bab 36

330 67 0
                                    

Happy 3.3K!

AISERA mula melangkah keluar dari kereta sambil diiringi beberapa orang pengawal peribadi. Selesai sahaja semua urusan pengkebumian Almarhum Raja Arshan Imtiyaz, Aisera terus bergegas menuju ke parlimen memandangkan dia akan menghadiri sidang media dan mesyuarat bersama ahli-ahli kabinet yang lain berkaitan pelantikan jawatan Perdana Menteri. Sambil berjalan, Aisera diiringi pengawal bersenjata yang dikhaskan untuk mengiringinya. Lagi-lagi di saat genting ini, keselamatan Aisera menjadi keutamaan bagi sektor ekonomi, kewangan, keselamatan dan hal-hal negara yang lain.

Masuk sahaja ke dalam ruang sidang media, para wartawan, jurukamera dan beberapa orang pengawal yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawal bilik sidang media itu dengan ketat. Aisera mula mengambil tempat di atas pentas, mata mula memandang wartawan dan jurukamera yang sedang mengambil gambar dan merekod, malah ada juga beberapa stesen televisyen yang membuat siaran langsung dari Parlimen. Nafas diambil dan dihela berkali-kali sebelum Aisera memulakan ucapan.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang berada di sini. Tujuan saya memanggil semua media, wartawan dan juga stesen televisyen untuk melakukan siaran langsung adalah untuk mengumumkan tentang pelantikan Perdana Menteri dan Sultan ke-10 bagi Alwaritzi. Untuk pelantikan kali ini, gelaran Sultan akan berubah ke Ratu memandangkan saya iaitu Y.M Tengku Aisera Arsalan sendiri yang akan naik takhta..."

"... Dan berkenaan kemangkatan Almarhum Raja Arshan Imtiyaz, saya selaku wakil dari pihak istana Emerald ingin mengisytiharkan bahawa Emerald akan berkabung selama 7 hari berturut-turut sebagai tanda memperingati Almarhum Raja Arshan Imtiyaz. Habis sahaja tempoh 7 hari berkabung, istiadat pertabalan Sultan dan pelantikan Perdana Menteri akan diadakan di Istana Emerald. Sekian terima kasih. Saya buka kepada sesi soal jawab."

Aisera mengangkat muka memandang satu persatu wajah wartawan yang berada di situ. Ada yang sedang khusyuk menulis apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Saya ada satu soalan untuk Tengku." tutur salah seorang wartawan di situ. Wartawan lelaki itu bangun dari duduknya, kesemua mata mula tertumpu kepada lelaki yang sedang mengenakan pakaian serba formal itu.

"Yakinkah seorang Tengku Aisera Qafiyya untuk memerintah Emerald? Seperti yang kita tahu, Emerald merupakan salah satu negara Islam yang mempunyai pengaruh terbesar di Asia. Antara faktor tersebut ialah kejayaan pemimpin. Dapat kita lihat sebelum ini Tengku, bahawa semua pemimpin Emerald adalah lelaki. Tetapi bagaimana pula Tengku ingin memerintah Emerald kerana Tengku adalah seorang wanita. Mampukah seorang wanita memerintah sesebuah negara yang mempunyai pengaruh terbesar dalam politik dunia dan dunia Islam?"

  Aisera terkedu. Dapat dia lihat, rata-rata para wartawan terkedu dengan soalan yang keluar daripada mulut wartawan lelaki itu. Dari sudut pandangan Aisera, apa yang dia boleh tafsirkan ialah; lelaki tersebut adalah golongan yang sentiasa merendahkan wanita.

Aisera tersenyum sinis.

"Emerald adalah sebuah negara yang mempunyai pengaruh terbesar dalam dunia Islam, begitu juga dengan politik dunia. Tapi itu tidak bermakna pemimpin yang memimpin Emerald perlulah lelaki sahaja. Saya tak akan keluarkan pernyataan sama ada saya berjaya atau tidak memerintah Emerald. Tetapi sebagai rakyat, kamu dapat menilai daripada langkah saya. Saya tidak menjanjikan gaji naik, barangan pasar dan runcit turun harga. Tapi apa yang saya janjikan ialah, selagi saya masih hidup saya akan berkhidmat dengan penuh amanah. Saya tak janji untuk bagi duit, tapi saya janji yang saya akan amanah dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now