bab 51

298 52 3
                                    

MARIAM mula berjalan melangkah masuk ke dalam ruang perbicaraan. Memandangkan Ketua Hakim Negara tidak masuk lagi, jadi adalah masa untuk dia bersedia dan membaca isi penting-penting yang berkaitan dengan kes Aisha. Tangan Mariam naik untuk membetulkan sedikit tudungnya.

Tumpuan Mariam sedikit terganggu apabila beberapa orang mula masuk ke dalam ruang perbicaraan. Mariam beralih memandang ke arah kandang dan tempat duduk di sebelah. Terdapat Datin Azuna, Mamat dan peguam Mamat mula mengambil tempat. Dari riak Datin Azuna cukup membuatkan Mariam mahu termuntah, tersenyum dekat dia. Malas mahu fikir tentang mereka, Mariam menyambung kembali membaca isi penting.

"Tengku." panggil salah seorang mereka yang berada di situ. Mariam mengangkat muka, nafas berat dihela apabila wajah Datin Azuna menyapa matanya.

Perempuan tua ni.

"Boleh saya bercakap dengan Tengku sebentar? Bukannya apa lagi pun saya sebenarnya minat sangat dengan Tengku Mariam, anak saya yang Mamat tu suka sangat dengan Tengku. Dia cakap Tengku ni idola dia, lagi satu Tengku saya bukannya apa..." Sementara mendengar celoteh kosong Datin Azuna, mata Mariam beralih memandang tangan kanan Datin Azuna yang sedang membawa keluar sesampul surat yang berisikan duit daripada beg tangannya.

"... Saya bukannya apa Tengku, saya tak fahamlah kenapa Tengku nak buka balik kes ni? By the way berapa ya Aisha bayar Tengku? Mesti mahalkan. Ishlah, banyak betul duit Aisha, saya tak sangkalah Tengku. Kalau macam ni saya ambil Tengku jadi peguam saya pun boleh, tapi tulah Aisha dah lantik Teng-"

"Mana adab awak bercakap dengan kerabat diraja?!" Tengku Mariam bangun dari duduknya, nafas berombak kencang menahan amarah. Datin Azuna terdiam, begitu juga dengan mereka yang lain.

"40 tahun saya hidup, awak orang yang paling biadap dan tak ada adab sewaktu bercakap dengan kerabat diraja! Mana adab awak Datin Azuna?!"

Datin Azuna terdiam lalu duduk di tempat duduknya kembali. Rasa malu semakin menebal di dalam diri.

  Masuk sahaja Ketua Hakim dan dua orang Hakim ke dalam ruang perbicaraan, mereka semua yang berada di situ bangun dari duduknya sebagai tanda hormat kepada Hakim.

  Perbicaraan mula berlangsung, dimulai daripada peguam Mamat yang masih lagi menegaskan bahawa Mamat tidak bersalah, Mamat yang duduk di sebelah peguamnya cuma diam sambil memerhati sahaja. Sementara itu, Datin Azuna juga diam sambil memerhati, dengan penuh rasa marah.

  Hampir 2 jam lebih perbicaraan berlangsung, Mariam duduk kembali sambil mengemas semula fail-fail yang berterabur di atas meja. Sementara itu, Datin Azuna pula daripada tadi tidak lepas daripada memandang Mariam.

  Keluar sahaja Mariam dari ruang perbicaraan itu, cepat-cepat Datin Azuna berlari menuju ke arah Tengku Mariam Atheera. Mariam membawa keluar kunci kereta, baru sahaja masuk ke dalam kereta langkah Mariam terhenti apabila Datin Azuna menjerit namanya.

Mariam melepaskan nafas kasar. Beg laptop disimpan di dalam bonet, Mariam berjalan menuju ke arah Datin Azuna.

"Berapa Aisha bayar Tengku?" soal Datin Azuna kasar. Mariam cuma tersenyum sinis.

"Aisha tak bayar saya langsung. Saya yang rela hati nak buka kes ni semula. Kenapa Datin?"

"Saya ingatkan Aisha bayar Tengku. Lagi satu maaflah Tengku, sebabnya tadi saya biadap dengan Tengku. Bukannya apa Tengku, saya tak sanggup tengok Mamat ulang-alik naik mahkamah. Sebagai seorang ibu, saya sedih Tengku. Tengku..." Datin Azuna berjalan merapati Tengku Mariam.

"... Saya harap sangat Tengku dapat pertimbangkan untuk tutup kes ini semula." rayu Datin Azuna. Mariam cuma mengangguk tanda faham.

"Walaupun saya ni belum kahwin dan tak ada anak, tapi saya faham apa yang Datin Azuna cuba nak sampaikan dekat saya. Tapi kadang-kadang Datin, sebagai seorang ibu kita sendiri kena akui yang anak kita salah. Saya faham, Datin memang sayang sangat-sangat dekat Mamat, lagi-lagi Mamat tu anak lelaki. Tapi Datin rasa dengan tindakan Datin ni buat Mamat jadi lagi elok ataupun rosak? Kadang-kadangkan Datin, inilah ujian Datin..."

"... Datin ada duit, tapi kalau sekali Allah nak uji Datin, dia bagi terus. Contohnya macam sekarang, apa yang Datin boleh buat sebagai seorang mak suspek? Datin, saya pun pernah handle kes macam ni which is kasih sayang seorang ibu melebihi segala-galanya. Sanggup bayar peguam asalkan anak tak masuk penjara. Tapi sedar tak sedar, dengan cara itulah Datin rosakkan hidup anak Datin sendiri. Datin rasa bila Datin bayar peguam, hakim semua, Mamat tak akan buat dah ke? Yakin, Mamat dah insaf? Kalau dia insaf pun, Datin rasa dia bebetul insaf ke?"

"Saya ni memanglah tak kahwin lagi, anak pun tak ada. Tapi saya juga ada dua orang anak saudara yang saya jaga dari kecil. Saya pun faham rasa dia macam mana, tapi sebagai seorang mak. Dalam situasi ini, kita sendiri kena terima yang anak kita ni salah. Datin sedar tak? Mamat dia buat salah, dia juga melibatkan orang lain. Datin patut bersyukur yang saya tak tetapkan hukuman mati kepada Mamat. Paling kurang pun 8 kali sebatan sahaja. Tapi itulah Datin Azuna, lapan kali sebatan memang sakit dan akan luka..."

"... Tapi nak sembuh luka sebatan tu Datin sekejap je. Then macam mana pula dengan luka yang Aisha rasa? Aisha bukannya luka di badan, tapi luka di hati dan jiwa. Aisha tak bertanggungjawab langsung atas trauma yang dia hadapi sekarang ni, tapi dia tetap kena tanggung trauma tu. Bukan setakat tu saja, Aisha pun hilang mahkota dia sebagai seorang wanita. Itu yang Datin nak minta saya tutup kes ni? Bagi Aisha sekarang ni, hidup dia dah hancur. Datin Azuna seorang perempuan, jadi cuba Datin bayangkan kalau kena rogol lepas tu tak dapat keadilan? Tu tak masuk lagi, Aisha nak kena hadap stigma masyrakat."

"Tapi Tengku, nanti saya akan bayar pampasan dekat Aisha. Tak perlulah sampai nak buka kes ni balik!"

"Datin rasa dengan duit Datin tu cukup ke untuk kembalikan masa depan Aisha yang dah hancur? Yakin? Oh, kenapa? Bukannya saya tak tahu, Datin bayar Aisha tu sebabnya nak Aisha tutup mulut kan? Pampasan konon. Datin ingat saya tak tahu yang nama Datin Azuna ni dah kena blacklist dengan LHDN sebabnya lari dari bayar cukai, lepastu Datin jangan ingat saya tak tahu yang Datin pun terlibat dalam isu scammer..."

"... Ini amaran keras saya ya Datin, kalau sekali lagi Datin biadap dengan saya ataupun Aisha, saya takkan teragak-agak untuk sumbat Datin pula dalam penjara." Mariam mula beransur pergi dari situ meninggalkan Datin Azuna seorang diri.

Fuh! Mencabar betul nak cakap dengan orang gila ni. Bukannya gila akal, gila duit. Masuk sahaja ke dalam kereta, Mariam menghidupkan enjin kereta. Sementara menunggu enjin kereta panas, dia bersandar di seat kereta dahulu. Serabut betul dia dengan Datin Azuna tu.

"Mak dengan anak sama je, dua kali lima perangai. Tunggulah kau Datin Azuna, habis je kes Mamat ni aku sumbat kau pula dalam penjara. Kurang ajar sangat."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now