bab 52

293 57 5
                                    

6 Bulan Kemudian.

HARI ini merupakan hari terakhir perbicaraan bagi kes rogol Aisha dan juga hari untuk jatuh hukum terhadap Mamat.

  Mariam memarkirkan kereta di parkir yang disediakan. Keluar sahaja daripada kereta dapat dia lihat Aisha dan Amsyar yang sedang duduk di hadapan mahkamah menunggunya. Mariam berjalan menuju ke arah Aisha.

"Maaf ya saya terlambat sikit hari ni sebabnya jalan sesak tadi." Mariam membongkokkan sedikit badannya tanda maaf, Amsyar dan Aisha cuma tersenyum sambil menggeleng.

"Tak apalah Tengku, lagipun kami baru sampai saja tadi. Saja tunggu dekat luar sebabnya Tengku pun tak sampai lagi." tutur Aisha sambil tersenyum tipis. Tangan Mariam naik memegang tangan Aisha.

"Okay?" soal Mariam sepatah. Aisha mengangguk sambil tersenyum.

"Tak okay sepenuhnya, tapi Aisha dah pandai kawal emosi." balas Aisha lembut.

"Dah jom masuk dalam."

  Masuk sahaja ke dalam ruang perbicaraan, Mariam duduk di tempat peguam manakala Amsyar dan Aisha pula duduk di bahagian belakang. Sementara menunggu kemasukan Mamat sambil diiringi beberapa orang polis, sempat Aisha beralih untuk memandang Datin Azuna. Jelas, Datin Azuna kelihatan gelisah dan tak senang duduk.

"Abang rasa kenapa dengan Datin Azuna tu?" soal Aisha. Amsyar cuma menggeleng tanda tidak tahu.

"Adalah tu fikir apa-apa. Biasalah, orang kaya tapi duit tu mengalir ke sumber yang haram. Itu yang hidup tak senang."  balas Amsyar.

  Masuk sahaja Mamat sambil dipegang oleh beberapa orang pegawai polis, mata Aisha terus terarah ke Mamat. Senyuman sinis mula terukir. Tidak lama kemudian, Ketua Hakim negara dan dua orang hakim mula masuk ke dalam mahkamah. Perbicaraan dimulakan. 

  Seperti biasa, perbicaraan akan bermula dengan peguam pihak Mamat. Mengatakan yang Mamat tidak bersalah, walaupun sudah terang-menerang bukti menunjukkan yang Mamat bersalah. Hampir 1 jam, kali ini giliran Mariam pula. Mariam bangun dari duduknya. Mata memandang Mamat yang sedang berdiri di dalam kandang.

"Boleh saya tanya Encik Mamat satu soalan?" soal Mariam.

"Boleh."

"Jelas di bukti ini, dari segi rakaman cctv, cap jari juga cukup untuk membuktikan Encik Mamat bersalah. Persoalannya adalah, apakah sebab Encik Mamat merogol mangsa?"

Mamat cuma tersenyum sinis.

"Saya tidak bersalah, dan saya tak rogol mangsa. Jadinya saya tak ada jawapan untuk soalan itu." balas Mamat sinis. Mariam mengangguk. Dia beralih memandang Ketua Hakim dihadapan.

"Yang mulia Tuan Hakim, di sini saya ingin menambah satu lagi bukti iaitu rakaman perbualan di antara Datin Azuna dan juga Encik Mamat. Saya ingin memohon maaf memandangkan bukti yang saya peroleh ini saya dapat sebentar sahaja tadi, jadinya saya tak sempat untuk maklumkan kepada Tuan Hakim."

"Tunjukkan bukti tersebut." arah Ketua Hakim. Mariam mengangguk lalu menuju ke arah meja, rakaman perbualan di antara Datin Azuna dan Mamat dibuka. Sementara itu, Mamat terus beralih memandang ke arah Datin Azuna. Rakaman perbualan? Riak wajah Datin Azuna mula berubah.

"Betul ke Mamat yang rogol Aisha?" tanpa apa-apa, Datin Azuna terus menyoal Mamat. Mamat cuma diam tidak menjawab.

"Mamat jawablah mama tanya ni." tutur Datin Azuna lagi. Mamat cuma diam sambil menundukkan kepalanya.

"Kalau betul pun sekarang ni mama nak buat apa? Takkanlah mama nak biarkan Mamat duduk merengkok dalam penjara?" soal Mamat. Datin Azuna diam.

"Ya, Mamat yang rogol Aisha." tambah Mamat lagi.

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now