bab 32

391 66 3
                                    

"Kamu terlalu jauh dari Allah S.W.T, maka bersiap sedialah untuk dikecewakan oleh manusia."

"Jangan nilai orang yang menyampaikan pesanan/ dakwah kepada kamu, tapi nilailah inti pesanan/dakwah yang disampaikan. Boleh jadi itu adalah hidayah daripada Allah S.W.T."

"Mereka tak pernah berlebihan dalam agama, cuma kau saja yang terlalu cintakan dunia."
.

.

ENJIN kereta dimatikan, Aisera berjalan masuk ke dalam Istana Emerald. Para pengawal yang menjaga pintu masuk kedua istana mula pelik apabila melihat cuma Aisera seoranh sahaja yang keluar tanpa adanya pengawal peribadi. Aisera buat endah tak endah sahaja, biarlah. Bukannya selalu nak berjalan tanpa pengawal peribadi ni.

Sambil berjalan, Aisera mencari susuk tubuh Marteen dan Mikhail. Agak pelik juga memandangkan jan sudahpun menginjak ke pukul 7.45 malam. Sebenarnya dia keluar dari pejabat Raja Arshan Imtiyaz kira-kira 6.30 petang. Itupun dia pergi berjalan-jalan sekitar kota Alwaritzi dan berhenti sembahyang maghrib di masjid juga.

"Jagalah solat, Insha-Allah kamu sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T"

Berdiri di hadapan pintu biliknya membuatkan Aisera tersedar dari lamunannya buat seketika waktu. Pintu bilik dibuka, dapat dia lihat Malik yang sedang membaca Al-Quran. Malas nak kacau suaminya, Aisera terus berbaring di atas katil. Tudung dan pakaian sut dibiarkan tidak ditukar dengan baju biasa. Nantilah dia tukar.

"Awak dah sembahyang maghrib ke belum?" soal Malik lalu bangun dari duduknya. Al-Quran disimpan di atas rak, Malik duduk di sebelah Aisera.

"Dah. Tadi saya berhenti singgah sembahyang sekejap. Itu yang saya balik lambat tu. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa pun, saja tanya. Risau juga saya sebab awak balik lambat, lepas tu tak inform apa-apa pun dekat saya. Aisera, awak okay tak? Nampak macam penat je. Kalau penat awak rehatlah dulu, saya nak keluar jumpa bonda sekejap." tutur Malik.

"Eh sekejap, mana Mariam eh? Waktu saya nak keluar tadi saya nampak dia tengah makan dengan umi. Tapi waktu balik tak nampaklah pula dia. Dia ada bagitahu awak tak?" soal Aisera secara tiba-tiba.

"Ouh, fasal Mariam ke. Hah tadi Mariam, bonda keluar dengan Darian. Katanya ada bahan masak yang tak cukup, mulanya diorang ingat nak tunggu awak. Tapi dah awak balik lambat, diorang pergi dululah."

"Umi pula? Dekat dapur?" soal Aisera lagi. Malik cuma mengangguk.

"Hah by the way saya ada satu soalan nak tanya dekat awak. Awak jangan marah pula eh. Janji tau?" soal Aisera sekali lagi. Malik terus beralih memandang isterinya.

"Awak nak tanya fasal apa? Kalau boleh jawab, saya jawablah." soal Malik sambil bangun dari duduknya. Sejadah diambil dan digantung.

"Apa pandangan awak tentang akhir zaman? Ataupun kalau awak nak lebih detail, tentang situasi sekarang? Apa pendapat awak? Bermula dari wanita berhijab, lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan, bercinta dan sebagainyalah."

Aisera bangun daripada duduknya, mata naik memandang Malik Arsalan. Malik cuma diam sambil mengambil tasbih digital yang berada di atas lantai.

"Dalam Islam, kita ni nak ada rasa cinta tu boleh. Tapi janganlah sampai ada hubungan zina. Kena ingat, zina tak semestinya hubungan di ranjang. Tapi ada juga zina hati. Dan dalam Islam pun sebelum nak kahwin kita ada proses taaruf. Iaitu untuk saling berkenalan dengan pasangan kita, kalau sesuai teruskan. Kalau rasa tak kena dengan selera kita, berhenti. Bukannya terus kahwin..."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now