebab tadi Aisera singgah masjid sekejap. Nak solat." terang Aisera. Puan Atul mula melangkah mendekati Aisera. Tudung sarung yang dipakai oleh Aisera dipegang. Sedar akan riak wajah Puan Atul cepat cepat Aisera berdehem sebelum menerangkan apa yang terjadi.

"Ouh sebenarnya tudung ni ada orang belikan dan bagi dekat Aisera. Lagipun tadi ada benda terjadi dekat Aisera. Panjang cerita dia umi."

"Cuba cerita dekat umi. Umi nak dengar juga, tak kiralah panjang ataupun pendek cerita tu. Umi nak Ira cerita juga. Lagipun kamu itu perempuan, lepas tu balik pukul 1 pagi. Risau umi tahu tak?" Bebel Puan Atul.

  Aisera cuma diam sahaja. Nak membantah pun tiada gunanya juga. Lagipun setiap bait bait kata Puan Atul, ada benarnya juga. Tapi itulah, apa yang terjadi tadi langsung Aisera tidak sangka. Hampir hampir kena rompak, muncul pula Malik yang secara tiba tiba saja datang.

"Aisera, cuba cerita." ujar Puan Atul lagi. Aisera mengambil tempat di meja makan. Begitu juga dengan Puan Atul. Perlahan lahan, Aisera membuka tudungnya dan diletakkan di atas meja makan. Mata mula memandang Puan Atul.

"Okay, Ira nak umi janji yang umi takkan marah kan Ira. Boleh?" pinta Aisera. Puan Atul hanya mengangguk perlahan.

"Sebenarnya tadi Ira nak pergi beli burger. Dan nak dijadikan cerita waktu tu kedai yang jual burger tu tutup. Jadi Ira patah balik and ingat nak balik rumah terus. Lepas tu dalam perjalanan nak balik, Ira hampir hampir kena rompam dan kena tikam ta-"

"Kamu okay ke tak Ira?" soal Puan Atul lalu memegang tangan Aisera. Mata tidak lepas daripada memandang setiap lekuk tubuh Aisera.

"Umi, jangan risau. Ira tak cedera pun sebab waktu tu ada seorang hamba Allah ni dia datang dan selamatkan Ira tepat pada waktunya. Jadi sebagai balasan, Ira bawalah dia pergi hospital." cerita Aisera. Puan Atul mengangguk tanda faham.

"Orang yang selamatkan Aisera tu dia cedera teruk tak?" soal Puan Atul. Aisera cuma menggeleng perlahan.

"Tak teruk sangat pun umi sebab dapat rawatan yang awal. Jadi kuman dekat tenpat luka tu tak sempat nak merebak dekat tempat lain dan jadi lebih teruk..." Aisera berjeda seketika.

"... Dan fasal tudung ini sebenarnya, orang yang selamatkan Ira tu yang belikan. Lagipun dia siap beli telekung lagi dekat Ira sebab waktu tu dia singgah masjid nak sembahyang lepas tu Ira teragak-agak nak masuk dalam masjid sebab Ira tak bawa telekung dan tutup aurat dengan sempurna. Jadi dia belikan Ira telekung dengan tudung ni." terang Aisera lalu menunjukkan tudung dan telekung kepada Puan Atul sambil tersenyum tipis.

"Mulia sungguh hati orang yang sudi selamatkan Ira. Kalau tak keberatan, boleh umi tahu siapa nama dia?"

"Malik. Nama dia Malik Arsalan."

.

.

PERMAISURI Aishah Qhairina mengambil tempat di atas kerusi rehat yang berada di dalam perpustakaannya. Cawan yang berisi air teh diambil dan dihirup dengan penuh berhati hati dan perlahan memandangkan air teh itu masih lagi panas. Fikirannya serta merta teringat akan perbualannya dengan suaminya iaitu Raja Arshan Imtiyaz.

.

"Saya ada benda nak bincang dengan awak." tuturnya lalu mengambil tempat di hadapan Raja Arshan Imtiyaz. Mata Permaisuri Aishah Qhairina memandang figura suaminya yang sedang membaca surat khabar.

"Awak nak cakap apa, Aishah? Cakap sajalah." tutur Raja Arshan Imtiyaz tanpa beralih untuk memandang Permaisuri Aishah Qhairina, dia masih lagi sibuk membaca surat khabar.

"Saya nak cari anak saya balik." ujar Permaisuri Aishah Qhairina. Raja Arshan Imtiyas terus meletakkan surat khabar di atas meja. Mata mula memandang isterinya seolah olah tidak percaya dengan kata kata yang dilontarkan oleh Permaisuri Aishah Qhairina sebentar tadi.

Dia tidak salah dengar kah?

"Kenapa? Kenapa awak nak cari balik anak kita? Awak masih lagi tak boleh nak redhakan apa yang telah terjadi ke Aishah? Lagipun kita dah pernah cari anak kita balik, bukannya sekali tapi lebih daripada 3 kali dan keputusannya masih lagi sama, tak jumpa." tutur Raja Arshan Imtiyaz. Lagipun kalau mengikut kiraan mereka berdua, umur anak mereka tahun ini genap 23 tahun.

"Tak. Kali ini saya nak cari anak saya dekat kerajaan Alwaritzi. Kesilapan kita masa lalu sebab kita cuma cari dalam kawasan empayar kita saja. Bukannya di kerajaan Alwaritzi. Kenapa saya minta proses pencarian ini dilakukan di Alwaritzi?" Permaisuri Aishah Qhairina menggantungkan ayatnya. Raja Arshan Imtiyaz masih lagi memandang isterinya.

"Sebab apa?"

"Sewaktu anak kita hilang, tahap kawalan keselamatan di sempadan Emerald dan Alwaritzi sangat lemah memandangkan ekonomi negara lumpuh selepas perang terjadi. Ditambah pula dengan pihak atasan yang menjadi pembelot, dan peratus untuk orang yang membawa lari anak kita ke Alwaritzi sangat tinggi memandangkan dia juga tahu rahsia negara..." Permaisuri Aishah Qhairina berjeda seketika.

"... Dan saya pelik, kenapa awak tak pernah langsung terfikir hal ni dengan lebih jauh? Tidak guna kalau kita ada hubungan yang baik dengan kerajaan Alwaritzi tetapi kita tidak pandai untuk manfaatkannya. Kalau awak bertegas taknak lakukan misi pencarian ini, saya sendiri yang akan cari anak saya." ujar Permaisuri Aishah Qhairina lalu bangun dari duduknya. Kaki mula melangkah meninggalkan suaminya yang masih lagi berada di situ.

  Kalau benar suaminya itu membantah keras akan tindakannya untuk melakukan lagi sisi pencarian anaknya, dia sendiri sudah tekad dan berjanji dengan diri sendiri untuk mencari anaknya yang telah hilang selama 23 tahun. Biarlah kalau dia terpaksa korbankan nyawanya sendiri asalkan dia dapat berjumpa dengan anaknya walaupun sebentar.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now