bab 37

324 65 0
                                    

JAM yang menunjukkan pukul 12 tepat tengah malam dipandang sekilas. Walaupun malam sudah lama menjelma dan sekarang adalah masa untuk tidur, namun tidak bagi Aisera dan Malik. Antara salah satu hobi mereka suami isteri ialah, suka membaca buku hingga larut malam. Habis sahaja satu buku, mereka akan bertukar pendapat dari semua segi.

Malik menutup bukunya, cawan yang berisikan air teh diambil dan dihirup sedikit. Buku diletakkan di atas meja, Malik menanggalkan kaca matanya. Aisera pula daripada tadi cuma termenung sahaja. Pelik juga Malik, ada apa-apa yang menganggu fikiran isterinyakah? Aisera yang berada di hadapan dia sekarang ini bukan seperti Aisera yang dia kenal.

Kalau Aisera yang dia kenal, biarlah ada apa-apa masalah sekalipun, memang jarang untuk Aisera tidak membaca buku. Kerana bagi Aisera, membaca adalah satu terapi. Tidak kiralah membaca buku, puisi ataupun sajak, asalkan membaca itu sudah cukup menjadi terapi. Tapi malam ini, Aisera yang dia kenal seolah-olah 'hilang' dibawa arus.

"Kenapa dengan awak ni? Senyap saja malam ni?" soal Malik seraya membuka bicara. Aisera cuma diam sambil merenung ke arah luar jendela.

"Is it wrong for woman to be a Prime Minister?" soal Aisera secara tiba-tiba. Malik yang mendengar pertanyaan itu cuma tersenyum tipis.

"Hanya disebabkan saya ini adalah seorang wanita, itu tidak bermakna yang saya tidak mampu untuk memerintah negara. Jatuhkah reputasi Emerald kalau pemimpinnya adalah wanita? Lemah sangatkah seorang insan yang bergelar wanita sehinggakan tidak mampu untuk jadi pemimpin?"

Aisera mengangkat muka memandang suaminya.

"Saya adalah seorang wanita dan saya bangga bergelar wanita. Tapi adakah itu satu penghalang buat saya untuk memimpin?"

Soal Aisera. Dalam nada persoalannya, terselit juga rasa yang telah dia pendam sekian lamanya. Rasa marah, geram dan benci apabila orang ramai seakan-akan memperkecilkan kemampuannya untuk memimpin dan memerintah negara.

"Tak. Tak salah bagi seorang wanita untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi cabarannya banyak. Awak kena ingat, orang persoal kenapa awak boleh jadi Perdana Menteri sebab kebanyakkan Perdana Menteri di seluruh dunia adalah lelaki, bukannya perempuan. Jangan jadikan jantina awak sebagai penghalang untuk lakukan keputusan dan menjadi Perdana Menteri..."

"... Kalau orang pandang rendah dekat awak, buktikan yang diorang semua tu salah. Diorang ni bukan apa, tak yakin. Boleh ke tidak awak ni nak memerintah negara? Jangan mudah tunduk kepada musuh. Dan jangan tunjuk yang awak menangis sebabnya itu adalah satu kemenangan bagi musuh. Kekuatan dan kecerdasan seorang pemimpin akan menjadi faktor majunya sesebuah negara. Sepanjang saya jadi Perdana Menteri, apa yang saya pegang satu saja."

"Jadi singa apabila ada yang menyentuh soal Islam, profesional apabila perlu. Tunjuk taring jika dicabar. Serang musuh dengan kelemahan, bukan kekuatan."

Aisera terdian sejenak. Nafas berat dihela. Tidak tahu mahu memberi respon apa kepada Malik. Malik pula cuma memerhati sahaja tingkah laku isterinya itu. Bukannya dia tak tahu apa yang Aisera tengah rasa sekarang ni. Jadi Perdana Menteri ataupun pemimpin bukannya mudah.

Kenapa dia selalu ulang yang menjadi Perdana Menteri bukannya satu perkara yang mudah? Kerana itu adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Tanggung di dunia, jawab di akhirat. Menggalas sesuatu tanggungjawab, tidak kiralah besar ataupun tidak. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Setiap pemimpin perlulah amanah dan lantang bersuara apabila ianya melibatkan nasib rakyat.

"Boleh saya tanya awak satu soalan?" soal Aisera setelah sekian lama mendiamkan diri. Malik cuma mengangguk.

"Awak nak tanya soalan apa?"

"Awak yakin dengan saya? Awak yakin yang saya boleh lakukan semua ni? Awak rasa saya akan berjaya? Awak yakin ke tak?"

Malik cuma diam. Posisi kedudukannya diperbetulkan sedikit supaya badannya tidak sakit-sakit. Kedua-dua tangan Malik naik mencantum dan mengenggam di antara satu sama lain. Mata Malik memandang tepat wajah isterinya itu.

"Jangan tanya saya yakin ke tidak dengan awak. Tapi tanya diri awak sendiri. Tak guna kalau saya yakin dengan awak tapi awak sendiri tak yakin dengan diri awak. Buang masa saya saja."

.

.

PINTU pejabat Almarhum Raja Arshan Imtiyaz ditolak, suis lampu dibuka dan Aisera menutup pintu pejabat semula. Kaki mula mengatur langkah perlahan menuju ke arah almari yang menempatkan fail-fail penting, malah ada juga fail yang mengandungi sejarah negara Emerald yang tidak diketahui oleh rakyat. Cuma sesetengah individu sahaja yang berhak mengetahui, seperti contoh kerabat diraja dan orang politik yang mempunyai pengaruh kuat dalam pentadbiran negara.

Antaranya ialah Tun Muhammad Iskandar.

  Aisera mengambil satu buku yang ditulis oleh Almarhum Raja Arshan Imtiyaz dan ditujukan khas untuk generasi yang akan menjadi Perdana Menteri bagi Emerald yang akan datang. Iaitu Y.M Tengku Aisera Qafiyya. Bakal Perdana Menteri Wanita Pertama Emerald. Aisera duduk di atas sofa. Helaian pertama dibuka, 4 kata-kata yang sentiasa Almarhum katakan kepada Aisera. Bahkan siapa sahaja generasi baharu yang dia berjumpa.

.

1-

"... Kita belajar bukan sahaja daripada kejayaan orang lain. Tetapi juga daripada kesilapan mereka..."

2-

"... Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup."

3-

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga."

4-

"Berbicara dengan ilmu, bukannya emosi."

  Helaian kedua pula diselak. Kali ini, helaian kedua menekankan tentang isu rakyat yang ditindas, dianiaya dengan mereka yang mempunyai kuasa dan juga harta.

Harta dan Kuasa.

Seronok sebab kita rasa seolah-olah disanjung, dihormati. Setiap langkah kita sentiasa diiringi oleh petugas. Tak kiralah, Sultan, Menteri, VVIP mahupun mereka yang mempunyai sesuatu jawatan tinggi di dalam sesuatu organisasi ataupun corak pentadbiran.

Tetapi yakinkah di dalam setiap langkah kita, kita amanah? Ataupun sekadar menggunakan kuasa dan jawatan untuk memenuhi keperluan sendiri? Bukannya keperluan rakyat dan mereka yang memerlukan?

Yakinkah kita bahawa apa yang kita lakukan itu betul? Adakah kamu menjawat jawatan dan pangkat yang kamu ada itu untuk diri kamu atau untuk mereka (rakyat)? Dan sewaktu kamu menjawat jawatan, apa yang kamu lakukan dengan jawatan itu? Adakah kamu menolong mereka yang memerlukan ataupun kamu cuma menutup mata seolah-olah kamu buta?

Lupakah kamu wahai pemimpin? Terutama sekali pemimpin yang beragama Islam bahawa doa orang yang teraniaya itu Allah S.W.T akan kabulkan. Lupakah juga kamu wahai pemimpin, setiap apa yang kamu lakukan sewaktu memimpin, perkara itulah yang akan kamu jawab di akhirat sana.

Rakyat, tidak tahu apa yang pemimpin lalui. Tetapi sebagai seorang pemimpin, kamu wajib untuk tahu apa yang rakyat lalui. Tidak senua rakyat hidupnya mudah, ada juga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada juga rakyat yang mampu hidupnya. Tidak kiralah jawatan apa pun yang kamu pegang, memerintahlah dengan adil.

Kerana apa yang kamu lakukan sewaktu di era pemerintahan kamu itulah yang akan disoal di akhirat sana nanti.

  Aisera menutup buku catatan yang ditulis oleh Almarhum Raja Arshan Imtiyaz. Buku tersebut dibawa rapat ke dadanya, Aisera memejamkan matanya buat seketika waktu. Selepas selesai dia dinasihat oleh Malik, suaminya sebentar tadi. Dia mula yakin dengan dirinya, tak kiralah apa yang menghalang dia sekalipun dia akan memerintah Emerald.

Insya-Allah,

Itu janji seorang Tengku Aisera Qafiyya.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now