bab 34

324 69 0
                                    

Jangan kau terlalu kejar dunia, kerana dunia adalah hukuman bagi Nabi Adam A.S."

.

PERMAISURI Aishah Qharina bangun dari berbaring, matanya beralih memandang jam yang terletak di atas meja nighstand. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, sempatlah juga dia solat tahajud sebelum waktu subuh masuk. Raja Arshan Imtiyaz yang sedang tidur dipandang sekilas. Ni mesti habis baca buku pukul 2-3 pagi, itu yang penat sangat tu.

"Awak, bangun." kejut Permaisuri Aishah Qharina sambil menggoncang perlahan tangan Raja Arshan Imtiyaz. Tiada respon. Malas mahu menunggu lama, Permaisuri Aishah Qharina bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu.

  Tak sampai beberapa minit, Permaisuri Aishah Qhairina keluar dari bilik air dan berjalan menuju ke ruang solat. Telekung yang dilipat di ambil dan dipakai. Permaisuri Aishah Qharina berjalan menuju ke arah sejadah yang sudah siap dihamparkan. Niat solat tahajud dibaca dan Permaisuri Aishah Qhairina memulakan solat.

  Salam diberi, Permaisuri Aishah Qhairina terus bangun dari duduknya. Kaki mula melangkah berjalan ke arah katil, mungkin Raja Arshan Imtiyaz dah bangun? Sampai sahaja di katil, Permaisuri Aishah Qharina pelik buat seketika waktu. Dah dekat pukul 6 pagi, takkanlah suaminya tak bangun lagi? Tangannya naik menggoncang tangan Raja Arshan Imtiyaz berkali-kali.

"Awak, bangun. Dah lambat ni. Subuh pun dah nak masuk dah." kejut Permaisuri Aishah Qhairina, tapi tiada respon yang diberikan oleh Raja Arshan Imtiyaz. Mata Permaisuri Aishah Qhairina memandang jam. 5.50 pagi, sudah lambat dan dah masuk waktu subuh. Kali ini tangan Permaisuri Aishah Qhairina menggoncang tubuh Raja Arshan Imtiyaz. Namun tiada respon

Permaisuri Aishah Qhairina mula tak sedap hati.

"Arshan! Bangunlah!"

  Kali ini tangan Permaisuri Aishah Qhairina tidak lagi memegang tangan suaminya, tangan Permaisuri Aishah Qhairina mula memegang wajah Raja Arshan Imtiyaz. Sejuk. Kemudian beralih pula memegang bawah hidung, tiada hembusan nafas.

Permaisuri Aishah Qhairina terkedu.

  Dengan keadaan bertelekung, dia berlari keluar dari bilik dan menuju ke bilik Aisera. Sampai sahaja di hadapan bilik Aisera, Permaisuri Aishah Qhairina mengetuk pintu bilik bertalu-talu. Manakala Malik dan Aisera yang baru sahaja selesai solat subuh terus beralih memandang pintu.

"Siapa tu?" soal Aisera.

"Entah. Kejap saya buka." Malik bangun dari duduknya, pintu dibuka. Jelas wajah Permaisuri Aishah Qhairina yang dibasahi dengan keringat peluh dan air mata, Malik dan Aisera mula pelik.

"Bonda, kenapa ni?" soal Aisera ingin tahu.

"Ayah... denyutan nadi ayah dah tak ada!" tutur Permaisuri Aishah Qhairina. Aisera dan Malik diam seolah-olah tidak tahu ingin memberi reaksi apa. Mereka berdua terkedu. Malas mahu melengahkan masa, Permaisuri Aishah Qhairina menarik tangan Aisera dan berlari menuju ke arah bilik Raja Arshan Imtiyaz dan Permaisuri Aishah Qhairina. Manakala Malik pula bergegas memanggil pegawal istana dan menelefon doktor yang bertanggungjawab di atas kesihatan Raja Arshan Imtiyaz.

.

.

SAMPAI sahaja di hospital, ambulans yang membawa Raja Arshan Imtiyaz mula tiba di hadapan perkarangan kecemasan. Doktor peribadi Raja Arshan Imtiyaz yang berbangsa India dan beberapa orang jururawat yang lain mula menolak strectcher yang membawa tubuh Raja Arshan Imtiyaz ke wad kecemasan. Masuk sahaja Raja Arshan Imtiyaz, doktor peribadi Baginda Sultan keluar dan berjalan menuju ke arah Aisera, Malik dan Permaisuri Aishah Qhairina.

"Tuanku Permaisuri, Tengku Aisera dan Tengku Malik. Jujur saya cakap, keadaan Raja terlalu kritikal. Kemungkinan untuk dia sedar sangat rendah dan faktor kesihatan Raja Arshan juga boleh dikatakan agak teruk. Jadi sekarang ni, saya bagi dua pilihan. Bagi saya 30 minit dan saya akan cuba sehabis baik untuk selamatkan Raja Arshan Imtiyaz ataupun masukkan Raja ke dalam wad ICU."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now