bab 31: Realiti Akhir Zaman.

455 85 2
                                    

Warning:

This bab my kinda harsh dan kasar sikit dialognya.

Jadi kalau awak rasa kasar sangat  jts okay, komen je nanti saya tukar balik dialog dia.




.

SIAP sahaja menanda setiap satu catatan yang dikatakan oleh Raja Arshan Imtiyaz sebentar tadi, Aisera bangun dari duduknya. Buku dan pen disimpan di dalam beg tangannya. Sementara itu, Raja Arshan Imtiyaz cuma memerhati sahaja Aisera.

"Aisera." panggil Raja Arshan Imtiyaz. Aisera mengangkat muka memandang ayahnya itu.

"Ya ayah?"

"Jangan mudah tunduk dengan duit dan rasuah. Hancurnya sesebuah negara itu kerana rasuah dan perkara yang buatkan Allah murka. Rasuah itu memusnahkan. Duit banyak memang impian setiap orang, tapi yakin ke semua duit yang kita ada tu, Allah redha?"

Kata-kata yang keluar dari mulut Raja Arshan Imtiyaz membuatkan Aisera tersentak sedikit. Walaupun dia bukanlah sejenis yang mudah untuk menerima dan memberi rasuah, tapi nasihat itu tetap menusuk jiwanya.

"Rasuah, aniaya rakyat, salah guna kuasa, tak amanah, curi duit rakyat dan banyak benda yang tak betul yang seorang pemimpin buat, menjawablah kamu di akhirat. Buat benda tak betul ni memang seronok Aisera, seronok sangat. Lagi-lagi bila kamu ambil rasuah, bayangkan kalau seorang dia bayar dekat kamu, 500 ringgit. Kalau 5 orang? Tapi, yakin ke berkekalan dan berkat duit tu? Seronok pegang duit haram? Benda tu memang seronok, yelah dapat duit banyak. Tapi sekali Allah tunjuk kekuasaan dia, jatuh terduduk sampai tak boleh nak bangun."

"Sebab tu jadi pemimpin ni bukan mudah. Bisikan syaitan ni sentiasa ada, suruh curi duitlah. Main judilah, minum arak, semua tu bisikan syaitan. Itu tak masuk lagi, buatnya kita aniaya rakyat. Lepas tu rakyat pula sumpah seranah kita, Nauzubillah. Sebab tu nak jadi pemimpin ni, tak kiralah Perdana Menteri ke, Menteri, memang besar tanggungjawab dia..." Raja Arshan Imtiyaz berjeda seketika.

"... Ayah tahu dan yakin Aisera takkan buat benda terkutuk macam tu. Tapi ayah risau dengan generasi yang akan datang. Generasi akhir zaman, zina, dosa, maksiat semua dianggap normal. Kalau perkara baik, dianggap pelik. Apatah lagi sekarang ni kaum Nabi Luth semakin berleluasa. Maruah wanita dipijak, sehinggakan rogol dan maruah seorang wanita dijadikan jenaka. Tapi tak sedar, setiap manusia lahir dari seorang wanita. Manusia mudah lupa macam mana dia lupakan Allah waktu dia senang. Tapi bila susah? Tahu pula nak bersujud ke lantai."

Raja Arshan Imtiyaz mula berjalan menuju ke arah tandas, sambil berjalan tangannya naik melipat lengan baju sehingga ke atas paras siku. Seluar juga dibawa naik sehingga ke atas buku lali. Aisera cuma memerhati sahaja ayahnya yang sedang berjalan ke tandas untuk mengambil air sembahyang.

"Orang munafik mula berleluasa, zina dan maksiat dianggap normal. Lelaki dan perempuan saling bersentuhan tanpa memikirkan dosa, kaum Nabi Luth mula meluas, bercakap kasar dan lucah. Yang berpurdah pula, berjoget. Sedangkan tujuan berpurdah adalah untuk tidak menunjukkan diri, jauh daripada fitnah. Selamat datang ke akhir zaman, Aisera. Zaman di mana Islam cuma sekadar atas kad pengenalan, maksiat mula dianggap normal."

Aisera terdiam.

Dia sentap.

Hilang sahaja figura Raja Arshan Imtiyaz dari pandangan Aisera, Aisera terus berjalam keluar dari pejabat ayahnya. Atas permintaan Aisera sendiri, sewaktu balik dia tak mahu diiringi oleh pengawal peribadi. Cukuplah dia nak 'bernafas' sekejap. Ingat seronok ke setiap masa berjalan mesti kena ada pengawal peribadi?

Sampai sahaja di hadapan lif, langkah Aisera terhenti seketika apabila matanya terpandang akan figura Dato' Ibrahim yang sedang berdiri di hadapan lif. Dato' Ibrahim beralih memandang Aisera. Wajahnya serta merta pudar tanpa senyuman. Mungkin masih lagi teringat apa yang dia katakan terhadap Aisera.

Ting!

Pintu lif terbuka, Dato' Ibrahim menghulurkan tangannya sebagai tanda menyuruh Aisera masuk terlebih dahulu. Aisera cuma menggeleng sambil tersenyum.

"Masuklah dulu, Dato'." tutur Aisera. Dato' Ibrahim terdiam seakan-akan tidak percaya dengan Aisera.

"Tak apa, Dato' masuk je dulu. Saya boleh tunggu lif lain." tutur Aisera lagi. Dato' Ibrahim teragak-agak mengangguk dan masuk ke dalam lif, baru sahaja mahu menekan butang digital yang membawanya ke tingkat seterusnya, dia terhenti apabila Aisera memanggilnya.

"Saya tahu bukan Dato' Ibrahim seorang saja yang risau dan tak yakin dengan saya sekiranya saya jadi Perdana Menteri Emerald. Saya tak akan janji bulan dan bintang, cuma apa yang saya boleh janji, Insya-Allah semasa era pemerintahan saya. Semuanya akan selamat, tiada penindasan terhadap rakyat. Tapi kalau saya nak buat semua tu seorang diri pun susah juga, jadi saya harap Dato' Ibrahim dan menteri yang lain dapat memberi sokongan terhadap saya." tutur Aisera sebelum lif menutup pintu.

Dato' Ibrahim tergamam.

.

.

AISERA masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, sementara menunggu enjin panas Aisera sandarkan kepalanha terlebih dahulu. Mata dipejam buat seketika, cukuplah untuk buat dia berehat sekejap. Kata-kata yang Raja Arshan Imtiyaz katakan tadi masih segar lagi dalam fikirannya.

Sentap?

Ya, Aisera sentap.

Tapi hakikatnya itulah realiti akhir zaman.

"Akhir zaman, yang salah mula dianggap sebagai betul. Manakala yang betul pula mula dianggap salah."

"Nak tengok macam mana akhir zaman? Apabia maksiat dan zina mula berleluasa ,itu bermakna kita dah masuk ke dalam akhir zaman."

"Dalam syurga, kebanyakkannya penghuni adalah orang miskin. Tapi dalam neraka pula, penghuninya kebanyakannya orang perempuan."

"Orang perempuan ni dekat dunia memanglah akan rasa susah. Sikit-sikit kena pakai handsock sebabnya tangan tu adalah aurat. Kena pakai tudung labuhlah pula sebabnya nak bagi tutup dada tu. Tu tak termasuk lagi kena pakai stokin sebabnya kaki pun aurat. Lepastu bila berjalan panas bawah matahari, berpeluh. Tapi dia tak sedar setiap titisan peluh dan lelah dia dalam menutup aurat, itulah asbab untuk dia masuk syurga..."

"... Dalam Islam ni orang perempuan ibarat permaisuri. Nak senang faham, seolah-olah Queen Elizabeth. Cuba tengok, kalau kita nak jumpa dengan Queen Elizabeth tu, banyak protokol dia. Antaranya tak boleh nak bersalaman tangam macam tu je, lepastu ada adat-adat yang dah ditetapkan. Hah, macam tu juga dengan orang perempuan Islam. Kalau orang lelaki yang bukan mahram nak berjumpa, dia mesti tundukkan pandangan dia. Tak boleh bersalaman ataupum bersentuh kulit, jarakkan sikit kedudukan tu..."

"... Dekat dunia ni memanglah susah sebab kena jaga aurat, tapi ganjarannya nanti di syurga. Kalau orang lelaki, walaupun aurat dia bermula dari pusat sehingga ke lutut tapi tanggungjawab dia banyak, tak macam orang perempuan. Orang lelaki kalau keluarga dia lapar sebab tak cukup duit,berdosa dia. Orang lelaki kalau dia tak tegur ahli keluarganya lagi-lagi perempuan untuk tutup aurat dengan sempurna, menjawablah dia di akhirat sana. Adil kan?"

"Islam ni sempurna, tapi kita yang beragama Islam ni tak sempurna. "

"Orang Islam, kemana pun anda menjelajah walaupun sehingga ke hujung dunia, semaikanlah Islam dalam jiwa anda. Sebab apa? Non-Muslim dia tak baca hadis, dia tak kaji Al-Quran, dia tak tanya ustaz/ Ulama/ Ustazah. Tapi Non-Muslim BACA orang Islam. Jadi, jadilah 'Duta'  yang bagus untuk Islam."

.

.

Rasullullah S.A.W bersabda: "Semua umatku masuk ke surga kecuali orang yang menolak untuk masuk surga."

Lalu para sahabat bertanya kepada rasul: "Siapa orang yang menolak itu ya Rasullulah?" Rasulullah S.A.W menjawab: "Orang yang menentang (Perintah dan laranganku) adalah orang yang menolak masuk surga."

-H.R. Bukhari.




Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)  Where stories live. Discover now