bab 15.

641 113 2
                                    

AISERA mengambil alat kawalan jauh televisyen. Hari ini saja, sudah 4 filem di Netflix yang dia dah habis tengok. Antaranya, The Call, The Curse of La Llrona, Mom dan Space Sweepers. Anna disebelah cuma memerhati sahaja.

"Patik dah bagi amaran keras dekat Tengku. Tapi itulah, Tengku buat tak tahu saja. Jadi akibatnya, Tengku tanggunglah." balas Anna lalu duduk di sebelah Aisera. Aisera menjeling.

"Kamu tak lapar ke, Anna?" soal Aisera dan baring di atas katil.

"Tak, Tengku. Kenapa? Tengku lapar ke?" soal Anna pula. Aisera cuma menggeleng. Tak lapar langsung, lagipun dalam bilik dia memang dia sudah sediakan stok makan. Jadi tak adalah kebulur sangat.

"Anna." panggil Aisera sekali lagi.

"Ya, Tengku?"

"Nanti waktu saya kahwin, Tun Muhammad Iskandar akan dijemput juga ke?" Soalan yang diutarakan oleh Anna membuatkan Anna tergamam. Kenapa tiba-tiba Tengku Aisera tanya soalan macam ni?

"Kenapa Tengku tanya?"

"Saya pelik dengan dia..." Aisera berjeda seketika dan duduk dari berbaring. Tudung sarung labuh berwarna hitam dibetulkan supaya menutup bahagian dadanya.

"... Dia macam tak suka dengan saya. Cara dan nada suara dia waktu dia tanya saya sama ada saya yakin ataupun tidak untuk memerintah Emerald, jelas menunjukkan yang dia tak suka dengan saya. Pelik juga saya, apa dia ingat yang perempuan tak boleh nak memerintah negara?" soal Aisera dengan nada yang jelas dia tidak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun Muhammad Iskandar.

"Yang ini, patik tak boleh nak komen apa-apa Tengku. Tapi, patik rasa nanti waktu Tengku memerintah Tengku kena buktikan yang Tengku boleh dan berjaya memerintah negara dengan betul."

Aisera diam.

"Oh ya Tengku sebelum patik terlupa, malam nanti Tengku boleh keluar sekejap."

"Eh kenapa pula? Bukan saya didenda ke?" Aisera pelik. Dah kenapa pula tiba-tiba dia boleh keluar ni? Bukan ke dia dikenakan perintah berkurung dalam bilik ke? Padahal semalam Bonda dan Umi bukan main lagi suruh dia duduk dalam bilik.

"Sebab ada orang yang nak berjumpa dengan Tengku. Tapi patik tak tahulah siapa yang nak berjumpa dengan Tengku."

  Aisera mengangguk dan bangun dari duduknya. Sofa dituju, Aisera duduk di atas sofa tersebut. Telefon dibawa keluar daripada poket seluar, aplikasi youtube dibuka. Tiada langsung video menarik yang dia boleh tonton. Baru sahaja mahu menutup telefon, panggilan daripada Malik tertera di skrin. Butang digital berwarna hijau ditekan.

"Assalamualaikum." Aisera menyapa Malik di dalam terlebih dahulu.

'Waalaikumussalam. Buat apa?'

"Tak rasa berdosa ke tiba-tiba telefon anak dara? Tak ada hubungan yang halal pula tu." Pedas sahaja kata-kata Aisera. Malik di dalam talian cuma tertawa kecil.

'Janganlah keluar bilik. Tak elok awak langgar perintah Permaisuri.'

Aisera mencebik.

"Ikut suka hati sayalah nak langgar perintah ke tidak, yang awak melebih-lebih ni dah kenapa? Awak tu tak jadi suami saya lagi. Jangan nak mengada sangat."

'Kalau hal kecil macam ini pun awak tak boleh nak ikut, macam mana awak nak memerintah negara? Kita berdua senasib. Tapi bezanya saya ikut arahan bonda dan ayah saya.'

  Kata-kata yang dilontarkan oleh Malik sebentar tadi membuatkan Aisera terdiam. Dalam pedasnya, ada juga unsur-unsur nasihat yang diselitkan oleh Malik. Aisera berdehem.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now