bab 7

829 155 1
                                    

KAKINYA mula langkah untuk keluar daripada lapangam terbang tersebut. Kaca mata hitam diperbetulkan senyuman tipis ditayangkan kepada para wartawan, dan juga rakyat jelata yang sedang memandang ke arahnya. Beberapa orang pengawal peribadi yang mengirinya dipandang sekilas. Dia

Yang Amat Mulia, Mariam Athera. Satu-satunya puteri kerajaan Alwaritzi merangkap adik kepada Malik Arsalan. Dan juga, peguam diraja.

"Terima kasih." tuturnya lembut kepada pengawal istana yang membuka pintu kepadanya. Mariam masuk ke dalam kereta. Beberapa buah kereta dan juga motor mula bergerak keluar daripada perkarangan lapangan terbang itu. Siren yang berbunyi menandakan ahli kerabat diraja, membuatkan puluhan kereta yang berada di atas jalan memberi laluan.

Mariam tersenyum tipis, kaca mata hitamnya dibawa turun. Rambut diperbetulkan sedikit. Sebentar lagi dia akan menghadap ayahandanya iaitu Raja Muhammad Arsalan dan bondanya, Permaisuri Arya Khadijah.

Masuk sahaja ke perkarangan Istana Alwaritzi, kereta yang membawa Mariam mulai perlahan dan berhenti di hadapan pintu istana. Mariam keluar daripada kereta, beberapa pekerja istana yang berada di situ menundukkan sedikit badan mereka sebagai tanda hormat. Mariam masuk ke dalam istana sambil diiringi beberapa orang pengawal istana.

Sampai sahaja di hadapan pejabat Raja Muhammad Arsalan, pengawal istana yang mengiringi Mariam menundukkan badan mereka.

"Tuanku berada di dalam. Patik beransur pergi dahulu." tutur salah seorang pengawal istana, Mariam mengangguk tanda membenarkan mereka untuk pergi. Pintu pejabat diketuk terlebih dahulu, dapat sahaja kebenaran Mariam terus masuk ke dalam pejabat.

"Assalamualaikum ayahanda." sapa Mariam terlebih dahulu. Raja Muhammad Arsalan yang sedang membaca terus mengangkat mukanya memandang Mariam, bukunya ditutup. Raja Muhammad Arsalan bangun dari duduknya dan menuju ke arah satu-satunya puterinya. Tubuh Mariam dipeluk.

"Waalaikumussalam." Raja Muhammad Arsalan tersenyum sedikit, begitu juga dengan Mariam. Tubuh ayahandanya dipeluk.

"Kamu dah berjumpa dengan abang ke belum, Mariam?" soal Raja Muhammad Arsalan kepada Mariam. Mariam menggeleng.

"Tak. Lagipun, daripada airport Mariam terus datang ke istana. Ayahlah orang pertama yang Mariam jumpa." Mariam dan Raja Muhammad Arsalan keluar daripada pejabat. Masing-masing mula mengorak langkah menuju ke arah dapur, selalunya rutin harian bondanya kalau petang mesti masuk dapur untuk memasak. Sama ada masak untuk makan malam ataupun minum petang.

  Nampak saja susuk tubuh Permaisuri Arya Khadijah yang sedang menggorang cekodok terus Mariam mendekati. Tangannya naik menunjuk isyarat kepada para pekerja istana yang memandangnya. Mariam berdiri di belakang tubuh Permaisuri Arya Khadijah.

"Permaisuri Arya Khadijah! Saya lapor diri!" sergah Mariam secara tiba-tiba. Permaisuri Arya Khadijah terus beralih ke belakang. Tangannya naik menampar tubuh Mariam sebelum dia memeluk erat tubuh puterinya itu.

"Mariam macam mana? Sihat? Seronok tak tinggal dekat luar negara?" soal Permaisuri Arya Khadijah. Mereka berdua duduk di meja makan, begitu juga dengan Raja Muhammad Arsalan.

"Alhamdulillah bonda. Mariam sihat dan tinggal di luar sana tu bolehlah. Tak adalah seronok sangat macam mana tinggal di Alwaritzi. Bayangkan dekat sini ada nasi lemak, sedap pula tu. Kalau dekat sana nak cari makanan melayu pun susah. Dahlah mahal, tak sedap pula tu." luah Mariam. Cekodok yang siap dimasak dan dihidang oleh pekerja istana diambil dan disuap masuk ke dalam mulut.

"Oh ya, sebelum bonda terlupa. Esok Permaisuri Aishah Qhairina dan Raja Arshan Imtiyaz datang ke sini, bonda nak esok Mariam dengan abang Malik duduk dekat istana. Lagipun, diorang berdua rindu dekat kamu dengan abang kamu tu." Jagung bakar yang disediakan oleh pekerja istana diambil. Dengan bacaan bismillah, Permaisuri Arya Khadijah menyuap jagung tersebut.

"Bonda... Mariam tak laratlah. Esok kalau suruh abang Malik seorang saja tak boleh ke? Lagipun abang tu kan,b pewaris takhta ayah. Kenapa Mariam pun terlibat sekali?" soal Mariam. Lagipun, jet lag dia pun tak habis lagi. Sebabnya dia tahu dah esok mesti dia kena bangun awal pagi, lepas tu kena bersiap lagi.

Ergh.

"Tak boleh, lagipun kamu tu peguam diraja merangkap satu-satunya anak sulung perempuan ayah. Kenalah ada sekali." tutur Raja Muhammad Arsalan. Mariam cuma diam tidak menjawab. Malas.

"Nanti makan malam, kamu nak makan apa? Bonda nak masak."

"Mariam nak makan daging masak lemak cili api."

"Okay. Kamu naik atas dulu, pergilah berehat apa semua. Nanti malam turun, lagipun makan malam nanti abang kamu pun ada juga."

"Okay."

.

.

PINTU rumah ditutup, Aisera menyarungkan selipar ke kakinya. Topi berwarna hitam diletak di atas kepala. Aisera berjalan menuju ke kedai runcit yang menjual bahan-bahan untuk memasak sambal nasi lemak. Sambil berjalan, mata Aisera naik memandang keadaan di sekelilingnya. Ada yang sedang berbual dengan rakan-rakannya, ada juga yang menyapu sampah di luar halaman rumah.

  Aisera mengukir senyuman tipis. Sampai sahaja di hadapan kedai runcit, bakul yang disediakan diambil. Dua paket gula dan satu paket garam halus diambil dan diletakkan di dalam bakul. Bahagian yang menjual coklat dan gula-gula dituju. Coklat cadbury diambil, bolehlah dia buat tart cadbury nanti. 

  Selesai sahaja mengambil barang yang diperlukan, Aisera menuju ke kaunter. Sementara barangnya diletakkan di dalam plastik, dompet dibawa keluar. Beberapa keping duit not RM10 diberikan kepada juruwang tersebut.

"Aisera, kenapa hari ni awak yang datang beli? Mana mak?" soal juruwang tersebut memandangkan dia dan Puan Atul agak rapat. Pelik jugalah bila hari ni dia yang datang dan beli barang-barang keperluan.

"Mak tak larat, itu yang saya keluar pergi beli barang." balasnya lembut. Batu sahaja mahu keluar daripada kedai runcit, langkah Aisera terhenti apabila juruwany tersebut memanggil namanya.

"Ya saya?" soal Aisera. Pelik juga bila tiba-tiba juruwang itu memanggilnya. Dia tak ambil duit baki?

"Sekejap." Juruwang tersebut membawa keluar satu gambar yang agak besar daripada rak kecil di sisinya. Gambar tersebut ditunjukkan ke Aisera. Aiseta tergamam apabila wanita di dalam gambar itu wajahnya mirip dengannya. Terlalu mirip. Cuma bezanya wanita itu memakai tudung tetapi dia tak pakai tudung.

"Siapa ni makcik?" soal Aisera pelik. Tangannya naik memegang gambar tersebut.

"Inilah Permaisuri bagi kerajaan Emerald. Ini gambar waktu dia masih muda, muka dia sama macam kamu. Cuma bezanya dia bertudung. Tapi, kalau kamu pakai tudung, makcik yakin! Muka kamu mesti sebiji macam dia." tutur juruwang itu.

"Kalau dia ada anak, mesti cantik anak dia." balas Aisera. Gambar tersebut dipegang. Senyuman mula terukir di bibir Aisera.

"Dia ada anak. Tapi anak dia hilang, dan sampai sekarang juga, kerajaan Emerald tak dapat nak jejak anak dia."

"Anak dia hilang? Macam mana anak dia boleh hilang? Lagipun, kan duduk dekat istana, mestilah kawalan tu ketat. Mustahil boleh hilang sampai tak boleh dijejak."

"Itulah kau, Aisera. Ni mesti waktu kelas sejarah kau tidur. Untuk pengetahuan kau, dulu Emerald pernah diserang oleh kuasa luar. Teruk jugalah peperangan tu sampaikan ekonomi Emereld jatuh. Kau bayangkan teruk tak teruk ekonomi Emerald jatuh sampaikan pelabur yang datang ke Emerald terus batalkan niat dan datang ke Alwaritzi..."

"... Dan nak dijadikan cerita, waktu tu ekonomi Alwaritzi naik mendadak. Jadi Raja kita ambil keputusan untuk bantu Emerald dari segi kewangan, ekonomi, tentera, senjata yang digunakan untuk perang dan juga perubatan. Sejak daripada itulah Alwaritzi dan Emerald jadi kawan baik." terang juruwang itu. Aisera mengangguk tanda faham.

"Tapi kenapa Emerald diserang, dan sampai tercetusnya peperangan yang teruk?" soal Aisera ingin tahu. Kalau sampai diserang dan berperang dengan kuasa luar, mesti ada sebabnya bukan?

"Lokasi kedudukan Emerald. Dan hasil sumber semulajadi di kerajaan Emerald juga menjadi pengaruh utama. Tapi, adalah juga desas-desus mengatakan punca peperangan Emerald dengan kuasa besar adalah daripada pihak Emerald. Dia kira macam tikam belakang..."

"... Dan, dalam masa yang sama jugalah anak kepada Raja dan Permaisuri Emerald hilang memandangkan sistem keselamatan istana dan sempadan Emerald lumpuh."

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now